Friday 23 August 2013

Kesabaran . . .

Assalamualaikum . . .
Alhamdulillah . lama tak 'menjerit' . . harini dpt keluarkan balik penulisan and suara aku yg aku simpan ni utk menjerit sekuat-kuat hati aku dekat blog nie . .
Seriously . .
Aku memang tgh sibuk . Trial STPM penggal 1 pun dah nak start tak lama lagi . dgn assignment semakin hari semakin bertambah . 
Sabar . . Sabar . . Kesabaran tu penting . 
Itu yg aku pegang sampai harini .

Aku tak berani nak berjanji . 
Insyaallah . ada masa aku update entry blog nie okayy . .
Sabar . . (^_^)

# KEDAH vs PERAK esok . PULUN KEDAH PULUN ! ! !

Saturday 22 June 2013

Boyz sukar nak berubah ?

Seperti yang korang ketahui , personaliti dan pendirian antara boyz dan gurlz adalah berbeza . Gurlz mahukan boyfriend diaorg sentiasa nampak kemas tapi dalam masa yang sama , boyz juga suka kelihatan biasa - biasa dan apa adanya .

Selain itu , gurlz suka ambil berat dan ingin tahu semua perkara tentang boyfriend , sedangkan boyz tidak suka dikongkong dan mahukan kebebasan . Bukan senang nak mengubah karakter seseorang . Lebih - lebih lagi pada boyz yang mana ego diaorg nyata lebih tinggi berbanding gurlz .

Nak tahu apa lagi kebiasaan boyz yang sukar digubah gurlz ? Baca sampai habis ya . . .

Berdolak - dalik.
Ini juga satu sikap kadangkala menyakitkan hati . Korang mesti pernah dengar ayat seperti , "Betul , memang I salah . Tapi I buat semua nie untuk you ." Boyz memang sangat pandai untuk memanipulasikan ayat untuk kepentingan diri dan sangat sukar untuk mengalah . Tapi begitulah lumrahnya bila dah buat salah , kan ? Mesti nak pertahankan diri semula .

Tak Terurus .
Boyz memang terkenal dengan sifat tak terurusnya . Tak perlu pelik kalau di luar dia nampak tampan tapi di biliknya bersepah macam KAPAL KARAM . Boyz memang tidak suka memikirkan hal yang kecil dan remeh - temeh seperti berkemas dan membuang sampah . Kalau nak membebel pun tak ada gunanya . Mungkin sekejap saja dia akan berubah . Kena tunggu kahwin dulu lah jawabnya . Hehehe . . .

Serabai .
Boyz suka dengan gurlz yang cantik dan bergaya , tapi dalam masa yang sama cuba mengekalkan keselesaan dirinya sendiri dan kalau boleh memang tak nak jadi mangsa fesyen yang tidak selesa . Kadang - kadang rasa seperti tidak adil pula . Korang seboleh - bolehnya cuba mengenakan pakaian yang cantik - cantik , dengan heels yang mungkin tidak selesa demi nampak cantik di depannya sedangkan dia cuma mengenakan T-shirt , jeans dan sneakers setiap kali date . Tapi realitinya , itulah boyz . . .

Cuci Mata .
Bibir mengucapkan sayang , tapi mata tetap juga melirik - lirik gurlz lain . Apakah maknanya tu ? Sabar . . Boyz memang begitu , suka melihat benda yang cantik . Ia juga hobi yang sukar untuk dihentikan . Hehehehe . . Tapi kalau sekali - sekala tu tak apalah . Jangan sampai melarat - larat dan jadi perkara yang negatif sudah . Korang pun kenalah sentiasa nampak cantik di matanya . Barulah pandangannya tidak 'terserong' ke gurlz lain .

Menghindari Konflik .
Kalau korang pernah bertengkar dengan pasangan , korang tentu tahu bahawa boyz kadangkala terus pergi begitu sahaja tanpa ada penyelesaian . Ini juga sudah menjadi kebiasaan bagi boyz . Diaorg tak suka menyelesaikan sesuatu hal dalam keadaan panas . Lebih - lebih lagi dengan gurlz . Diaorg akan cuba menghindarkan diri daripada konflik yang lebih berat dan mencari ketenangan . Bila marah sudah kembali reda , barulah otak diaorg boleh berfikir secara rasional dan mencari jalan penyelesaian .

Tidak Suka Mendengar Arahan .
Boyz bukan seperti gurlz kerana gurlz lebih cenderung mendengar kata berbanding boyz . Bagi boyz , diaorg sangat pantang kalau sering diarah - arah dan ditunjukkan apa yang betul dan apa yang tidak betul . Lagi banyak korang ulang , lagi diaorang rimas . Sebagai contoh , korang membebel dan banyak dan tidak bersenam , tidur lewat malam , kurang minum air kosong , demam tak makan ubat dan banyak lagi . Kalau korang nak tegur , pastikan korang ada skill dan tidak over . Takut si dia menjauhkan diri pula sebab rimas nanti .

#sumber : Majalah Yezz!

Tuesday 18 June 2013

Tak tahulah ! ! !

Assalamualaikum . . .
Mula2 aku bukak balik blog aku nie , aku tertanya2 . Betul ke nie blog aku ? ? ? Banyaknya sawang . Hihihih . . Aku pun dah tak tahu seperti apa blog aku sekarang . Jarang dah nak update2 nie . Aku semakin sibuk sekarang . Dah jadi student balik . . Adatlah kan . Dah namanya student . Dgn assignment , presentation , kertas kerja n mcm2 lagi lah . Aku pun tak tahu bila masa yg sesuai aku nak aktif balik mencoret sana sini kat blog nie . Siyes aku rindu gila . . . 

# assignment oh assignment . . .

Tuesday 21 May 2013

Friend . . .

Dear friend .
You're my only friend .
There's season in teenage life .
We've been together .

Dear friend .
I hope you love me always .
I remember the words .
Your words before .
You said our friendship is forever .
Even your had past .
I hope you'll remember .

Do you know friend ?
The 'heart' is in pain .
To keep this hatred feelings .
Although you had broken my heart .

Dear friend .
However you'll always be my friend .
That I love and never forget you .
Until my last breath


Friday 26 April 2013

Isu Rumah Tangga @ FB : Kongsi Atau Dedah ?

