Friday 27 January 2012

Realiti tak seindah disangka

Bukan aku pinta hadirnya cinta dlm hati . Bukan aku menagih seperti penagih dadah mengharapkan diri utk dikasihi dan disayangi . Bukan aku menjajakan hatiku yg kosong utk dipenuhi dgn perasaan yg indah . Aku juga manusia biasa yg punya hati dan berkali-kali aku bilang tidak mahu perasaan ini dari terus berlayar dlm lautan hatiku . Tetapi aku kalah . Layaranku tenggelam dalam lautan perasaan .

Iya , aku sedar , salah perjalanan arah tujuku . Aku sudah jauh tersesat dlm buaian kasih sayang . Ingin sekali aku pusing dan berpatah kembali dan mencari kompas agar tidak lagi meraba mencari-cari arah tujuan jln hidup aku . Sayangnya , aku tidak mampu berpatah kerana aku sudah jauh terbang mengikut kata hati . Takut benar kiranya sayapku patah dan aku akan kehilangan segalanya .

Aku perlu kuat dan tidak mudah menyerah walau apa pun yg akan terjadi nanti kerana jauh di sanubari ini sudah tertulis kenyataan yg sgt pahit utk ditelan apatah lagi utk dikunyah . Bersedialah menerima khabar duka utk melihat kebahagiaan dua insan yg sudah lama termaterai cintanya . Inilah realiti kehidupan apabila berani bermain cinta tiga segi . Keindahan itu hanya persinggahan sementara dan apabila tiba masanya keindahan itu juga akan hancur menjadi debu2 yang bertaburan . . .

Sunday 15 January 2012

Saya Tahu Saya Tidak Cantik..

SAYA TAHU SAYA TAK CANTIK
Saya tahu saya tidak cantik . Tapi , walaupun saya tidak cantik , saya tetap ada kelebihan .
Kerana saya tidak cantik , saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya .
Kerana saya tidak cantik , saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya .
Kerana saya tidak cantik , saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki .
Kerana saya tidak cantik , saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain .
Kerana saya tidak cantik , saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita .
Dan kerana saya tidak cantik , akhirnya saya menemui insan yang ikhlas mencintai saya seadanya .
Kerana saya tahu . Saya tidak cantik pada pandangan manusia . Maka saya akan berusaha agar kelihatan cantik pada ALLAH . Kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar . Tapi KECANTIKAN di akhirat kelak .

 KECANTIKAN : DI MANA NILAINYA?
Manusia sememangnya hidupan yang pelik , istilah kecantikan didefinasikan kepada pelbagai . Kalau di Iran, wanitanya begitu obses dengan hidung yang dibedah , atau di Mauritania di mana wanita gemuk dianggap seksi dan mengghairahkan . Bagaimana dengan masyarakat kita sendiri pula ?

Tidak perlu mempunyai hidung yang mancung seperti paruh seludang , atau wajah yang sesempurna Aishwarya Rai . Cukup dengan berpakaian tapi seolah-olah "bertelanjang" dan mengenakan kain ela yang pelbagai untuk menutupi kepala , itu cantik namanya.

Minta maaf bukan hendak memperlekehkan kecantikan plastik wanita , itu realiti yang telah lama bertapak dalam mentaliti masyarakat kita . Tipikal ? Tiada siapa yang boleh menafikannya .
Pada saya kecantikan ialah bagaimana mata mereka yang memandang itu mentafsirnya . Lebih tepat , pandangan orang lain terhadap fizikal kita . Betul ! Dan saya pernah membuat eksperimen sendiri dengan mengajak adik-adik saudara lelaki saya untuk memilih artis wanita yang mereka rasakan tercantik .
Hasilnya seperti diduga , setiap daripada mereka memilih artis wanita yang berlainan . Bila saya tanya kenapa pilihan masing-masing yang terbaik , semua sibuk memberikan seribu satu alasan yang tidak boleh diterima oleh akal saya .

