Wednesday 5 December 2012

Cuti Yang Bermanfaat . . :)

Arghh ! Cuti sekolah sudah menjelma . Tapi , dengar - dengar tiada sebarang perancangan daripada keluarga untuk ke mana - mana .
Hmmmm . . . 
Boleh jadi bosan kalau hari - hari duduk rumah nie kan . .
Jangan risau . . .
Walaupun you all tidak bercuti bersama - sama family , you all tetap boleh memanfaatkan cuti dengan melakukan aktivit - aktiviti yang telah disenaraikan di bawah ini . . .

1 - Piknik
 Mengimbau kembali waktu kecil dan permainan ' masak - masak ' , mungkin you all dan kengkawan boleh merancang satu masa untuk mengembalikan semula nostalgia tersebut di atas bukit berpohon redup atau mana - mana tempat yang sesuai . Mesti seronok dan banyak cerita - cerita lama yang akan keluar nanti .

2 - Gadis dan bunga
 Bagi yang suka bercucuk tanam , masa inilah you all nak fokus kepada semua bunga dan pokok - pokok yang ditanam . Kepada yang belum pernah mencuba , apa lagi , masa cuti nie lah you all belajar sesuatu yang baru . Lagipun , gurlz mana yang tak suka bunga , kan ?

3 - Teen Chef
 Rajin - rajin tolong ibu memasak di rumah dan kalau boleh , praktik resipi - resipi daripada chef terkenal dan beri kejutan kepada family . Pasti mereka akan terkejut dan kagum dengan you all . Kalau sebelum nie tak pernah memasak , sekaranglah masanya untuk belajar . Cuti kan lama . Macam mana nak jadi isteri orang nanti kalau tak pandai memasak ? Hehehehe . . . 

4 - Paper Art
 Beli buku atau cari di Google tentang paper art atau origami dan cuba buat sendiri . Pasti menarik . Boleh buat hiasan di ruang tamu atau bilik . Pasti kengkawan atau saudara mara yang datang akan bertanya nanti .

5 - Komuniti
 Untuk menambahkan kenalan dan bertukar - tukar pendapat , you all bolehlah menyertai mana - mana komuniti dan kelab yang sedang aktif di kawasan sekitar you all atau di seluruh Malaysia . Sekarang kan dah banyak kelab - kelab seperti kelab peminat artis Korea , kelab basikal Fixie , kelab peminat artis tempatan dan sebagainya . You all pilihlah mengikut minat .

6 - Youtube Superstar
 You all mungkin mempunyai bakat menyanyi , berlakon atau bermain alat muzik . Rugi kalau disimpan saja bakat itu . Apa kata kalau you all berlatih secukupnya kemudian rakam dan masukkan ke dalam akaun Youtube you all . Untung - untung boleh popular . Atau untuk lebih menarik , buat sebuah group bersama kengkawan dan cipta beberapa drama pendek dan rakamkannya . Selain berseronok , you all turut berfikir secara kreatif .

7 - Permainan bersama kengkawan
 Ajak kengkawan datang ke rumah dan main permainan seperti Sahibba , Saidina atau Jutaria bersama - sama . Pasti terhibur dan terisi masa lapang . Ia juga mampu membuka minda selain mengasah bakat dalam bidang pengurusan harta .

8 - Surprise !
 Berikan kejutan kepada orang - orang terdekat seperti family atau sahabat . Antaranya you all boleh buat mixtape dengan mengumpulkan lagu - lagu kegemaran si penerima ke dalam satu CD . Lepas tu , hiaskan bekasnya dan bungkus cantik - cantik . Pasti si penerima akan teruja .

9 - Kuasai bahasa kedua
 Cuti panjang adalah peluang untuk mempertingkatkan penguasaan dalam sesuatu bidang atau belajar sesuatu yang baru . Cuba you all berpakat dengan family atau kengkawan menggunakan bahasa kedua seperti Bahasa Inggeris sepenuhnya dalam masa sehari . Mungkin agak susah , tapi cubalah . Pasti berbaloi kerana dari situ you all boleh tahu di mana tahap penguasaan you all dan memperbaikinya .