Sejak dilancarkan di Cambridge , Massachusetts pada tahun 2004 , rangkaian sosial Facebook (FB) meledak dan membina pengaruh di seluruh dunia , termasuklah di negara kita Malaysia . Setelah mencapai angka 12 juta pengguna sekitar penghujung tahun lepas , kini FB menambah lebih sejuta lagi akaun baru untuk pengguna Malaysia , menjadikan jumlah keseluruhan sekarang melangkau angka 13 juta akaun . Ini bermakna , hampir separuh rakyat Malaysia mempunyai akaun FB . Di peringkat dunia pula , Malaysia menduduki tangga ke - 18 pengguna FB ! ! !

Hal ini bukan lagi satu fenomena baharu . Ia adalah cetusan daripada ledakan globalisasi yang tidak dapat ditahan dan dihalang lagi . FB sendiri dikatakan telah mencatat antara laman sosial yang paling popular selain twitter , friendster dan lain - lain .

Pada asasnya , FB memberi banyak manfaat kepada masyarakat dan dunia . Kehadiran FB dilihat dapat merapatkan jurang silaturrahim sesama ahli keluarga , saudara - mara atau rakan yang jauh . Ini kerana , aktiviti komunikasi menjadi mudah dan menyeronokkan . Ya , hanya di hujung jari anda !

Begitu juga jika dilihat dari konteks dakwah dan penyebaran ilmu Islam , menjalankan perniagaan secara dalam talian , mewujudkan jaringan dan komuniti , ia sebenarnya memberi banyak kelebihan , cukup efektif dan berkesan .

Namun , persoalannya sejauh mana laman sosial popular seperti FB ini benar - benar memberi manfaat , dan bukannya menjadi alat yang melekakan , medium yang memecah - belahkan keutuhan persahabatan , kekeluargaan dan masyarakat , atau menjadi tempat orang meratap nasib , mendedahkan keaiban diri , menambah dosa serta mengurangkan produktiviti masyarakat ?

Realiti tang berlaku , bersama wujudnya zaman 'diari terbuka' ini , wujud pula satu permasalahan baharu apabila kita sering teruja untuk berkongsi apa sahaja tentang diri dan keluarga kita , tanpa mengenal batas do's and don'tsnya . Kita lupa , syariat Islam itu sekalipun ia meraikan kebebasan berbuat dan bertindak , namun ia tetap ada adab dan batas . Di situlah kekuatan , keunikan dan keampuhan Islam .

Kisah Rahsia Suami Isteri
Apabila berbicara sekitar skop kekeluargaan , kadangkala para suami mahupun isteri terlupa tentang kisah - kisah dan rahsia rumah tangga mereka yang tidak patut dikongsi untuk bacaan umum di laman FB .

Ada yang menceritakan keaiban suami dan isteri masing - masing kepada rakan - rakan yang kononnya sangat memahami diri mereka . Ada yang bermain kayu tiga di FB . Ada lelaki yang memperdaya kaum wanita yang bermasalah dengan pasangan masing - masing , dan begitu juga sebaliknya .

Di sebalik kelekaan mereka melayan perasaan dan emosi yang dianggap 'sikap terbuka' itu , ada keburukan yang menanti . Ada retak menanti belah . Ada syaitan yang menunggu untuk bertepuk tangan dan ketawa terbahak - bahak .

Kenapa ? ? ?

Syaitan ketawa kerana sikap bodoh , tidak sensitif , lemah , pemarah , gopoh - gapah , cemburu buta , teburu - buru yang dituruti sama ada oleh suami atau isteri . Dengan adanya sifat - sifat negatif ini dalam diri mereka , maka mudahlah bagi syaitan untuk menguasai dan menjadikan mereka sebagai tunggangan yang boleh dipandu kemana - mana .

Allah SWT berfirman : "Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak - anak Adam , supaya kamu jangan menyembah syaitan ? Sesungguhnya ia musuh yang nyata bagi kamu !" (Yasin 36 : 60)

Allah SWT berfirman lagi : "Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan ." (Yusuf 12 : 53)

Sebagai Muslim yang ingin membentuk peribadi menjadi Mukmin dan Mukminah sejati , kita harus lebih berwaspada agar tidak mudah terjerat dengan satu lagi taktik yang boleh meleburkan pahala dan menambah dosa dalam idup kita seharian .

Baik suami atau isteri , kedua - dua mereka diharamkan daripada menyebar dan menjaja hal - hal peribadi atau rahsia keluarga mereka .

Allah SWT berfirman : "Maka wanita yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya) , dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suaminya tidak ada bersamanya , dengan pemeliharaan Alla dan pertolongan - Nya ." (An - Nisa' 4 : 34)

Manakala Rasullullah SAW pula bersabda : "Seburuk - buruk kedudukan manusia di sisi Allah pada hari kiamat adalah seorang lelaki yang menggauli isterinya dan isterinya pun menggaulinya , kemudian dia menyebarkan rahsia isterinya ." (Riwayat Muslim)

Adab Di Laman Sosial .
Sebagai suami dan isteri atau pengguna mana - mana laman sosial bahkan alam siber seluruhnya , kita perlulah menjaga adab . Adab itu teras dan sendi utama pengajian malah agama kita . Tanpa adab , hilanglah keberkatan hidup kita . Seperti mana ada adab - adab yang perlu dihalusi dan diamalkan ketika kita hendak bercakap , bekerja , makan , minum , tidur dan sebagainya , maka begitulah juga ketika kita hendak bersosial atau berkomunikasi di alam siber .

Pentingnya adab ini ada dinyatakan oleh Imam Ibnu Al - Mubarak , seorang ulama yang terkenal di zamannya ; "Aku mempelajari adab selama tiga puluh tahun , dan aku mempelajari ilmu selama dua puluh tahun . Dan adalah mereka (para ulama) mempelajari adab dahulu sebelum mempelajari ilmu . "

Selain memahami dan menghayati adab , sebagai pengguna laman - laman sosial , kita perlu ada 'filter' atau penapis untuk menyaring setiap maklumat sama ada daripada pihak kita atau luar (pihak ketiga) .

'Filter' itulah iman kita , jiwa takwa di dalam dada . Iman dan takwa itulah benteng yang ampuh , yang membuatkan kita akan fikir berkali - kali sebelum kita 'post' , 'like' atau 'share' sesuatu maklumat atau berita , dan kemudiannya disusuli dengan muhasabah diri yang tidak sedikit . Iman itulah juga yang membuatkan kita rasa malu , andai aib kita terdedah atau didedahkan , lebih - lebih lagi hal - hal yang melibatkan keaiban dan rahsia peribadi , ahli keluarga dan rumah tangga kita .

