Monday 22 December 2014

Terima Kasih Seri !

Seri
7 tahun kita bersama
Berkongsi suka dan duka
7 tahun aku disini
Demi mencari sesuatu yang dipanggil ‘ilmu’.

Seri
Disini aku belajar alif ba ta
Disini aku belajar A B C
Disini aku belajar 1 2 3
Disini aku belajar erti persahabatan
Disini aku belajar erti kasih sayang
Disini aku belajar erti kehidupan
Dan disini aku belajar mengenal Tuhan Yang Esa.

Seri
26 November 2014 tarikh keramat
Tarikh dimana aku harus melangkah pergi
Tarikh aku terpaksa meninggalkan segalanya disini
Demi mencari secebis ilmu
Demi meneruskan perjuangan
Demi menggapai impian
Yang masih jauh dihadapan
Yang masih jauh untuk ku capai.

Seri
Aku berharap tarikh tersebut bukan yang terakhir
Untuk aku berdiri disini
Untuk aku ada bersamamu
Kerna bagiku
Kau telah mengajar aku erti kehidupan
Mengajar aku lebih menghargai persahabatan
Mengajar aku lebih menghargai ilmu
Mengajar aku menghormati mereka yang lebih berusia.

Seri
Hanya satu pintaku
Agar kau terus berdiri megah
Untuk memberi anak bangsa peluang
Mencari secebis ilmu
Mengetahui betapa pentingnya ilmu
Dalam sesebuah perjalanan yang dipanggil kehidupan.

Seri
Aku juga berharap
Kau sentiasa teguh dan memberi peluang
Kepada para pendidik mencurahkan ilmu
Kepada anak bangsa mendalami ilmu
Untuk menjadi anak bangsa yang berjaya
Demi mengharumkan nama negara
Di persada antarabangsa
Kerana itu bukanlah mustahil
Kerana kau akan sentiasa teguh berdiri.

Seri
Aku berjanji
Satu hari nanti aku pasti kembali
Walau aku bukan seorang pendidik yang berjaya
Walau aku bukan raja yang dihormati
Walau aku bukan menteri yang disegani
Walau aku bukan hakim yang ternama
Walau aku bukan peguam yang menang bicara
Walau aku bukan mufti yang mengeluarkan fatwa
Tapi aku akan kembali
Sebagai insan yang berjaya
Bagi membuktikan bahawa
Aku pernah berada disini
Sebagai insan yang pernah menumpang disini
Insan yang belajar mengenali ilmu
Demi mencapai kejayaan.

Terima kasih Seri
Takkan ku lupa setiap kenangan yang telah tercoret
Antara aku, kau dan mereka
Kerana bagiku
Kau adalah saksi
Kepada perjuanganku
Demi mencapai impianku
Menjadi insan dan anak yang berbakti
Kepada ayah dan ibu
Juga kepada agama dan negara.

Terima Kasih Seri…

p/s : khas kepada guru-guru dan para pelajar SMK Seri Balik Pulau, Pulau Pinang. J

Sunday 21 December 2014

Qoutes Untuk Korang ! ! !

Assalamualaikum . . .
Banyak betul kan sawang kat blog nie . Firstly , aku nak minta maaf sebab dah lama tak update blog . Bukan saja2 , tapi disebabkan kekangan masa dan aku perlu tumpukan perhatian pada exam STPM . Sebab tu jarang update entry . Sorry sangat2 okayy . Sebagai balasan , aku belanja korang dengan qoutes yang best . Nanti korang boleh copy okayy . . 

(1)

(2)

(3)

(4)

(5)

(6)

(7)

(8)

(9)

(10)

(11)

(12)

(13)

(14)

(15)

(16)

(17)

(18)

(19)

(20)

p/s : Isi masa lapang cuti sekolah dengan aktiviti yang berfaedah , okayy . . . 


Wednesday 2 April 2014

I Am Looking For A Teacher

I am looking for a teacher ,
Who is beautiful inside ,
Honest with the students ,
Giving them the sense of pride .

I am looking for a teacher ,
With a healthy self esteem ,
Who clearly states the rules ,
And doesn’t have to scream .

I am looking for a teacher ,
Who creatively prepares ,
But whose first priority ,
Is to convey that he cares .

I am looking for a teacher ,
Who is interested , not aloof ,
Who treat his students with respect ,
Even when they goof .

I am looking for a teacher ,
Who knows how to laugh and smile ,
Who enjoys what he’s doing ,
And goes the extra miles .

