Monday 4 February 2013

Valentine Bukan Budaya Islam

Assalamualaikum guyz . Aku just nak update pasal Valentine's Day @ Hari Kekasih yg bakal disambut 14 Februari nie . Ramai yang kata seronok sambut Hari Kekasih nie . Tapi bagi aku , tak seronok kalau x tahu sejarah pasal hari tersebut . Orang asyik sambut tanpa usul periksa . So , aku menggunakan kemudahan broadband yang ayah aku bagi n search kat 'PAKCIK GOOGLE' dan mencari sejarah Hari Kekasih nie . Dan Alhamdulillah . Allah membantuku . Aku dapat mengetahui sejarah Hari Kekasih yang mungkin akan korang sambut 14 Februari nie . So , let's check it out . . .

Valentine's Day
Bukan Budaya Islam . . .
Dewasa ini , ramai remaja Islam telah terjebak dgn budaya yg tidak sihat ciptaan musuh - musuh Islam . Selain dri terjebak dgn Black Metal , penggunaan pil khayal seperti ecstacy , heroin , mophine , bersekedudukan tanpa nikah dan seumpamanya . Terdapat lagi satu budaya yg tidak kurang hebat dgn kebejatannya iaitu merayakan Hari Valentine yg sering diraikan pada tanggal 14 Februari setiap tahun .

Amat menyedihkan sekali kerana sekarang ini terlalu ramai golongan remaja Islam telah terjerumus dlm kegiatan menyanjung dan mengistimewakan satu hari dlm bulan Februari ini . Mereka merayakan 'Valentines Day' , yg juga disebut Hari Kasih Sayang . Kalau memang generasi remaja Islam mahukan sedikit keseronokan , kenapa budaya tersebut yg menjadi pilihan ?

SEJARAH HARI VALENTINE .
Sesunggunya , terdapat pelbagai pendapat tentang asalnya Hari Valentine ini . Sesetengah pakar menyatakan bahawa ia bermula dari Saint Valentine , seorang berbangsa Rom yg mati demi mempertahankan agama Kristian . Beliau meninggal dunia pada tanggal 14 Februari 269M.

Selain dari itu , ada sebuah lagenda mengatakan bahawa Saint Valentine telah meninggalkan nota untuk mengucapkan selamat tinggal kepada anak perempuan seorang pegawai penjara yg telah menjadi sahabatnya . Beliau telah menandatangani nota tersebut dengan kata - kata "Daripada Valentine Anda" . 

Kisah tersebut turut mengatakan bahawa Saint Valentine telah berkhidmat sebagai seorang paderi gereja semasa pemerintahan Maharaja Claudius . Claudius telah memenjarakan Valentine kerana mengingkarinya . Dlm tahun 496 Masihi , Pope Gelasius telah memperuntukkan tarikh 14 Februari bagi menghormati Saint Valentine .

Lama kelamaan , 14 Februari telah menjadi suatu tarikh utk pasangan kekasih berbalas mesej cinta dan Saint Valentine telah menjadi 'penaung' kpd mereka yg bercinta . tarikh tersebut diperingati dgn menghantar puisi - puisi dan hadiah - hadiah yg ringkas seperti bunga , coklat dan gula - gula . Perjumpaan sosial atau majlis tari - menari selalu diadakan .

Menurut catatan sejarah di Amerika Syarikat , Esther Howland telah diberikan penghargaan utk menghantar valentine pertama . Valentine komersial telah diperkenalkan dlm tahun 1800an dan sehingga kini tarikh itu begitu popular . Hari Valentine bermula dlm zaman Empayar Rom . Pada zaman purba Rom , 14 februari merupakan hari cuti bagi menghormati Juno . Juno ialah ratu kpd dewa - dewa dan dewi - dewi Rom .

Sejarah seterusnya mencatatkan bahawa orang - orang Rom juga mengenalinya sebagai dewi wanita - wanita dan perkahwinan . Hari berikutnya , 15 Februari bermulalah Pesta Lupercalia . Pada masa itu , kehidupan pemuda - pemuda dan wanita - wanita diasingkan . Walau bagaimanapun , salah satu tradisi di kalangan muda pada masa itu adalah cabutan nama . Pada malam Pesta Lupercalia , nama - nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dlm bekas . Setiap pemuda akan mencabut nama seorang gadis dari bekas tersebut dan menjadi pasangannya sepanjang pesta tersebut . Kadangkala , pasangan tersebut berkekalan selama setahun dan selalunya mereka akan jatuh cinta dan kemudian akan berkahwin .

Di bawah pemerintahan Maharaja Claudius II , Rom telah banyak terlibat dlm kempen - kempen yg tidak disukai dan banyak menumpahkan darah . Claudius yg kejam itu telah menghadapi kesukaran utk mengerahkan askar - askarnya utk turut serta dlm liga tenteranya . Dia percaya bahawa sebab utamanya ialah lelaki - lelaki Rom tidak mahu meninggalkan kekasih atau keluarganya . Lantaran itu , Claudius II telah membatalkan semua majlis perkahwinan dan pertunangan di Rom .