10 - Peralatan sekolah unik
 Buat sesuatu yang unik dengan perlatan sekolah you all . Sebagai contoh , beg dan kotak pensil . Hiasinya dengan sulaman atau perhiasan - perhiasan yang memukau .

11 - Scrapbook
 Scrapbook adalah perakam memori yang sangat baik dan semakin lama disimpan , maka semakin tinggilah nilai nostalgianya . Cari kembali foto - foto kenangan you all bercuti bersama famili sebelum nie dan tuliskan caption di setiap foto . Hias secantiknya dan tunjukkan kepada family .

12 - Hias bilik
 Mungkin you all dah bosan dengan suasana bilik tidur sebelum nie . Sekarang adalah masa yang sesuai untuk mengubahnya menjadi istana idaman . You all boleh menampal wallpaper dan poster artis kegemaran , menyusun atur semula perabot agar bilik nampak lebih luas , atau mengemas barang - barang yang tidak digunakan diletakkan di tempat lain .

13 - Sertai kursus
 Cari info mengenai kursus - kursus yang bermanfaat dan sertai . Sebagai contoh , you all boleh mengambil kursus mekap , kelas komputer , atau kelas menjahit . Faedahnya adalah ilmu dan kenalan akan semakin bertambah .

14 - Bersenam dan bersukan
 Disebabkan komitmen dan kekangan masa sewaktu bersekolah , you all jarang bersenam dan mengambil bahagian dalam sebarang sukan . Apa kata sewaktu cuti sekolah nie you all ajak kengkawan berjogging atau berbasika sekitar taman . Boleh keluar peluh dan sihatkan badan . You all juga boleh main badminton , berenang atau menyertai senamrobik .

15 - Ziarah
 Ambil sedikit masa untuk menziarahi rumah kengkawan , saudara mara atau nenek dan atuk . Mereka pun pasti rindukan you all .

Tuesday 4 December 2012

Alahai . . Cemburu Buta ! !

Dalam percintaan , cemburu memang perlu ada untuk menunjukkan korang sebenarnya mengambil berat akan pasangan . Tapi , cemburu tu biarah berpada - pada , jangan sampai jatuh martabat korang sebagai gurlz yang bijak .

Ada banyak cara yang lebih efektif untuk mengawal keadaan dan memulihkan hubungan . Kalau betul caranya , boyfriend tentu akan lebih sayang kepada korang selepas tu .

YANG PATUT dan TIDAK PATUT . . .

1 - Boyz mula rapat dengan gurlz lain .

PATUT :-

Tenangkan diri . Jangan bertindak Terburu - buru .
Berterus terang kepada boyfriend bahawa korang tidak selesa melihatnya terlalu rapat dengan gurlz lain .
Lakukan lebih banyak aktiviti bersama boyfriend agar hubungan menjadi lebih rapat . Pergilah bersiar - siar ke taman , makan malam bersama atau menonton wayang .

TIDAK PATUT :-

Membuat keputusan dalam emosi , mengamuk malah memutuskan hubungan kerana cemburu yang tidak terkawal .
Menyerang gurlz tersebut dan mengugutnya agar menjauhkan diri daripada boyfrieng anda .
Melarang boyfriend anda bertemu dengan gurlz tu lagi .
Memaksa boyfriend anda menghapuskan nombor telefon gurlz tersebut termasuk akaun Facebook dan Twitter-nya.

2 - Boyfriend lebih suka meluahkan masalah kepada kawan gurlz-nya , iaitu kawan korang .

PATUT :-

Korang sepatutnya lebih mendekatkan diri dengan boyfriend . Mungkin dia kurang mendapat perhatian daripada korang .
Jangan mengongkong dia tetapi jadilah sahabat dan kekasih tanpa mengira waktu . Lelaki punya ego tersendiri dan tak mudah mengikut kata gurlz .

TIDAK PATUT :-

Menuduh kawan korang sebagai kawan makan kawan.
Memutuskan hubungan dengan boyfirend dan kawan serentak kerana menganggap keduanya lebih selesa bersama .

3 - Boyfriend masih menghubungi ex - nya .