 I am looking for a teacher ,
Who believes all students can learn  ,
Who praises their efforts and talents ,
They give their best return .

I am looking for a teacher ,
Who communicates with parents well ,
Gently and carefully selecting words ,
When there’s problem to tell .

I am looking for a teacher ,
Who will fill a child with desire ,
To love to learn more every day ,
With curiosity that won’t tire .

I am looking for a teacher ,
Who encourages children to have a dream ,
To work at solving problems ,
Building their self esteem .

There are some teacher out there ,
The kind I am looking for ,
For their student’s success ,

They have opened the door .

Saturday 22 February 2014

Bukan Hatinya Tak Pernah Sedih...

Hati manusia, walau sekeras mana pun pasti akan lembut. Tapi semua itu atas kehendak yang Berkuasa...

Dia tidak pernah menangis apabila dikutuk dan dikritik di hadapan khalayak. Baginya, menangis itu menunjukkan kelemahan. Walaupun hatinya terdetik, "Ya Allah, apakah dosaku sampai aku diperlakukan sebegini."

Dia tidak pernah mengadu kepada sesiapa kecuali seorang teman yang dia amat percaya. Baginya, biarlah semua itu dipendam sendirian. Biarlah semua orang tidak tahu penderitaan dan sengsara yang ditanggung. Atas sebab apa? Manusia hanya pandai menilai melalui paras rupa, tingkah laku, cara percakapan tapi jauh di sebalik hati tiada siapa yang tahu.

Entah mengapa semakin hari dirinya merasakan kehilangan sesuatu. Bukannya kekasih ataupun sesiapa yang disayangi. Tapi kegembiraan yang selama ini dinikmati semakin jauh dibawa arus. Semua orang yang mengenali tahu dia seorang yang sabar, kuat dan jarang menunjukkan kemarahan dan kelemahan di hadapan sesiapa. Tapi hati manusia bergelar wanita tiada siapa tahu atau cuba selongkari. Dia terkenal di sekolah antara pelajar yang agak nakal, bukan daripada segi disiplin tapi nakal dari segi tingkah laku, suka kacau orang, suka gegarkan kelas, suka buat orang ketawa malah suka buat orang sakit hati. Tapi itu cuma sementara, untuk menutup kelemahan yang ada. Baginya teman di sekolah dan di sisi tidak sama. Di sekolah tempat dia bergembira tanpa kenal perasaan sedih tapi bila tiba waktu pulang perasaan sebak menanti di hati. Kenapa?

Kerana dia bukannya tidak pernah sedih....

Hampir setiap hari dirasakan masa sungguh pantas berlari. Sehinggakan setiap malam merintih pada-Nya memohon kemaafan dan keampunan atas dosa yang dilakukan. Baginya diri belum cukup sempurna selagi ada mata-mata yang memandangnya jelek. Atas gaya jalan seperti lelaki sehingga ada guru di sekolah berkata, "Brutal dia ni." Tapi apakan daya, cara jalan dia memang sebegitu. Bukannya dia tidak pernah cuba untuk memperbaiki.

Biarlah orang berkata apa yang mereka suka, sebab mereka ada hak untuk berkata-kata. Tetapi prinsip hidupnya tidak pernah lari. Dia tidak pernah kenal apa itu cinta manusia, dia hanya mencari cinta Ilahi. Itulah yang perlu dicari untuk perjalanan akhirat nanti. Janji Allah itu pasti. Tapi dia juga masih ingin mengenal kasih sayang.  Dia seorang wanita yang amat memerlukan kasih sayang. Dalam hidupnya penuh duka walaupun di mata temannya dia seorang yang ceria.

Pernah suatu ketika, hatinya hancur dek kehilangan insan yang amat disayangi. Insan bernama ayah yang amat penyayang lagi bertanggungjawab. Walaupun waktu kecil dahulu dia sering dirotan, dicili akibat kenakalan. Tahun ini genap tiga tahun pemergian insan tersebut. Terlalu pantas masa berlalu. Masih berkesempatan dia menjenguk ke daerah pusara ayahandanya. Tahun ini juga sudah empat kali dia tidak dapat mencium tangan dan dahi, mendakap penuh mesra ayahnya. Masih dirindui gelak dan suaranya walaupun ketika itu ayahnya sedang sakit.

Banyak lagi kehilangan yang berlaku dalam hidupnya. Rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama menuntut ilmu, sahabat yang turut sama mengikuti program, adik-adik yang mengikuti perkembangan dirinya. Namun, dia sering kecewa dan hampa apabila tangan yang dihulur, ludah yang diterima. Nilai persahabatan yang dihulurkan, keegoaan, kesombongan dan kerendahan yang diterimanya.