Ingatlah , bahawa masa , umur , maruah dan keluarga kita adalah amanah Allah yang akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti .

Sumber : Majalah Anis edisi Mac 2013
Oleh : Ustaz Amaludin Mohd Napiah

Thursday 25 April 2013

Menghitung Hari . . .

Err . .
Jgn salah sangka .
Bukan menghitung hari utk . . . . .
Bukan . . .
Aku masih muda .
Tak terfikir pun lagi tentang perkara tu . . .
Aku sebenarnya sedang menghitung hari nak jadi "STUDENT" balik .
Sebab . .
Aku dapat tawaran masuk tingkatan enam .
Okayy lah kan !
21 Mei ni , aku nak cek keputusan UPU .
kalau tak dapat .
stay dekat sekolah aje lah .

# nak kena start gosok baju sekolah balik :(

Thursday 11 April 2013

Buat Awak . . .

Awak .
Ya .
Awak yang tengah baca ni .
Saya tahu , jauh di sudut hati awak ,
Ada rahsia yang tersimpan .
Ada tangisan yang tersembunyi .
Ada harapan yang terlukis terang .
Namun di situ ,
Awak memilih untuk senyum .
Awak bertahan dalam diam .
Awak yakin dengan doa .
Tapi saya percaya di sebaliknya ,
Awak kongsikan segalanya pada DIA yang lebih mengerti .
Awak menangis dihadapanNya yang jauh lebih memahami ,
Awak serahkan hati awak sepenuhnya .
Hanya untuk DIA .
Sebab itu awak nampak tabah dan tenang menghadapi semuanya .
Kerana hati awak teguh bersama Pencipta .

Thursday 21 March 2013

Alhamdulillah . :D

Bismillahirrahmanirrahim . . .
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani . . .

Harini , spt yg semua sedia maklum , semua calon SPM 2012 ambil keputusan peperiksaan masing2 . Mcm tu jugak dgn aku . 

Alhamdulillah . . Walaupun tak dapat capai target aku , aku seronok sbb ada jugak 'A' nya . . 
Kat sekolah , massa cikgu umumkan pelajar cemerlang , serius aku katakan , mmg bdn aku menggigil gila2 . 
Tapi x da pun nama aku . Bila jumpa cikgu kelas , dia bagi result aku dan dia ckp : "tahniah , cikgu tahu awak dah berusaha" . . 
Bila aku pegang jer slip periksa aku , mata aku tertumpu dekat bilangan 'A' . 
Alhamdulillah .
Berkat usaha aku .
Berkat aku bgn tengah2 mlm utk study .
Berkat doa ayah dengan ibu .
Berkat tunjuk ajar dan doa cikgu2 sekolah dan jugak cikgu tuisyen .
Berkat tunjuk ajar sahabat2 .
Terima kasih semua . Tanpa kalian aku tak mungkin aku mendapat keputusan . Walaupun tak banyak 'A' , tapi aku teramat berpuas hati . .

Alhamdulillah . . .

# kesibukan sekarang isi borang universiti & kolej . .

Tuesday 5 March 2013

SMS terakhir seorang anggota Komando VAT69


 
"Wahai isteriku, maafkan abang seandainya abang tersalah cakap mahupun terkasar perbuatan... Jagalah dan didiklah anak-anak kita menjadi orang yang berguna."

"Wahai anak-anakku, maafkan ayah kerana acap kali ayah tiada di saat anak-anak ayah memerlukan kasih sayang seorang ayah."

"Wahai mak dan abah, ampunkan anakmu dari hujung rambut hingga hujung kaki. Sesungguhnya, mak dan abah telah mendidik aku menjadi insan yang berguna pada Negara."

"Wahai ibu dan ayah mertuaku, maafkan anakanda kerana memilih kerjaya yang memungkinkan anak ibu dan ayah menjadi balu sebelum usia."

"Oh Malaysiaku, maafkan aku andai aku gugur di medan perang. Demi Allah aku telah berusaha sedaya upaya."

# Jujur aku katakan , lepas aku baca SMS nie dkt Internet , air mata aku mengalir laju . Al-Fatihah buat mereka yg terkorban . Semoga Allah merahmati roh mereka dan menempatkan di kalangan orang2 yg beriman . Al-Fatihah . . .

    


Monday 4 March 2013

Masa Untuk Mengintip !

Opps . Korang jgn fikir macam2 okayy . Tak ada masamya aku nak mengajar korang buat hal yg tak senonoh tu . Tak baik tau ! Asal baca tajuk mengintip , terus ingat skodeng . Bukan mengintip dalaman si dia , tapi jom kita intip apa sebenarnya isi fikiran boyz bila mula mencuba merapati gurlz . Wah , satu lagi info bonus yang perlu korang ketahui .

Hakikatnya , kebanyakan boyz lebih spontan berbanding gurlz . Tapi percaya atau tidak , si dia memang memikirkan banyak hal tentang jantina berlawanan . Bahkan sebelum melakukan sesuatu bagi merapati gurlz idaman , banyak juga pertanyaan yg diajukan kpd diri mereka sendiri . Macam pelik kan ? Tapi kalau korang tak percaya , baca sehingga habis . Ayuh semak ! ! !

Ketika Dating Pertama Kali
  
" Aku nie lucu ke tak ya ? "
 Nota : Jika korang selalu ingin kelihatan cantik , si dia lebih suka dianggap pandai menghibur dan bijak membuat jenaka . Ketika korang tiba2 terdiam sepi dgn mimik muka bosan , boyz dijamin akan akan mudah gelabah kerana menyangka dia tidak pandai menghibur dan korang tak tertarik dengannya .

" Alamak , ada cili terselit la ! Nak tegur ke tak ? " 
Nota : Korang pun satu . Lain kali lepas makan jgn lupa berkumur . Situasi sebegini sebenarnya paling membingungkan si dia . Boleh timbul dilema dalaman tahu tak ! Jika si dia memberitahu korang nanti , tentu saja pertemuan pertama yg istimewa bakal menjadi serba kekok gara - gara korang malu . Tapi , kalau tak diberitahu , mengganggu . . . Macam mana nak buat ?