Saint Valentine merupakan seorang paderi di zaman Rom semasa pemerintahan Claudius II . Menurut catatan sejarah , Saint Valentine dan seorang rakannya Saint Marius telah membantu orang - orang Kristian yg mati akibat agama dan mengahwinkan pasangan - pasangan secara rahsia . Akibat dari perbuatan ini , Saint Valentine telah ditangkap dan diheret utk menghadap Pengawas Rom yg menghukumnya dgn memukul menggunakan belatan sehingga mati dan memenggal kepalanya . Saint Valentine telah mati akibat penderitaan itu pada 14 Februari , lebih kurang dlm tahun 270M . Pada masa itu , telah menjadi adat di Rom (adat yg sangat kuno) utk meraikan Lupercalia dlm bulan Februari , pesta utk menghormati Dewa Pagan . Di dlm pesta tersebut , di tengah pelbagai upacara jahiliah , nama - nama gadis akan diletakkan dlm kotak dan satu nama akan dicabut ole pemuda mengikut nasib .

Pastor - pastor gereja kristian terawal di Rom berikhtiar utk menghapuskan unsur jahiliah di dlm pesta - pesta tersebut dgn menggantikan nama - nama gadis tersebut dgn nama saints . Ketika Lupercalia hendak bermula pada pertengahan Februari , pastor - pastor telah memilih Hari Saint Valentine utk meraikan pesta yg baru itu . Jadi nampaknya kebiasaan pemuda memilih gadi utk valentine , atau ' saints ' sbg penaung utk tahun berikutnya , bermula dgn cara ini . Pada saat itu , digambarkan orang muda 'laki - laki dan wanita' memilih pasangan mereka masing - masing dgn menuliskan nama atau mengundi nama daro orang - orang yg diinginkan , kemudian pasangan ini saling bertukar hadiah sbg pernyataan cinta kasih . Acara ini dilanjutkan dgn berbagai pesta bersama pasangan masing - masing .

Pergaulan dgn pasangan yg didapati dlm pesta itu berlangsung lama sesudah pesta itu berakhir . Setelah penyebaran agama Kristian , para Pemuka Kristian cuba memberikan pengertian ajaran Kristian terhadap para pemuja berhala itu . Namun begitu , pada 496 Masihi , Paus Gelasius (Pope Gelsius) menggantikan peringatan Lupercalia itu menjadi Saint Valentine's Day , iaitu Hari Kasih Sayang Untuk Orang - Orang Suci . Dalam sejarah perayaan , Valentine pernah ditangkap oleh orang - orang Rom dan dimasukkan kedalam penjara kerana dituduh membantu satu pihak utk memusuhi dan menentang Kaisar . Saint Valentine berjaya ditangkap pada akhir tahun 270M . Kemudian orang - orang Rom memenggal kepalanya di Palatine Hill (Bukit Palatine) dekat altar Juno .

Dlm kaitannya dgn acara valentine's Day , ramai pula org mengaitkannya dgn Saint valentine yg lain . Saint Valentine ini adalah seorang Bishop di Terni , satu tempat sekitar 60 kilometer dari Rom . Menurut catatan sejarahh , dia telah diburu kerana mempengaruhi beberapa keluarga Romawi dan memasukkan mereka kedalam agama Kristian . Kemudian , setelah berjaya ditangkap , kepalanya dipancung di Rom sekitar taun 273M . Sebelum kepalanya dipenggal , Bishop tersebut telah mengirim sepucuk surat kpd puteri penjaga - penjaga penjara dgn mendoakan semoga mereka mampu melihat dan mendapat kasih sayang Tuhan dan kasih sayang manusia . 'Dari Valentinemu' demikian tulis Valentine di akhir suratnya itu . Surat itu bertarikh 14 Februari 270M . Lantaran itu , tarikh tersebut ditetapkan sebagai Valentine's Day .

Dari sejarah Valentine's Day ini , maka seharusnya umat Islam khususnya generasi muda utk tidak menyambut dan mengagungkan perayaan Valentine's Day ini . Tentunya sebagai kaum Muslimin , demi menjaga kemurniaan akidah , kita wajib menjauhinya . Ini lantaran acara yg terdapat di dlm Valentine's Day amat bertentangan dgn akidah Islam . Hayati dan renungkanlah pengertian firman Allah S.W.T di dlm Al - Quran melalui Surah Al -Baqarah ayat 120 yg maksudnya : ' ORANG - ORANG YAHUDI DAN NASRANI TIDAK AKAN SENANG KEPADA KAMU , BEGITU PUN KRISTIAN HINGGA KAMU MENGIKUTI MILLAH (cara hidup) MEREKA . Katakanlah : SESUNGGUHNYA PETUNJUK ALLAH S.W.T ITU PETUNJUK YANG BENAR . DAN SESUNGGUHNYA JIKA KAMU MENGIKUT KEMAHUAN MEREKA SETELAH PENGETAHUAN DATANG KEPADAMU , MAKA ALLAH TIDAK LAGI MENJADI PELINDUNG DAN PENOLONG BAGIMU " .

Bagi remaja Islam , dgn paparan sejarah ringkas ini , sedari dan insaflah apakah sebenarnya yg diraikan sempena Valentine's Day ini . Fikirkanlah dgn fikiran dan hati yg rasional , adakah wajar ianya disambut di kalangan masyarakat Islam ? Sesungguhnya agama Islam ada cara - cara yg tersendiri dlm memperlihatkan kasih syg dan memilih jodoh . Al - Quran dan Hadis junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W telah memberi garis panduan tentang perkara ini . Wallahualam . . .

FIKIR - FIKIRKAN . . .