Sehinggakan sampai satu masa, dia merajuk lalu pergi meninggalkan semua. Atas alasan apa? "Biarlah aku sendirian, kerna mereka lebih suka aku pergi."

Kini, dia cuba bangkit kembali untuk menebus kekhilafan diri. Namun, sekali lagi dia jatuh terduduk sehingga memaksa untuk memaut pada sesuatu. Apakan daya, kudratnya hanya tinggal sisa. Sisa yang tinggal sementara untuk meniti alam sana. Atas sebab apa dia sedemikian rupa?

Rupanya kasih yang ingin dicurahkan, ukhuwah yang ingin disemaikan disalah tafsir. Malahan dakwah yang diketengahkan, nasihat yang diberikan dibalas dengan kesombongan dan keegoaan seorang manusia. Sekali lagi kekecewaan dan hiba menusuk hati.

"Andai sekali ini nasihatku tak diperlukan lagi, aku reda ya Allah. Sungguh aku tahu aku belum cukup sempurna. Maka, aku reda."

Wednesday 19 February 2014

Satu Perjalanan Yang Dinamakan Cinta . . . ♥

For me , cinta itu adalah satu perjalanan yang boleh membawa perubahan yang besar dalam hidup kita . For example . Aku dah habiskan perjalanan tu in sad ending . We will start perjalanan kita apabila kita menyedari yang kita sudah mula mencintai seseorang yang bernama lelaki . We liked that person sampai ada satu masa tu kita fikir dialah orang yang paling penting dalam hidup kita . Now kita dah sampai di perhentian HAPPENING . . .

Perjalanan kita akan sampai di perhentian HEARTBROKEN when we realized that he already has someone special in his life . Di situ , kita akan menghadapi saat - saat duka keseorangan . Then , barulah kita menyedari yang FRIENDSHIP IS POWERFUL THAN LOVE . We will spend our time with crying and thinking about him . . .

But , our journey don't end here . Kita tetap juga suka that guy even he has already has someone special . Part nie yang buat kita confuse sebab buat apa nak suka lagi orang yang dah sakitkan hati kita . Maybe itulah orang cakap LOVE'S POWER . . .

Semakin lama kita menunggu si dia , semakin bosan kita terasa kerana kita sanggup menolak orang yang ikhlas mencintai kita semata - mata untuk mendapatkan a FAKE LOVE from him . Kita hampir sampai di penghujungnya apabila mulut kita berkata " I DON'T LOVE HIM ANYMORE " but hati kita still cakap " I STILL LOVE HIM " . Inilah yang dinamakan menipu diri sendiri . Kita mula menyedari yang kita LYING TO OURSELF setelah our friends give us nasihat yang boleh membawa seribu erti dalam hidup kita . . .

Our journey ends here when we forget 95% about him in our life . Tipulah tu kalau kita cakap yang kita dah tak suka dia lagi . Mesti ada lagi baki-baki yang tersimpan dalam hati kita untuk dia . Kan ? Cinta itu menyakitkan , but hakikatnya IT TEACH US HOW TO LIE TO OURSELF , TO DEAL WITH PAIN TO PASS IN TEARS AND TO HATE HIM WITH ALL OUR HEART . . .

Now , kita dah boleh melupakan si dia seidkit demi sedikit . But the scariest thing to do is LOVE SOMEONE . Kita takut kita akan dipermainkan lagi oleh seseorang yang bernama lelaki atau cinta tak berbalas . And it hurts ! You'll never remember , the things I'll never forget . . .

Kem Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar Daerah Barat Daya (2014)

Assalamualaikum . .
Lamanya aku tak update entry . korang apa khabar ? sihat kan ? ?
Aku bukannya lama tak update . cuma semakin hari semakin sibuk dgn aktiviti harian . nak buat mcm mana kan ? adat dunia memang begitu .