PATUT :-

Cuba berfikiran positif . Apa salahnya jika dia hanya berkawan . Yang penting , dia jujur dan tidak merahsiakan hubungannya denga ex - girlfriend tersebut .
Korang kena jadi contoh yang baik dan sentiasa prihatin terhadap keinginan boyfriend . Tunjukkan bahawa memilih korang adalah satu yang betul .
Sekali - sekala tanya perkembangan antara boyfriend dengan ex - girlfriend dan lihat reaksinya . Lebih baik kalau korang dapat memujuknya agar mengajak ex - nya makan malam bersama .

TIDAK PATUT :-

Sentiasa memeriksa handphone , Facebook , Twitter boyfriend kerana risau they all masih berhubung . Paling dahsyat minta password dan tukar sim kad lain .
Selalu ikut ke mana boyfriend pergi kerana takut they all bertemu . Kadang - kadang upah spy di kalangan kengkawan untuk perhatikan .
Hilang percaya diri dan paranoid kerana sesungguhnya ex - girlfriend boyfriend korang lebih baik berbanding korang .

4 - Boyfriend lebih suka bersama kengkawannya .

PATUT :-

Boyfriend korang juga manusia . Dia tetap mahu bersama kengkawannya juga . Takkanlah asyik nak berkepit setiap masa , kan ?
Memang wajar gurlz selalu rasa sepi kerana diabaikan oleh boyfriend kerana they all sering menjadi terlalu leka apabila bersama kengkawan . Disebabkan itulah korang pun kena cari aktiviti juga . Hang out dengan kengkawan korang atau membaca novel .

TIDAK PATUT :-

Menjadi posesif dan menghalang boyfriend daripada selalu berjumpa kengkawannya .
Menyuruhnya memiih antara korang atau kengkawannya .
Tertekan dan menangis kerana diabaikan boyfriend .

5 - Boyfriend menumpangkan kawan gurlz-nya naik motor atau kereta .

PATUT :-

Selidik dahulu kebenaran khabar angin tersebut . Jangan terus percaya setiap kata - kata orang .
Jika benar , minta penjelasan daripada boyfriend terlebih dahulu . Mungkin ada sebab dia buat begitu .
Minta boyfriend kenalkan gurlz tersebut kepada korang . Kalau dia tidak keberatan , bermakna mereka benar - benar kawan biasa .

TIDAK PATUT :-

Menyerang gurlz tersebut dan menuduhnya sebagai perampas .
Berfikir yang buruk - buruk tentang apa yang mereka lakukan .
Minta putus tanpa menyelidik apa sebenarnya yang berlaku terlebih dahulu .

Make It Simple , Make It Fun !

Assalamualaikum . . First and foremost , aku nak mintak maaf sebab dh lama x update entry utk korang semua . Bukan saja2 . Tapi kekangan sebagai calon SPM 2012 memaksa aku untuk lebih menumpukan pada subjek2 yg lemah . Dan kini , aku sudah MERDEKA ! heheheh . Alhamdulillah , aku sudah cuba lakukan yg terbaik dlm peperiksaan tersebut . Masa2 yg diperuntukkan utk menjawab aku gunakan dgn sebaik mungkin untuk menjawab soalan2 yg diajukan . Now , forget for a while about SPM . For now , aku nak holiday dulu dgn family puas2 . Taknak dah fikir pasal pelajaran . Apabila masuk saja 01 - 01 - 2013 , baru aku akan memikirkan apa yg harus ku lakukan dlm tempoh HONEYMOON tu . heheheh .

Ramai org suruh aku bekerja sambilan . That's interesting idea . Tapi my daddy x bagi . Dia suruh duduk rumah diam2 . Kata daddy " BELAJAR MASAK " . Aku faham dah maksud daddy apa . Abg aku dulu pun x kerja . Dia abiz jer SPM , daddy terus sumbat dia masuk GIATMARA . Dari Giatmara tu la sekarang ni dia study utk Diploma dlm bidang Automotif kat Seremban . Alhamdulillah . Rezeki dia .

Aku pulak ? ? ? hmmm . . Apa2 pun jadi . Ambik lesen dulu . Dah ada lesen motor dgn kereta senang sikit kan . Boring2 boleh merempit dgn my mummy . hihihih . 

Okayy la . Aku out dulu . Insyaallah ada masa aku update lagi bebanyak . Bye guyz . Assalamualaikum .


MOOD : Bila separuh akhir Piala Suzuki nak start ! :(