Tuesday 27 October 2015

Untuk Perempuan : Tentang Seorang Lelaki dan Pekerjaannya

Jika seorang lelaki tidak bekerja , marahlah !
Jika ia tidak mendapat pekerjaan , bantulah !
Jika ia tak mahu bekerja , tinggalkanlah !

Jika seorang lelaki miliki pekerjaan , dukunglah !
Jika ia lelah kerana bekerja , manjakanlah !
Jika ia berhasil di dalam pekerjaan , nikmatilah !

Jika seorang lelaki sedang bekerja , percayalah !
Jika ia sedang bersusah-payah di dalam pekerjaannya , doakanlah !
Jika ia gagal , semangatilah !

Jika seorang lelaki itu pekerja keras ,
Dan ia adalah lelakimu ,
Bersyukurlah ! ! !

Monday 26 October 2015

Orang Perempuan...

Orang perempuan ,
Kalau bergaduh dengan orang dia sayang ,
Semua kerja tak jadi .

Badmood seharian .
Menangis la .
Rasa nak demam la .
Rasa sakit kepala la .
Macam-macam perkara negatif la .
Semua benda yang dia nak buat semua tak jadi .

Orang perempuan .
Tak suka kena marah .
Tak suka orang garang-garang dengan dia .
Tak suka kena tengking .
Tak suka diabaikan .
Orang perempuan sangat suka bila ada orang ambil berat pasal dia .

Orang perempuan .
Susah nak dengar cakap .
Kalau orang nasihat , sindir-sindir atau tegur-tegur kasar dengan dia .
Bagi dia ,
Cukup cakap baik-baik .
Kalau dengan cara tu .
Insya-Allah dia mudah terima .

Dan . . .
Orang perempuan sangat suka dipujuk bila dia merajuk !

Friday 26 June 2015

Bukan Nak Popular .

Bismillahirrahmanirrahim . Assalamualaikum wbt .

Pagi nie secara tiba2 rasa nak update entri . Walaupun aku tak berapa nak ada idea pagi nie , tapi bila teringat apa yg org cakap pasal penulisan blogger nie , aku jadi terpanggil utk update entri aku dan jelaskan keadaan sebenar .

Ada org cakap kat aku :

"Eh , kau tulis blog sebab nak popular ek ?"

"Kau tulis blog sbb nak ikut mcm org lain ke?"

"Kau nak org kenal kau ke?"

Firstly , aku nak tanya . Orang yg ckp kat aku mcm nie , korang nie mmg takda kerja ek ? Memang kerja korang nak korek rahsia org ke ? Ke korang memang saja nak bagi org sakit hati ?

Aku menulis bukan sebab nak popular . Bukan aku nak ikut macam org lain . Tapi aku menulis kerana diri aku . Bagi aku , menulis blog nie , umpama aku menulis diari aku . Setiap entri yg ada kat blog aku , adalah luahan jiwa aku . Dan juga ada artikel dari akhbar , majalah dan bahan2 yg berkaitan yg aku rasa bermanfaat dan boleh dikongsi kepada umum . 

Popular ? Ada apa dgn popular ? Seronok ke jadi popular ?

Nak ikut tulis blog macam org lain ? Penting ke ?

Aku rasa tak perlu kot semua tu . Cukuplah aku jadi diri sendiri . Apa yg aku rasa aku patut kongsi , aku kongsi . Apa yg tak patut , aku akan cuba elakkan . Aku taknak nanti penulisan aku buat org lain sakit hati . Aku taknak org terasa dgn penulisan aku . Tak perlu aku nak tulis pasal politik , gosip2 artis yg ntah apa2 tu . Sebab tu bukan bidang aku . Aku taknak . Biar mereka yg ada dlm bidang tu yg tulis . Aku adalah aku . Dan akan terus jadi diri aku sendiri . Insya-Allah . Moga Allah pelihara aku dari perkara2 tersebut . Amiinn . .