Aku just nak share dgn korang pasal aktiviti terbaru yg aku join baru2 nie . 14 hingga 16 Februari yang lepas , aku dgn kawan2 (ahli jawatankuasa MPP) join Kem Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar Daerah Barat Daya yg dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Barat Daya di Caravan Park , Taiping , Perak . banyak aktiviti yg kitaorg lakukan antaranya Pengurusan Minit Mesyuarat , Treasure Hunt n mcm2 lagi . kalau nak cerita pengalaman masa join kem tu . mmg tak habis . apa2 pun . kem yg aku join tu mmg kem yg santai n aktiviti yg diadakan pun tak terlalu berat . boleh dikatakan setiap aktiviti yg dijalankan mmg TERLALU santai . tak terasa mcm dlm rekrut . kenangan bersama dgn kawan2 terutamanya kawan2 dari sekolah yg berlainan mmg tak dapat aku lupakan . aku harap , kem mcm nie dpt diteruskan . . Insyaallah . .

gambar kenangan bersama kawan2 dari sekolah yg berlainan . . .

pelajar perempuan pra-u daerah Barat Daya . . .

pelajar lelaki pra-u daerah Barat Daya . . .

ahli2 Majlis Perwakilan Pelajar SMKSBP . .

Thursday 23 January 2014

Fitrah Sebuah Kehidupan

Perpisahan.
Apa yang istimewanya perpisahan ini sampaikan terlalu banyak orang bercakap tentangnya? Di mana lebihnya perpisahan ini sehingga banyak airmata gugur kerananya?
Bukankah pertama kali kita dipertemukan oleh Allah swt, kita telah tahu kita akan berpisah? Bahkan sebelum bertemu lagi kita sudah tahu akan fitrah ini. Tapi mengapa?
Mari semua. Mari bayang wajah-wajah orang-orang yang paling kita sayang dan cinta. Senaikan nama-nama mereka si atas satu kertas, dan simpan dalam dompet supaya senang dibawa kemana-mana. Lihat. Nescaya sampai satu ketika, kertas itu akan dilupakan kewujudannya.
Bila diingati semula nanti, hati mungkin akan terusik dek kenangan. Kenangan tentang airmata yang pernah tumpah, tentang senyum yang pernah terukir, tentang cinta yang pernah ada.
Bila diingat semula nanti, kertas itu sudah menjadi rapuh, kekuningan, hampur koyak, dan hati kita tak akan lagi berfikir tentang isinya. Cuma yang harus kita fikirkan – apa kesannya untuk perjalanan hidup kita? Untuk Dunia dan Akhirat kita? Sedikit sekali. Atau mungkin memang tiada…
Resam air.
Di dunia, air bersifat lembut dan menyenangkan. Bila ia mengena tubuh kita, saat kita bangun dari lena dan bersuci, ternyata ia melegakan. Tubuh jadi segar dan hati jadi bersemangat untuk memulakan hidup yang baru.
Di dunia juga, bila kita diuji dengan kesedihan, kita seperti seorang yang terjaga dari tidur. Tubuh yang tidak bermaya, semangat yang pudar, seakan dikejut oleh luahan airmata. Terasa lega bila dapat melepaskan sesuatu yang terpendam tanpa perlu berkata-kata.
Ada orang mengambil semangat dari airmata. Fitrah.
Tidakkan Rasulullah saw mengalirkan airmata di saat kematian kematian anak, isteri, dan bapa saudara Baginda? Fitrah.
Manusia diciptakan lemah dan pelupa, jadi kita selalu berdosa. Atas dasar ini, para ulama tidak malu untuk hidup dengan airmata. Airmata yang mengalir kena pada tempat, tepat pada ayat, lantas membuatkan mereka kuat.
Kita bukan Nabi untuk jadi manusia sempurna. Kita tidak terpelihara dari dosa. Kita tak kuat untuk mengaku begitu tabah dan ego untuk tidak menangis. Kita hanya pendatang biasa yang singgah sebentar di Dunia. Dalam perjalanan ini, kita mungkin bertem dengan pelbagai ragam. Akan ada rasa sayang di setiap tempat yang kita ukirkan. Pada beberapa benda yang berharga menurut pandangan kita, kita akan tumpahkan cinta padanya.antara benda berharga itu adalah manusia.
Klau dilihat dari sudut dunia, semakin kita beri semakin kita akan kekurangan. Seperti gelas yang diminum airnya, ruang-ruang kosong di dalam gelas itu juga akan kurang. Sebelum kita menumpahkan air mata, fikirkan apa urusan kita – Dunia dan Akhirat.
Adakah di Akhirat, ia akan kekal dengan sifat airnya yang tenang dan memadamkan? Mampukah air mata tadi memadamkan api-api neraka jika ia bukan tumpah untuknya? Air hanya berguna jika disimbah untuk memadamkan api.Bukan di semua tempat air memadam dan menenangkan. Ada ketika, air tidak boleh memadamkan bahkan api semakin lahap dan lahab (menjulang). Orang yang terluka dan cedera juga tak boleh terkena air.
Syariat memahami. Lalu memberi kelonggaran untuk menggunakan debu sebagai ganti. Dari sudut mana debu itu nampak bersih, apatahlagi membersihkan? Jauh lagi menghembuskan ketenangan. Lalu untuk apa?
Hikmah Yang Tersirat.
Sepertimana kita tak tahu hakikat debu itu sehingga boleh menggantikan air, kita juga takkan tahu banyak benda. Kita bahkan tak ada kekuatan untuk memahami keperluan diri. Lalu bila Allah sempurnakan sesuatu untuk kita, tak perlu kita membantah.
Mungkin antara hikmahnya, Allah swt ingin kita jadi seorang hamba yang mengaku hamba. Bila disuruh buat, kita mesti taat! Ketahui, dan percaya bahawa kehidupan ini urusan Allah swt.
Perpisahan ini, walau menyedihkan, walau menumpahkan air mata, sama-sama kita berpesan. Jangan sampai kita jadi seperti si jahil yang cuba mempersoal; "Untuk apa pertemuan, kalau kita ditakdir untuk berpisah" . . .