Lihat ! Bukankah itu bukti yang nyata bahawa kecantikan itu terlalu besar skopnya untuk diperjelaskan kepada umum ? Apa yang cantik di mata saya atau anda , tidak semestinya akan cantik pada pandangan orang lain juga .

Persoalannya , adakah apa yang kita ada sekarang ini bukan yang terbaik ? Adakah Allah itu zalim dan pilih bulu dengan memberi sesetengah daripada kita wajah yang cantik manakala setengah lagi fizikal yang tidak sempurna ?

Bukankah Allah itu Maha Adil ? Bukankah Allah itu Maha Mengetahui ? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana ? Jika begitu mengapa ada sesetengah daripada kita masih meratapi kekurangan yang ada pada diri masing-masing ?


ANGGUN DI MATA ALLAH : SEBUAH KECANTIKAN SEJATI
Kecantikan terdiri dari 2 jenis ; kecantikan lahir dan kecantikan batin . Kecantikan batin (inner beauty) adalah kecantikan yang dicari kerana essensinya , seperti kecantikan ilmu , akal fikiran , dan kesucian diri . Kecantikan batin inilah yang merupakan titik pandang Allah pada diri hamba-hamba-Nya .

Sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah hadis :

"Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa dan postur tubuh kalian . Akan tetapi , Allah melihat pada hati kalian ." (HR. Muslim).

Sebenarnya kita semua adalah makhluk ciptaan-Nya yang paling sempurna dan cantik di muka bumi ini . Allah telah menentukan sesuatu sifat dalam diri kita adalah yang terbaik . Hanya mata kita sahaja yang diselaputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian .

Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah ? Bukankah periuk orang lain sentiasa putih daripada apa yang kita ada ? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu jauh lebih baik daripada apa yang kita miliki .

Sedangkan nabi Muhammad S.A.W sendiri telah menasihatkan kita agar melihat orang yang kurang bernasib baik . Jangan melihat orang yang lebih bertuah kerana itu akan membuatkan kita tidak bersyukur . Dan itulah masalahnya pada diri kita . Kita sentiasa mengejar yang sempurna dalam kehidupan seharian . Sentiasa mahukan yang lebih bagus daripada orang lain .

Kita ada biduk , tetapi dalam masa yang sama berkehendakkan serempu pula . Tidak terkecuali dengan saya . Siapa yang tidak suka mendengar pujian melangit kerana cantik , bukan ? Ketika zaman bersekolah , semuanya kena bersaing atau sekurang-kurangnya sama dengan kawan-kawan . Pakai baju ketat , seluar sendat , dari tudung sehinggalah kepada kasut , kalau boleh semua mengikut peredaran fesyen . Pendek kata melaram berlebihan . Cuba bayangkan betapa banyak dosa yang terpaksa saya tanggung semata-mata untuk kelihatan trendy seperti itu ? Syukurlah kesedaran datang sebelum lebih banyak dosa terkumpul .

Sekarang ini nak pergi mana pun , satu yang sentiasa perlu tanamkan dalam kepala adalah "bersederhana dalam berfesyen" . Cukup dengan hanya menempel "wudhu'" di wajah , bertudung dan tidak memakai pakaian ketat yang menonjolkan bentuk badan .

Untuk itu , mari kita belajarlah untuk berkata Alhamdulillah dengan apa yang ada pada diri kita . Sedarlah, kecantikan bukan terletak pada secantik mana fizikal kita dilihat oleh mata orang lain , atau 'setrendy' mana pakaian yang telah membaluti tubuh masing-masing . Tetapi secantik mana kita di mata Allah .

Aku Juga Mampu..


Sedar tidak sedar dunia semakin tua , masa semakin pantas berlalu . Rambut yang dahulunya hitam sudah kelihatan sedikit keputihan . Kudrat yang dahulunya gagah sudah semakin lemah .
Wajah yang dahulunya jambu sudah menjadi layu .
Ini semua bukti kepesatan masa yang tidak mampu sesiapa pun mengawalnya .