" Boleh pegang ke tak nie ? " 
Nota : Rata - rata boyz berharap dpt duduk paling hampir saat pertemuan pertama . Kalau sekadar berjalan beriringan , bagi mereka belum cukup istimewa . Berpegangan tangan dikira begitu romantis dan saling mengasihi . Nah , sekarang korang perlu berani memberi kata putus . Bagi tahu secara jelas , tepat dan hormat supaya boyz dapat memahami pendirian pilihan korang . Jadilah gurlz yg bijak !

" Dia mahu tak aku ajak dating lagi ? "
Nota : Soalan nie selalu timbul di hujung pertemuan . Apatah lagi jika boyz berasa selesa dan serasi keluar bersama korang . Biarpun si dia akan seperti teragak - agak utk mengungkap kata berikut tapi ia cukup bermakna buat boyz bertanyakan soalan itu . Maklumlah , mereka takut bertepuk sebelah tangan . Pastinya seronok kalau korang juga menyatakan persetujuan . Ada juga ketikanya boyz gabra , SMSakan segera dihantar utk menyoal perkara seruapa . Korang dah sedia jawapannya ?

Sebelum Declare Couple
  
" Dia boleh terima aku ke tak ? "
Nota : Siapa kata gurlz saja yg takut ' direject ' ? Ini adalah pertanyaan boyz sebelum menyatakan hasrat hatinya utk serius dgn korang . Di usia berapa sekalipun , ketakutan hasrat ditolak tetap mereka rasai . Sebenarnya boyz ingin memastikan dulu perasaan korang sebelum memutuskan utk melafazkan kata keramat tu . Jadi , korang pun kalau sama suka , pandai - pandailah bagi hint . Tak reti - reti lagi ?

" Benarkah dia nie pilihan tepat aku ? "
Nota : Bila sudah membuat satu keputusan serius bererti boyz perlu jadi setia . Inilah yg membuatkan si dia ragu dgn pilihan serta kesanggupannya sendiri . Apatah lagi jika di sekelilingnya penuh setia ada gurlz - gurlz menawan . Semakin bertambah usia boyz tu , semakin lama mereka memikirkan hal serupa ini .

" Apa pendapat kawan - kawan aku ye ? "
Nota : Sudah jadi kebiasaan boyz bila memiliki sesuatu yg hebat , lagaknya jadi berbeza sikit . Termasuklah juga soal gurlz . Si dia muda ' lemah ' bila dikata teman -teman berpasangan dgn gurlz yg ' biasa - biasa ' saja . Bagi sesetengah boyz , pendapat teman tetap dianggap penting . Bakal celaru juga kalau teman2 si dia tak menyukai korang . Perlu lakukan sesuatu nie !

" Dia nie akan kongkong aku ke tak ? "
Nota : Boyz memang tak suka masanya terbatas hanya utk bersama dgn korang . Nampak mudah , tapi sebenarnya soalan ini agak menakutkan . Boyz khuatir korang akan memonopoli seluruh waktunya serta terpaksa ' melaporkan ' setiap aktiviti menerusi SMS mahupun panggilan telefon . Bagi mereka , korang perlu jadi teman istimewa yg menyenangkan .

" Adakah dia gurlz terakhir aku ? "
Nota : Boyz sangat arif kalau sebahagian besar gurlz berharap hubungan mereka akan menjadi lebih serius dan berakhir dgn sesuatu yg bahagia . Hakikatnya , boyz juga turut memikirkan soal yg serupa atas faktor umur , masa , wang dan tenaga . Buat korang , soal ini belum perlu difikirkan lagi okayy !

# Berfikir sebelum bertindak memang satu langkah yg bijak . Tidak kiralah dlm apa juga hal termasuk menjalin perhubungan istimewa . Ia ibarat perancangan peribadi utk manfaat diri sendiri dan memperoleh hasil yg terbaik . Tak salah membuat andaian pro kontra jika betul pada tempatnya !           

Sunday 3 March 2013

Biar aku buat keputusan

Assalamualaikum .

Hati dah makin tawar sekarang nie . Aku x tahu sama ada sebab faktor lain atau aku dah start tawar hati . Aku dah buang semua yg negatif . Bila jadik mcm nie , apa yg aku buang semuanya dtg balik . Siapa yg perlu dipersalahkan ? Ke nak saling menyalahi antara satu sama lain . Sudahla . Byk hati yg perlu dijaga . 

Bukan senang nak jaga hati dua pihak kan ? Betulll . Aku dah penat nak layan . Aku dah taknak lalui benda yg sama . Aku mengaku . . Sebab asyik fikir tentang dia , aku terlupa utk memikirkan diri aku sendiri . Kali nie aku jujur . Sebelum semuanya terlambat .

Baik atau Buruk apa yg aku buat korang jangan ambik kisah . Pedulikan aku . Nak cakap aku bela sebelah pihak ja . Cakapla . Ade aku kisah ? ? ?  Tapi , tu bukan niat aku sebenarnya .

Apa yg aku rasakan sekarang nie , be with him lebih baik berbanding yg lain . Maksud aku bukan satu baik dan satu lagi x baik . Bukan mcm tu . Biarlah aku sendiri yg tahu . Sebab kita lagi tahu siapa diri kita . Allah ada bersama org2 yg sabar . . .

Betul kata org . Saat kita susah . X semua kwn2 ada kt sisi kita . Mcm tu jugak dgn aku . Kawan time senang memang ramai . Bila time mcm nie . Hampehhhhhhhhhhh ! ! ! ! Sorang pun x boleh pakai . Kalau ade pun , mungkin sorang dua jer . Sedih kan . . .

Benda yg paling aku x suka , bila aku start nangis . Kalau Miss A tu tahu aku nangis , kompem dia membebel panjang . Sebab aku dah cakap kt dia yg aku x nak nangis lagi dah . Hmmmm . . Maafkan akuuuuuuuuuuu . . .

    

Super Fun Single !

" Oh tidakkkk ! Beginilah nasib diriku yang single . Termenung dan duduk di tepi pantai sendirian . Huh ! Menyesal pula menolak cinta si dia suatu ketika dulu . Kalau tidak , tak adala hidup ini jadi sepi sebegini serta makan hati apabila tengok BFF hidup bahagia dan manja2 bersama pujaan hati " . . .