sumber : www.iluvislam.com

Saturday 18 January 2014

Ayah . . .

Dalam diamnya seorang ayah ,
Berjuta kalimat tersembunyi . . .
Kerana itu sudah menjadi tabiat lelaki ,
Tak ingin terlihat lemah . . .

Lalu ,
Di mana cintanya dapat dibaca ?
Saat ia menyudut sepi ,
Leleh air mata itu mengalir ,
Memikirkan anak-anak dengan segala cerita . . .
Ia takkan pernah membawa duka di matanya ,
Ia takkan membawa lelah di bahunya ,
Ia takkan pernah menyerah ,
Walau bertukar nyawa . . .

Jika ibu melanbangkan kasih ,
Maka ayah sang penjaganya . . .
Jika ibu membimbing dengan kelembutan ,
Ayah tampil dengan kewibawaan . . .
Ketika ibu berasa tak mampu ,
Ayah lah yang menepuk bahunya . . .
Memberikan semnagat ,
Agar bangkit tak menyerah . . .
Sapaan lembut seorang ibu padamu ,
Adalah terjemahan keinginan ayahmu ,
Agar engkau bahagia selalu . . .
Seorang ayah ,
Selalu menempatkan dirimu dan ibumu atas kepentingannya . . .
Demi kau dan si buah hati . . .

Lalu ?
Dimana dirimu wahai 'anak' ,
Saat ayahmu memerlukanmu ?

Bila bahumu tegak dan mengatakan :
" Ayah . Aku bangga sebagai anakmu dan akan kubuktikan padamu untuk menjaga kebanggaanmu kepadaku . . . "

Terima Kasih Ayah . . .

Thursday 9 January 2014

:: Pesan Ibu Tentang Ayah ::

Anakku . . .
Memang ayah tak mengandungkanmu . . .
Tapi ,
Darahnya mengalir dalam darahmu . . .
Darinya kau warisi namanya , dermawanan dan kerendahan hati . . .
Memang ayah tak melahirkanmu . . .
Tapi,
Suaranya lah yang pertama memperkenalkanmu tentang Allah Pencipta Semesta . . .
Memang ayah tak menyusukanmu . . .
Tapi ,
Dari keringatnya lah terhasil setiap suapan yang menajadi air susumu . . .
Ayah memang tak menjagamu setiap saat . . .
Tapi ,
Tahukah kau namamu tak pernah luput dalam doanya . . .
Tangisan ayah mungkin tak pernah kau dengar . . .
Kerana ,
Dia ingin terlihat kuat agar kau tak ragu untuk berlindung dalam pelukannya ketika merasa tak aman . . .
Pelukan ayahmu mungkin tak sehangat dan seerat ibu . . .
Kerana ,
Khuatir kecintaannya tak sanggup melepaskanmu selamanya . . .
Ayah ingin kau kuatkan semangat agar ketika kami tiada kau sanggup menghadapi semuanya sendirian . . .
Ibu hanya ingin kau tahu . . .
Bahawa ,
Cinta ayah kepadamu sama besarnya dengan cinta ibu . . .
Anakku . . .
Pada susuk dirinya juga terdapat syurga bagimu . . .
Maka ,
Hormati dan sayangi ayahmu . . .
Jauh di lubuk hatinya dia hanya ingin berbangga denganmu di mata Allah , menjadi penolong di padang mahsyar serta menjadi hijab dari api neraka . . .