Dalam keadaan sebegini kita sebenarnya memerlukan satu dahan untuk berpaut .
Berpaut dari terus dihanyutkan arus dunia yang entah membawa kita ke arah mana .
Kita perlukan dahan sebegitu teguh dan kuat kerana bukan hanya kita sahaja yang mahu memautnya tetapi juga ayah , ibu , rakan , teman dan semua mereka yang tidak mahu terus tenggelam oleh tsunami masa gila .

Usah terus dipermainkan oleh dunia tetapi kitalah yang harus mempermainkanya .
Kata ustaz di masjid kelmarin , hanya jika benar kita faham apa makna dunia , maka tiada langsung niat mengejar kemewahan yang menggila ini akan terlintas .

Tidak terfikir nanti mahu memiliki kereta mewah skyline atau lancer .
Tidak terfikir mahu memiliki i-phone dan tidak berminat mengejar chikaro cantik berdahi lincin dan berdagu runcing .
Ini semua permainan dunia .

Siapa kata tidak mahu bercinta ?

Siapa kata tidak cemburu dan jeles melihat kalian berpegang tangan dan berpesta .
Itu belum masuk bercumbu cendana di bawah pohon mangga . Cemburu dan jeles .
Aku juga punya nafsu, aku juga punya cinta .
Adakah kamu percaya ?

Aku ada handphone yang cukup kreditnya untuk sms setiap masa . Aku punya cukup wang mahu keluar berdating dan menonton wayang juga .
Walaupun henset aku murah dan bukan i-phone tetapi aku mampu untuk bergayut berjam-jam bersama yang tercinta .
Ya , aku mampu melakukanya seperti apa yang kau lakukan bersama si dia !

Cuma aku tidak mampu untuk menghina agama .
Agamaku cantik , bersih , lengkap dan indah .
Tuhan aku dan Rasul aku tidak pernah sesekali mengizinkan perhubungan antara bukan mahram sebelum akad terlaksana .
Cuma itu sahaja beza upaya kita .

Ini sahaja yang aku tidak mampu melawannya tetapi kau yang terlalu berani membuat langkahan sedemikian rupa .
Cuma , aku berjanji dan bersumpah andai sudah terlaksana akad yang penuh makna suatu hari nanti , lelaki itu akan menjadi putera paling berharga dalam hidupku kerana cintaku tidak pernah ternoda .

Pada Allah S.W.T tempat aku berpaut dan berdoa , semoga terus melindungiku dari tsunami dunia yang menggila .
Semoga aku, kau dan mereka terus berpaut pada dahan yang sama .

Saturday 14 January 2012

Bila Kita Berbicara Soal Hati

Bila kita berbicara soal hati , hati itu ada pelbagai rasa yang mana kadang-kala sukar untuk ditafsirkan dan sukar untuk dimengertikan . Manusia selalunya tertipu dengan apa yang ada dalam hati dan perasaan . Perasaan itu kadangkala akan menipu akal dan fikiran . Kadangkala kita merasakan sesuatu yang ada di depan mata kita itu adalah yang terbaik . Dan kita juga sering berprasangka apa yang kita ada itu tidak cukup dan tidak baik . Namun , hanya Allah saja yang lebih mengetahui apa yang terbaik sedangkan kita tidak . Perasaan di hati kita itu juga adakalanya membuat kita kebingungan , kegelisahan , kerisauan , kegusaran dan sebagainya yang membuatkan kita resah dan tidak senang duduk . Sehinggakan kita terduduk menangis memikirkan kegundahan perasaan yang wujud itu .