Biarpun begitu , tak perlulah korang rasa kesal sampai macam tu sekali . Single tak semestinya korang tak boleh menjalani hidup se - happy yang boleh . Selagi korang tidak menyusahkan dan mengganggu hidup orang lain , selagi itulah kehidupan single korang boleh diteruskan . Jom bezakan sama ada korang single yang desperate atau single yang happy selalu . . .

Desperate Single

  Setiap kali berjumpa , topik utamanya pastilah berkaitan dengan ' soulmate ' . Huh . . . bosannya ! Diri korang juga sentiasa bertanya , apakah masih ada lagi boyz yang okey untuk dibuat couple ? . . .
Persoalan yang sering ditanya ketika ingin keluar , " Pergi ke mana ? Dengan siapa ? BF ikut sekali ke ? Tak apalah . . . Malas " . . . Itulah antara reaksi yang diberikan apabila BFF mengajak korang keluar bersama - sama BF - nya . Gelaran anti - sosial sesuai diberikan untuk diri korang yang malas beramah - mesra dengan BF kengkawan . Kononnya " malas jadi nyamuk " . . .
Berborak tentang boyz atau apa saja yang berkaitan dengan hubungan , reaksi korang pastilah " Asyik - asyik isu boyz , tak ada hal lain ke yang boleh diborakkan " . . .
Gara - gara tidak mempunyai BF , mood pun sering berubah - ubah . Mudah sensitif dan sering marah tidak bertempat merupakan di antara sikap buruk yang sukar diubah dalam diri korang .
 Dengan title single yang dimiliki , dengan sedaya - upaya korang akan ' memprovokkan ' BFF untuk menemani korang . Contohnya . korang sanggup memburuk - burukkan BF teman sendiri .
 Kalau dah ada couple , pastilah setiap perkara yang dilakukan akan diberitahu terlebih dahulu dan segala larangan akan dipatuhi. Korang tahu , kekasih BFF tidak suka kekasih hatinya keluar lewat malam , tetapi korang sengaja mengajaknya semata - mata mahu dia melanggar larangan tersebut .

Happy Single

Tidak malu mengakui diri memang teringin mempunyai BF yang bertakhta di hati . Malah , kalau ada yang ingin berkenalan dengan korang , pastilah akan disambut salam perkenalan itu dengan hati terbuka . Tapi , itu tidak bermakna korang berterusan meminta supaya dicarikan BF !

 Daripada bersendirian di rumah , ada baiknya keluar bersama BFF dan BFnya . Selain dapat release tension , dapat juga luaskan lagi pergaulan dan bertukar - tukar pendapat .

Jika BFF dilanda masalah dengan BF , pastilah korang orang pertama yang dicari . Tidak ada salahnya menjadi pendengar yang baik dan meluahkan pendapat korang untuk menyelesaikannya . Tapi , jika korang turut kebuntuan , korang akan jujur mengatakannya . Tambahan pula , korang masih single !

Jiwa kacau ? Korang berusaha mencari kegiatan yang positif untuk memulihkan kembali diri . Barulah hati tenang dan jiwa sentiasa ceria .

Be profesional . Kurang berkenan dengan sikap Bfnya , pastilah korang akan berterus - terang pada BFF . Tak bermakna korang akan bermasam muka atau tidak bertegur sapa dengan BFnya tanpa alasan yang kukuh .

Sangat memahami status BFF yang tidak boleh bebas seperi dulu lagi . Malah korang turut menasihati BFF agar menjaga ikatan persahabatan supaya tidak ternoktah begitu saja .

Fact


Tidak ada salahnya jika korang meminta bantuan dari BFF memperkenalkan kengkawan yang sesuai dengan korang . " Tak kenal maka tak cinta " . Ungkapan nie sesuai buat korang yang ingin memulakan perhubungan yang baru . Tapi kalau dah terlalu ' over ' , meluat jugak mendengarnya . Nampak macam korang nie kemaruk sangat nak cari BF ! Come on . Don't be so desparate !

Single tak bermakna korang tak boleh dating bersama BFF , kan ? Bagus apa keluar sesekali dengan BFF , untung juga jika Bfnya membawa sekali kengkawannya yang sedap mata memandang . Bolehlah korang mencuba nasib ketika tu . . . :)

Kata orang , lebih baik belajar dari pengalaman orang lain daripada pengalaman sendiri . Mestilah pendapat korang diperlukan buat BFF yang bermasalah dengan BF . Manalah tahu ketika korang sudah mempunyai BF , pendapat yang korang keluarkan tu amat berguna sekali . Single tak bererti korang harus sombong kan ?

Hidup single mestilah ceria . Status single tak bererti korang boleh marah dan moody sesuka hati . Cubalah hargai kehidupan single korang tu dengan menjalani kehidupan yang santai bersama BFF .

Oleh sebab sikap korang yang pentingkan diri sendiri , hubungan BFF korang mula retak . Sebagai seorang teman yang rapat , korang patut memberi sokongan yang menggalakkan kepada BFF .

Kepercayaan yang diberikan oleh BF teman , haruslah korang jaga . Jelas membuktikan betapa pentingnya korang menjaga hubungan tersebut supaya BFF berasa tenang untuk menghabiskan masa terluangnya bersama korang . Tentu seronok kan ?

Saturday 2 March 2013

Doa Buatmu Perwira Negara . . .


Bismillahirrahmanirrahim :

Ya Allah Ya Tuhan kami,
Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Tuhan yang mempunyai kekuasaan dan kebesaran.
Tuhan penganugerah keselamatan dan kesejahteraan.
Kami hamba-hamba-Mu menadah tangan sebagai tanda syukur yang tidak terhingga untuk dihitungnya,
Atas keselamatan dan kesejahteraan,
Kesihatan dan kenikmatan yang Engkau anugerahkan ke atas negara kami yang tercinta ini Ya Allah.

Ya Allah ya Tuhan kami,
Engkau campakkanlah jaluran kerahmatan yang berpanjangan kepada kami,
Engkau simpulkanlah ikatan ukhwah penuh keserasian,
Engkau labuhkan tirai keampunan maghfirah penuh keinsafan,
Engkau jaringkan tangsi hidayah dan inayah yang berkekalan,
Engkau titiskan darjah kesolehan dan kesihatan yang berkekalan buat kami,
Anak-anak watan juga keluarga yang tersayang.