# Kagum dengan org yg suka kawal hidup org lain . Sedangkan aku nak kawal diri aku pun susah .

Tuesday 23 June 2015

Kisah 10 Penjenayah Terkenal Dalam Sejarah Malaysia .

Mungkin ada yg berfikir untuk hidup bebas dan lalai . Mungkin ada yg hendak lari dari sistem hidup berTuhan . Maklumlah , sistem yg Islam lagangkan adalah sistem yg hanya dapat dihayati dari rasa dari hati yang inginkan keselamatan dari azab kubur dan siksa neraka . Jika ikut sistem ini secara terpaksa atau ikut-ikutan , maka terpaksalah menanggung keperitan mujahadah .

Hasilnya tentulah sulit dalam memilih mana-mana yg sepatutnya kerana nafsu akan mengajak ke arah kejahatan . Apa-apapun , eloklah baca entri ini . Kisah 10 penjenayah dan akibat yg mereka tanggung sepatutnya dapat menginsafkan semua agar pandai memilih jalan kehidupan .

1. Botak Chin
Wong Swee Chin adalah nama sebenarnya . Botak Chin tidaklah berkepala botak . Sebaliknya nama itu adalah gabungan perkataan BO TAK CHIN . Dalam bahasa Hokkien membawa maksid Tiada (BO) , Kerja (TAK) , CHINA (CHIN) atau 'jobless chinese' . Pada tahun 1967 , Botak Chin mula terbabit dalam kumpulan Geng 360 di Kuala Lumpur dan melakukan jenayah seperti merompak dgn menggunakan senjata api yg dirampas oleh kumpulannya atau dibeli di Thailand dengan menggunakan wang hasil dari rompakannya .

Pada September 1969 , dia mula menubuhkan geng sendiri . Melakukan lapan rompakan pada bulan itu , tetapi akhirnya ditahan polis dan dipenjara tujuh tahun . Selepas dibebaskan daripada penjara pada Nivember 1974 , dia memulakan kehidupan baru sebagai penjual sayur dan ianya langsung tidak memuaskan hatinya .

Oleh itu , Botak Chin kembali aktif dengan menubuhkan geng baru yg dianggotai oleh Ng Cheng Wong (Ah Wong) , Beh Kok Chin (Pangkor Chai) dan Teh Bok Lay (Seh Chai) . Kegiatan rompakan mereka semakin aktif di pusat perjudian haram di Sentul , sebuah bank di Jalan Imbi Kuala Limpur , kuil Cina di Jalan Kolam Ayer Kuala Lumpur , sebuah bar di Sentul , di Kelab Kereta Api Sentul dan juga di Kelab Lumba Kuda sekitar Kuala Lumpur .

Segala hasil rompakan disgunakan untuk membeli lapan senjata api dan peluru di Thailand . Kedudukannya sebagai ketua mula terancam oleh anggotanya sendiri , Ah Wong , dan Ketua Geng Lima Jari Gunung , Tua Pui Lek . Kedua-dua mereka ditemui mati ditembak di kawasan lombong tinggal di Jinjang . Orang kanannya , Seh Chai , pula mati membunuh diri selepas dikepung polis di Jalan Alor .

Awal 1976 , Botak Chin mengambil anggota baru , diikuti tiga rompakan dengan wang yg dilarikan kira-kira RM400,000 . Pada masa sama , tujuh orangnya mati ditembak selain ada yg ditangkap . Polis juga berjaya merampas senjata api , peluru dan bom . Pada 22 November 1975 , kejadian berlaku di malam hari .

Sebuah kereta Datsun hijau yg dinaiki oleh Botak Chin dan ahli gengnya yg lain mengekori rapat sebuah kereta yg dinaiki oleh pegawai kanan polis , Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur , Deputi Superitendan (DSP) S. Kulasingam . Pegawai berkenaan adalah sasaran mereka .