Hati dan perasaan memang ada dalam setiap diri manusia . Cuma yang membezakan ialah bagaimana kita semua menjaga hati itu supaya ia selari dengan akal dan fikiran kita . Jika terlalu mengikut perasaan dan kata hati , kita juga bisa mati . Akal fikiran dan pertimbangan yang baik sahaja dapat memandu kita kepada satu jalan yang betul . Kadangkala kita semua ini suka berprasangka kepada orang di sekeliling . Orang yang berbuat baik dengan kita , kita akan berprasangka kononnya ada udang di sebalik batu . Ya , prasangka boleh jadi membantu hidup kita dan juga boleh membantutkan hidup kita . Kita sememangnya memerlukan prasangka tapi bukan prasangka  yang membantutkan hidup kita . Tapi , biarlah prasangka yang berpada-pada . Kita cuma perlu berhati-hati dan jangan terlalu mengikut kata hati .

Ada pendapat mengatakan wujudnya hati yang busuk , dan hati yang baik . Bagaimana hati yang busuk itu dan apa pula hati yang baik itu ? Bolehkah kita sebagai hamba Allah yang lemah ini membaca apa yang terbuku di dalam hati insan ataupun individu lain ? Hebat sangatkah kita meneka ? Hebat sangatkah diri kita ini bila kita dengan yakin dan megahnya berkata "Aku tahu niat dia tu memang tak elok . niat dia saje nak tarik perhatian . niat dia itu . niat dia ini . niat dia memang nak mengenakan orang lain . niat dia nak menunjuk-nunjuk ." Padahal diri kita sendiri pun kadang-kadang tidak dapat mengenal pasti niat dalam hati kita . Mulut bicara lain ,  tapi di lubuk hati berkata lain . Bagaimana diri kita ini boleh yakin dan sangat pasti dengan niat orang di sekeliling kita ? Sedangkan sesungguh-Nya Allah jualah yang lebih mengetahui .

Oleh itu , marilah kita muhasabah diri kita sendiri . Terlalu banyak kekhilafan diri . Aku juga selalu berteka-teka dengan hati , perasaan , akal dan fikiran sendiri . Kadang-kadang kita juga menjadi bingung hanya kerana perasaan sendiri . Kita juga sering berasa tidak pasti dengan diri sendiri . Semuanya kerana diri ini sendiri .

Wednesday 11 January 2012

Hari Ini...

Hari ini hari yang buruk .
Hari ini hati yang tenang telah menjadi suram .
Hari ini wajah berseri berubah menjadi sedih .
Hari ini pun hujan turun dengan petir menyambar-nyambar .
Hari ini aku mengerti yang aku akan kehilangan kau .
Hari ini juga aku mula sedar jarak akan memisahkan kita .
Hari ini juga aku percaya hari-hari akan datang akan sunyi tanpa kehadiranmu .
Hari ini juga aku sedar akan tiba saat terakhir aku menatap wajah manismu .

Hari ini hatiku hancur .
Apabila mengigatkan kau yang akan melangkah pergi .
Meninggalkan aku sendiri di sini sunyi tanpa hadirmu .
Dan dirimu hanya meninggalkan secebis kenangan untuk aku ingati .

Hari ini aku hancur .
Hancur berkeping-keping merasakan semua ini bila hari ini aku tidak mengatakan bahawa aku tidak mencintai dia .
Sedangkan inilah kesempatan terbaik aku meluahkan kata hati .
Kata hati yang terbuku sebelum dia melangkah pergi .
Tetapi ,mungkinkah akan berlaku keajaiban bila dia mengetahui isi hatiku yang tulus ?

Walau apa pun yang akan terjadi selepas hari ini .
Hati dan perasaanku tidak berubah dan tidak akan pernah berubah .
Dan aku ingin dia tahu sesungguhnya sehingga hari ini aku tetap mengagumi dia .
Masih seperti saat ku bertemu dia, di hari pertama ku mengenal dia .

Walaupun semua telah berakhir .
Aku berharap hari esok tidak seperti hari ini .
Cukup hari ini aku merasakan semua kepedihan ini .
Merasakan kehancuran dan kekecewaan dalam diriku .
Kebodohan yang tidak dapat difahami dan suatu perasaan yang menyiksa diri .