Thursday 19 July 2012

Memories . .

Salam guyz . . malam tdy aku pegiyy kuar mkn dgn kakak angkat aku (kak ieyda) n sorg kwn aku(asry) . . kuar mkn pun sbb my sis tu dh nak pindah TERENGGANU . . kiranya yg kuar mkn nie sbb nak simpan last memory with my sis la . . mula2 tu kejutan mmg melanda diri bila my sis tu ajk makan dkt luar . . jujur sejujurnya . . aku x penah lgy kuar mkn dgn kwn2 mcmtu . . kiranya tu first time aku kuar mkn dgn diaorg . . makanan mlm tdi mmg best . . smpai ada org tu ckp . . "order telur bungkus mana plastiknya" . . hikhikhik . . 

It's memory guyz . . entah bila lgi nnti aku nak lepak dgn diaorg lgi nnti . . okayy la . . hava your nice Ramadhan . . bye . . jumpa lgy dkt entry yg lain okayy . . Assalamualaikum . . :)

 makanan mlm tdi . . 
it's simple but nice :)

Alhamdulillah . . 
kenyang sudaa . .

Tuesday 17 July 2012

Dugaan Remaja


Bismillahirrahmanirrahim. Hidup sebagai remaja yang beragama Islam zaman sekarang ni banyak cabaran dan dugaannya. Hanya remaja yang tabah dan sabar menghadapinya bakal diangkat ke darjat yang lebih tinggi.

Isu aurat dan juga couple.
Isu hangat sepanjang masa.
Apabila masalah ini berlaku, ibu bapa yang menjadi mangsa.
Dikatakan tidak mendidik anak secukupnya.
Tapi sebenarnya,
Persekitaran lah puncanya.

Remaja yang masih dapat menutup aurat sepenuhnya,
Remaja yang masih dapat menjaga pergaulannya,
Remaja yang masih menghormati ibu bapanya,
Remaja yang masih dapat mengawal nafsunya,
Remaja yang masih melakukan suruhan-Nya,
Remaja yang masih meninggalkan larangan-Nya,
Ya Allah, rahmatilah mereka,
Sesungguhnya mereka patut berbangga dengan diri mereka,
Kerana...
Untuk melakukan sedemikian
bukan lagi benda yang senang,
Dengan hasutan dari syaitan via kawan-kawan,
Ya Allah, kuatkanlah iman mereka,
Sesungguhnya mereka telah berjuang habis-habisan melawan musuh-Mu iaitu syaitan yang direjam,


Andai saja diberikan hajat dan diperkenankannya,
Ya Allah, aku mohon,
kuatkanlah hati para remaja yang masih berjuang untuk menegak agama yang satu,
lapangkanlah dada kami menghadapi segala cabaran dan dugaan-Mu,
tunjukkanlah kami jalan yang lurus supaya kamu tidak terpesong dari aqidah-Mu,
sesungguhnya kami teringin sekali untuk masuk ke Jannah-Mu,
sesungguhnya kami sama sekali tidak ingin untuk ke Jahannam-Mu,
tapi apakan daya,
kebaikan yang dilakukan oleh kami
masih tidak kami ketahui
lebih banyakkah ia daripada kejahatan yang pernah dilakukan,
lebih sikitkah ia daripada kejahatan yang pernah dilakukan,
bimbingkanlah kami sepanjang masa,
setiap waktu,
hanya kepada-Mu kami berserah dan meminta pertolongan wahai Tuhan yang Esa, Ya Allah.