Wahai pejuang-pejuang dan perwira-perwira negara,
Bangkit dan bersumpahlah berpaksikan kalimah akidah tauhid Laailahaillallah Muhammadur Rasulullah, Bahawa tidak akan kami biarkan bumi yang bertuah penuh bersejarah ini,
Diinjak pijak,
Disentap rentap,
Diselat lipat dek musuh durjana petualang bangsa Ya Allah.

Tidak akan kami biarkan,
Biar ia putih bersih,
Tidak akan kami biarkan ya Allah,
Biarkan kami mencurahkan segala kesangggupan dan keupayaan kami di dalam mempertahankan negara kami dari sebarang kekacauan,
Huru hara dan pencerobohan.
Biarkan kami berputih tulang namun tidak sekali-kali kami berputih mata menyerahkan kedaulatan negara kepada pengkhianat bangsa, agama dan negara
Malaysia yang kami cintai ini walaupun roh kami melayang menjadi taruhan menyembah sujud bertemu-Mu Ya Salam.

Amin Ya ALLAH . . .


 AL FATIHAH: Insp Zulkifli bin Mamat (29) dan Koperal Sabaruddin bin Daud (47) dari Unit 69 Komando PDRM meninggal dunia selepas terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, tengahari semalam (Jumaat). Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.

Insp Zulkifli bin Mamat berasal dari Kg Kubang Ikan, Tembila, Besut. Ibu Allahyarham, Puan Khadijah bt Ismail (64 tahun) merupakan seorang ibu tunggal dan Allahyarham adalah anak ke-3 daripada 5 orang adik beradik. Isteri beliau, Noraziah bt Nor, merupakan seorang guru dan mereka mempunyai 2 orang anak lelaki berumur 5 dan 1 tahun. Isteri Allahyarham Insp Zulkifli kini sedang hamil anak yang ke-3.

Manakala Allahyarham Kpl Sabaruddin bin Daud mempunyai 6 org adik beradik. Beliau yang berasal dari Sabak Bernam, Selangor telah meninggalkan seorang balu, Puan Nurul Nisah bt Abu dan 3 org anak yang berusia 19, 17 dan 13 tahun.

Semoga roh kedua-dua mereka dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.

Solat jenazah Allahyarham ZULKIFLI B. MAMAT dan Allahyarham SABARUDDIN B. DAUD di Masjid Jamek Batalion 17 Pasukan Gerakan Am, Lahad Datu semalam.

Friday 1 March 2013

2 Tahun Bersama . . .

Bismillahirrahmanirrahim . . .
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani . . .

Alhamdulillah . Sedar tak sedar , " Biar Jiwa Bersuara " dah 2 tahun menemaniku . Macam2 yg aku lalui nak kendalikan blog nie . Apa yg aku harapkan , ada insan2 di luar sana yang nak ajar aku dgn lebih mendalam utk menghias blog aku nie . Insyaallah . :)

Sebenarnya , utk bulan Mac nie , mcm2 yg akn aku hadapi . Firstly , besday adik kesayangan aku pd 9 Mac nie . Then yg terbesar , kemungkinan result SPM bakal diumumkan .

Aku juga mengharapkan , kehadiran bulan Mac nie , dpt memberikan hidup aku lebih bahagia dari hari2 yg sebelumnya . Insyaallah . .

Goodbye February . . .
Welcome March . . . :)   

Monday 4 February 2013

Valentine Bukan Budaya Islam

Assalamualaikum guyz . Aku just nak update pasal Valentine's Day @ Hari Kekasih yg bakal disambut 14 Februari nie . Ramai yang kata seronok sambut Hari Kekasih nie . Tapi bagi aku , tak seronok kalau x tahu sejarah pasal hari tersebut . Orang asyik sambut tanpa usul periksa . So , aku menggunakan kemudahan broadband yang ayah aku bagi n search kat 'PAKCIK GOOGLE' dan mencari sejarah Hari Kekasih nie . Dan Alhamdulillah . Allah membantuku . Aku dapat mengetahui sejarah Hari Kekasih yang mungkin akan korang sambut 14 Februari nie . So , let's check it out . . .

Valentine's Day
Bukan Budaya Islam . . .
Dewasa ini , ramai remaja Islam telah terjebak dgn budaya yg tidak sihat ciptaan musuh - musuh Islam . Selain dri terjebak dgn Black Metal , penggunaan pil khayal seperti ecstacy , heroin , mophine , bersekedudukan tanpa nikah dan seumpamanya . Terdapat lagi satu budaya yg tidak kurang hebat dgn kebejatannya iaitu merayakan Hari Valentine yg sering diraikan pada tanggal 14 Februari setiap tahun .

Amat menyedihkan sekali kerana sekarang ini terlalu ramai golongan remaja Islam telah terjerumus dlm kegiatan menyanjung dan mengistimewakan satu hari dlm bulan Februari ini . Mereka merayakan 'Valentines Day' , yg juga disebut Hari Kasih Sayang . Kalau memang generasi remaja Islam mahukan sedikit keseronokan , kenapa budaya tersebut yg menjadi pilihan ?

SEJARAH HARI VALENTINE .
Sesunggunya , terdapat pelbagai pendapat tentang asalnya Hari Valentine ini . Sesetengah pakar menyatakan bahawa ia bermula dari Saint Valentine , seorang berbangsa Rom yg mati demi mempertahankan agama Kristian . Beliau meninggal dunia pada tanggal 14 Februari 269M.

Selain dari itu , ada sebuah lagenda mengatakan bahawa Saint Valentine telah meninggalkan nota untuk mengucapkan selamat tinggal kepada anak perempuan seorang pegawai penjara yg telah menjadi sahabatnya . Beliau telah menandatangani nota tersebut dengan kata - kata "Daripada Valentine Anda" . 

Kisah tersebut turut mengatakan bahawa Saint Valentine telah berkhidmat sebagai seorang paderi gereja semasa pemerintahan Maharaja Claudius . Claudius telah memenjarakan Valentine kerana mengingkarinya . Dlm tahun 496 Masihi , Pope Gelasius telah memperuntukkan tarikh 14 Februari bagi menghormati Saint Valentine .

Lama kelamaan , 14 Februari telah menjadi suatu tarikh utk pasangan kekasih berbalas mesej cinta dan Saint Valentine telah menjadi 'penaung' kpd mereka yg bercinta . tarikh tersebut diperingati dgn menghantar puisi - puisi dan hadiah - hadiah yg ringkas seperti bunga , coklat dan gula - gula . Perjumpaan sosial atau majlis tari - menari selalu diadakan .

