Saturday 22 June 2013

Boyz sukar nak berubah ?

Seperti yang korang ketahui , personaliti dan pendirian antara boyz dan gurlz adalah berbeza . Gurlz mahukan boyfriend diaorg sentiasa nampak kemas tapi dalam masa yang sama , boyz juga suka kelihatan biasa - biasa dan apa adanya .

Selain itu , gurlz suka ambil berat dan ingin tahu semua perkara tentang boyfriend , sedangkan boyz tidak suka dikongkong dan mahukan kebebasan . Bukan senang nak mengubah karakter seseorang . Lebih - lebih lagi pada boyz yang mana ego diaorg nyata lebih tinggi berbanding gurlz .

Nak tahu apa lagi kebiasaan boyz yang sukar digubah gurlz ? Baca sampai habis ya . . .

Berdolak - dalik.
Ini juga satu sikap kadangkala menyakitkan hati . Korang mesti pernah dengar ayat seperti , "Betul , memang I salah . Tapi I buat semua nie untuk you ." Boyz memang sangat pandai untuk memanipulasikan ayat untuk kepentingan diri dan sangat sukar untuk mengalah . Tapi begitulah lumrahnya bila dah buat salah , kan ? Mesti nak pertahankan diri semula .

Tak Terurus .
Boyz memang terkenal dengan sifat tak terurusnya . Tak perlu pelik kalau di luar dia nampak tampan tapi di biliknya bersepah macam KAPAL KARAM . Boyz memang tidak suka memikirkan hal yang kecil dan remeh - temeh seperti berkemas dan membuang sampah . Kalau nak membebel pun tak ada gunanya . Mungkin sekejap saja dia akan berubah . Kena tunggu kahwin dulu lah jawabnya . Hehehe . . .

Serabai .
Boyz suka dengan gurlz yang cantik dan bergaya , tapi dalam masa yang sama cuba mengekalkan keselesaan dirinya sendiri dan kalau boleh memang tak nak jadi mangsa fesyen yang tidak selesa . Kadang - kadang rasa seperti tidak adil pula . Korang seboleh - bolehnya cuba mengenakan pakaian yang cantik - cantik , dengan heels yang mungkin tidak selesa demi nampak cantik di depannya sedangkan dia cuma mengenakan T-shirt , jeans dan sneakers setiap kali date . Tapi realitinya , itulah boyz . . .

Cuci Mata .
Bibir mengucapkan sayang , tapi mata tetap juga melirik - lirik gurlz lain . Apakah maknanya tu ? Sabar . . Boyz memang begitu , suka melihat benda yang cantik . Ia juga hobi yang sukar untuk dihentikan . Hehehehe . . Tapi kalau sekali - sekala tu tak apalah . Jangan sampai melarat - larat dan jadi perkara yang negatif sudah . Korang pun kenalah sentiasa nampak cantik di matanya . Barulah pandangannya tidak 'terserong' ke gurlz lain .

Menghindari Konflik .
Kalau korang pernah bertengkar dengan pasangan , korang tentu tahu bahawa boyz kadangkala terus pergi begitu sahaja tanpa ada penyelesaian . Ini juga sudah menjadi kebiasaan bagi boyz . Diaorg tak suka menyelesaikan sesuatu hal dalam keadaan panas . Lebih - lebih lagi dengan gurlz . Diaorg akan cuba menghindarkan diri daripada konflik yang lebih berat dan mencari ketenangan . Bila marah sudah kembali reda , barulah otak diaorg boleh berfikir secara rasional dan mencari jalan penyelesaian .

Tidak Suka Mendengar Arahan .
Boyz bukan seperti gurlz kerana gurlz lebih cenderung mendengar kata berbanding boyz . Bagi boyz , diaorg sangat pantang kalau sering diarah - arah dan ditunjukkan apa yang betul dan apa yang tidak betul . Lagi banyak korang ulang , lagi diaorang rimas . Sebagai contoh , korang membebel dan banyak dan tidak bersenam , tidur lewat malam , kurang minum air kosong , demam tak makan ubat dan banyak lagi . Kalau korang nak tegur , pastikan korang ada skill dan tidak over . Takut si dia menjauhkan diri pula sebab rimas nanti .

#sumber : Majalah Yezz!

Tuesday 18 June 2013

Tak tahulah ! ! !

Assalamualaikum . . .
Mula2 aku bukak balik blog aku nie , aku tertanya2 . Betul ke nie blog aku ? ? ? Banyaknya sawang . Hihihih . . Aku pun dah tak tahu seperti apa blog aku sekarang . Jarang dah nak update2 nie . Aku semakin sibuk sekarang . Dah jadi student balik . . Adatlah kan . Dah namanya student . Dgn assignment , presentation , kertas kerja n mcm2 lagi lah . Aku pun tak tahu bila masa yg sesuai aku nak aktif balik mencoret sana sini kat blog nie . Siyes aku rindu gila . . . 

# assignment oh assignment . . .