Menurut catatan sejarah di Amerika Syarikat , Esther Howland telah diberikan penghargaan utk menghantar valentine pertama . Valentine komersial telah diperkenalkan dlm tahun 1800an dan sehingga kini tarikh itu begitu popular . Hari Valentine bermula dlm zaman Empayar Rom . Pada zaman purba Rom , 14 februari merupakan hari cuti bagi menghormati Juno . Juno ialah ratu kpd dewa - dewa dan dewi - dewi Rom .

Sejarah seterusnya mencatatkan bahawa orang - orang Rom juga mengenalinya sebagai dewi wanita - wanita dan perkahwinan . Hari berikutnya , 15 Februari bermulalah Pesta Lupercalia . Pada masa itu , kehidupan pemuda - pemuda dan wanita - wanita diasingkan . Walau bagaimanapun , salah satu tradisi di kalangan muda pada masa itu adalah cabutan nama . Pada malam Pesta Lupercalia , nama - nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dlm bekas . Setiap pemuda akan mencabut nama seorang gadis dari bekas tersebut dan menjadi pasangannya sepanjang pesta tersebut . Kadangkala , pasangan tersebut berkekalan selama setahun dan selalunya mereka akan jatuh cinta dan kemudian akan berkahwin .

Di bawah pemerintahan Maharaja Claudius II , Rom telah banyak terlibat dlm kempen - kempen yg tidak disukai dan banyak menumpahkan darah . Claudius yg kejam itu telah menghadapi kesukaran utk mengerahkan askar - askarnya utk turut serta dlm liga tenteranya . Dia percaya bahawa sebab utamanya ialah lelaki - lelaki Rom tidak mahu meninggalkan kekasih atau keluarganya . Lantaran itu , Claudius II telah membatalkan semua majlis perkahwinan dan pertunangan di Rom .

Saint Valentine merupakan seorang paderi di zaman Rom semasa pemerintahan Claudius II . Menurut catatan sejarah , Saint Valentine dan seorang rakannya Saint Marius telah membantu orang - orang Kristian yg mati akibat agama dan mengahwinkan pasangan - pasangan secara rahsia . Akibat dari perbuatan ini , Saint Valentine telah ditangkap dan diheret utk menghadap Pengawas Rom yg menghukumnya dgn memukul menggunakan belatan sehingga mati dan memenggal kepalanya . Saint Valentine telah mati akibat penderitaan itu pada 14 Februari , lebih kurang dlm tahun 270M . Pada masa itu , telah menjadi adat di Rom (adat yg sangat kuno) utk meraikan Lupercalia dlm bulan Februari , pesta utk menghormati Dewa Pagan . Di dlm pesta tersebut , di tengah pelbagai upacara jahiliah , nama - nama gadis akan diletakkan dlm kotak dan satu nama akan dicabut ole pemuda mengikut nasib .

Pastor - pastor gereja kristian terawal di Rom berikhtiar utk menghapuskan unsur jahiliah di dlm pesta - pesta tersebut dgn menggantikan nama - nama gadis tersebut dgn nama saints . Ketika Lupercalia hendak bermula pada pertengahan Februari , pastor - pastor telah memilih Hari Saint Valentine utk meraikan pesta yg baru itu . Jadi nampaknya kebiasaan pemuda memilih gadi utk valentine , atau ' saints ' sbg penaung utk tahun berikutnya , bermula dgn cara ini . Pada saat itu , digambarkan orang muda 'laki - laki dan wanita' memilih pasangan mereka masing - masing dgn menuliskan nama atau mengundi nama daro orang - orang yg diinginkan , kemudian pasangan ini saling bertukar hadiah sbg pernyataan cinta kasih . Acara ini dilanjutkan dgn berbagai pesta bersama pasangan masing - masing .

Pergaulan dgn pasangan yg didapati dlm pesta itu berlangsung lama sesudah pesta itu berakhir . Setelah penyebaran agama Kristian , para Pemuka Kristian cuba memberikan pengertian ajaran Kristian terhadap para pemuja berhala itu . Namun begitu , pada 496 Masihi , Paus Gelasius (Pope Gelsius) menggantikan peringatan Lupercalia itu menjadi Saint Valentine's Day , iaitu Hari Kasih Sayang Untuk Orang - Orang Suci . Dalam sejarah perayaan , Valentine pernah ditangkap oleh orang - orang Rom dan dimasukkan kedalam penjara kerana dituduh membantu satu pihak utk memusuhi dan menentang Kaisar . Saint Valentine berjaya ditangkap pada akhir tahun 270M . Kemudian orang - orang Rom memenggal kepalanya di Palatine Hill (Bukit Palatine) dekat altar Juno .

Dlm kaitannya dgn acara valentine's Day , ramai pula org mengaitkannya dgn Saint valentine yg lain . Saint Valentine ini adalah seorang Bishop di Terni , satu tempat sekitar 60 kilometer dari Rom . Menurut catatan sejarahh , dia telah diburu kerana mempengaruhi beberapa keluarga Romawi dan memasukkan mereka kedalam agama Kristian . Kemudian , setelah berjaya ditangkap , kepalanya dipancung di Rom sekitar taun 273M . Sebelum kepalanya dipenggal , Bishop tersebut telah mengirim sepucuk surat kpd puteri penjaga - penjaga penjara dgn mendoakan semoga mereka mampu melihat dan mendapat kasih sayang Tuhan dan kasih sayang manusia . 'Dari Valentinemu' demikian tulis Valentine di akhir suratnya itu . Surat itu bertarikh 14 Februari 270M . Lantaran itu , tarikh tersebut ditetapkan sebagai Valentine's Day .

Dari sejarah Valentine's Day ini , maka seharusnya umat Islam khususnya generasi muda utk tidak menyambut dan mengagungkan perayaan Valentine's Day ini . Tentunya sebagai kaum Muslimin , demi menjaga kemurniaan akidah , kita wajib menjauhinya . Ini lantaran acara yg terdapat di dlm Valentine's Day amat bertentangan dgn akidah Islam . Hayati dan renungkanlah pengertian firman Allah S.W.T di dlm Al - Quran melalui Surah Al -Baqarah ayat 120 yg maksudnya : ' ORANG - ORANG YAHUDI DAN NASRANI TIDAK AKAN SENANG KEPADA KAMU , BEGITU PUN KRISTIAN HINGGA KAMU MENGIKUTI MILLAH (cara hidup) MEREKA . Katakanlah : SESUNGGUHNYA PETUNJUK ALLAH S.W.T ITU PETUNJUK YANG BENAR . DAN SESUNGGUHNYA JIKA KAMU MENGIKUT KEMAHUAN MEREKA SETELAH PENGETAHUAN DATANG KEPADAMU , MAKA ALLAH TIDAK LAGI MENJADI PELINDUNG DAN PENOLONG BAGIMU " .

Bagi remaja Islam , dgn paparan sejarah ringkas ini , sedari dan insaflah apakah sebenarnya yg diraikan sempena Valentine's Day ini . Fikirkanlah dgn fikiran dan hati yg rasional , adakah wajar ianya disambut di kalangan masyarakat Islam ? Sesungguhnya agama Islam ada cara - cara yg tersendiri dlm memperlihatkan kasih syg dan memilih jodoh . Al - Quran dan Hadis junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W telah memberi garis panduan tentang perkara ini . Wallahualam . . .

FIKIR - FIKIRKAN . . . 

Thursday 24 January 2013

Jerawat Di Vagina : Apa Penyebabnya ?

" Alamak ! Apa pula nie ? Bisul ke ? Sakitnyaaaaaaaaaaaaaaaaa . . . . "

Panik juga dibuatnya bila meraba di sekitar vagina , terasa ada benjol kecil seperti jerawat di situ . Ada kalanya kelihatan kemerahan dan nampak seperti ' white head ' yg macam jerawat dah ' masak ' . Terasa pedih , lebih - lebih lagi kalau pakai jeans ! Kenapa ia boleh tumbuh di situ .

Sebenarnya bintik kecil seperti jerawat di kawasan vagina ini serin dialami kaum gurlz . Jerawat tersebut disebut ' Hidradentis Suppurative ' . Jerawat di wajah melibatkan kelenjar minyak , manakala jerawat di vagina pula berkait rapat dengan kelenjar peluh ( apokrin ) . Kelenjar ini akan membentuk jerawat ketika tersumbat . Ada banyak faktor yang menyebabkan ia terjadi dan korang tak perlu bimbang . Menurut Healthy Skin - Guide , jerawat vagina tidak berbahaya dan boleh di atasi dengan pelbagai cara termasuk ubat - ubatan.

Peluh .
Peluh adalah penyebab utama ( dan paling umum ) jerawat di vagina .  Peluh di kawasan celah kelangkang yang akan mengumpul bakteria yang boleh menyebabkan peradangan daripada pori - pori peluh . Keadaan ini akan menyebabkan tumbuhnya jerawat di kawasan tersebut . Jika penyebabnya adalah peluh , tidak ada cara lain untuk mengatasinya kecuali mengenakan seluar dalam yang bahannya menyerap keringat seperti cotton . hindari seluar dalam dari bahan sutera atau nilon .

Seluar Dalam yang Ketat .
Jika seluar dalam terlalu ketat , kitaran udara jadi tersekat . Peluh pun menjadi sumber bakteria . Selain itu , seluar dalam yang ketat juga boleh menimbulkan gesekan dengan kulit di kawasan vagina sehingga melecet . Jika terdedah kepada bakteria , bahagian yang kemerahan ini akan mengalami infeksi dan akhirnya menimbulkan jerawat . Untuk menghindari gesekan pada kawasan vagina , pakailah seluar dalam yang selesa di tubuh korang .

Malas menukar tuala wanita .
Jangan hanya mengganti tuala wanita ketika cairan darah sudah penuh . Gantilah setiap empat jam untuk menghindari kelemabapan pada kulit . Bakteria ' Staphylococcus aureus ' atau ' Streptococcus pyogenes ' mudah menyerang kulit lembap yang terdedah pada luka . Bakteria ini boleh hinggap pada kulit bahagian tubuh yang lain , sehingga merebak ke kawasan vagina tanpa kita sedari .

Kitaran Hormon .
Hormon progesteron mempunyai efek yang sama pada kelenjar ' apokrin ' , seperti juga kelenjar minyak pada wajah atau punggung . Peningkatan progesteron yang tinggi akan memancarkan ketidakseimbangan hormon pada tubuh gurlz , yang kemudian menyebabkan penyusutan lemak pada pori - pori . Situasi ini menyebabkan tumbuhnya jerawat di kawasan vagina . Itulah sebabnya ramai gurlz yang mengalami jerawat di vagina menjelang menstruasi .

Pengambilan Makanan Tertentu .
Cuba korang ingat , makanan apakah yang korang ambil sebelum tumbuhnya jerawat . Adakah korang menikmati mayones atau telur dalam jumlah yang banyak ? Makanan jenis ini mengandungi lemak yang tinggi dan boleh menyumbat pori - pori dan menyebabkan jerawat . Semak kembali apa sahaja yang korang makan seminggu yang lalu untuk mengetahui apakah jerawat tersebut disebabkan oleh pemakanan .

' Rambut ' yang tumbuh ke dalam .
' Ingrown Hair ' atau ' bulu pubis ' yang tumbuh ke dalam lazimnya disebabkan  oleh kebiasaan mencukur kawasan tersebut . Ketika mencukur , boleh jadi alat pencukur telah melukakan pori - pori ' bulu pubis ' tersebut . Kemudian , sepanjang proses ' pemulihan ' - menutup luka dan membawa bersama folikel rambut tersebut , situasi inilah yang menyebabkan bengkak yang mirip jerawat itu terjadi .

Kesan Alergi .
Jika jerawat tumbuh di vagina setelah korang mengambil beberapa jenis makanan yang biasanya tidak korang makan , mungkin saja jerawat ini merupakan reaksi alergi daripada makanan tersebut . Kebanyakan kesan alergi boleh dikesan dari kulit yang kemerahan atau timbul bintik - bintik mirip dengan jerawat atau bisul .

Masih ada beberapa penyebab lain munculnya jerawat vagina . Antaranya , penggunaan detergen ( sabun pencuci ) yang terlalu kuat dan masih meresap di seluar dalam , stress atau keadaan kesihatan lain . Pada dasarnya , jerawat ini tidak perlu di picit kerana boleh menimbulkan kesan sampingan yang lebih teruk .