Setiba di lampu isyarat Jalan Davis-Jalan Pekeliling , kereta Datsun berkenaan bergerak pantas menghampiri kenderaan yg mereka ekori . 18 das tembakan dilepaskan bagi 'menghapuskan' DSP S. Kulasingam . Dentuman dari tembakan yg dilepaskan mengejutkan orang ramai di sekitar kawasan berkenaan . Matlamat kumpulan lelaki itu hanya satu , iaitu membunuh seorang pegawai kanan polis di tempat terbuka .

Bagaimanapun , tindakan gila penjenayah itu gagal berikutan hanya satu sahaja das tembakan mengenai Kulasingam . Sebaliknya , pegawai polis itu masih berupaya memandu ke Balai Polis Cheras , tidak jauh dari lokasi itu . Keesokannya , terpampang pada dada akhbar bahawa cubaan membunuh itu gagal . Serangan mengejut terhadap Kulasingam menyebabkan pihak polis bertekad untuk menahan dan membasmi jenayah pemuda itu .

Satu pasukan khas ditubuhkan oleh pihak polis . Beberapa pegawai polis yg pakar memburu penjenayah daripada beberapa Ibu Pejabat Pois Daerah dipanggil menganggotai pasukan itu dengan tugas mereka adalah menjejak pergerakan geng Botak Chin . 16 Februari 1976 , episod akhir pemburuan polis membawa mereka ke sebuah kilang papan di Jalan Ipoh , Kuala Lumpur .

Polis mula mengepung kilang berkenaan dan menunggu kemunculan Botak Chin . Sebuah kereta Mazda putih masuk ke kawasan kilang . Sebaik berhenti , tiga lelaki keluar dari kereta itu dan seorang daripada mereka ialah suspek buruan , Botak Chin . Penjenayah ganas itu lengkap bersenjata selain memiliki dua bom tangan . Langkah dan perlakuan seperti biasa meyakinkan pihak polis bahawa kumpulan penjenayah terbabit tidak menyedari kehadiran mereka .

Dengan pantas , pihak polis bertindak . Empat pasukan menggempur masuk ke kawasan kilang dan berlakulah pertempuran antara penjenayah dan polis . Masing-masing melepaskan tembakan . Botak Chin ditembak pada kaki dan tangan kanan . Manakala pengikut-pengikutnya yg lain telah mati ditembak .

Babak keganasan penjenayah itu berakhir apabila Botak Chin yg berada dalam keadaan tersepit menyerah diri dalam operasi penuh bahaya itu . Botak Chin ditahan selama setahun sebelum mengaku bersalah apabila dihadapkan ke mahkamah terhadap dakwaan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yg membawa kepada hukuman mati mandatori .

Ketika menunggu dihukum gantung , Botak Chin terus menunjukkan sikap ganasnya apabila menyerang dan mencederakan pegawai penjara termasuk menggunakan senjata tajam sebanyak dua kali . Botak Chin dihukum gantung sampai mati pada 11 Jun 1981 di Penjara Pudu , Kuala Lumpur .

2. Bentong Kali
Penjenayah yg amat dikehendaki sekitar awal tahun 1990-an. P. Kalimuthu atau digelar Bentong kali (tempat asalnya) . Terkenal dengan sikapnya yg panas barannya yg suka membunuh orang ramai secara sesuaka hati . Puluhan orang awam tidak bersalah menjadi mangsa tanpa sebarang sebab disamping turut terlibat dengan aktiviti dadah dan rompakan .

Keganasannya amat melampau hingga beliau masih membunuh orang awam walaupun pada ketika itu polis telah melancarkan operasi seluruh negara untuk menangkapnya yg dikenali sebagai 'Ops Buncit' . Rekodnya adalah 16 kes pembunuhan sehingga polis menawarkan ganjaran RM100,000 kepada sesiapa yg dapat memberi maklumat sehingga tertangkapnya penjenayah kejam itu .

Bentong Kali mula terjebak dalam kegiatan jenayah seawal usia 14 tahun , iaitu selepas dia meninggalkan alam persekolahannya pada tingkatan satu . P. Kalimuthu menyertai kumpulan kongsi gelap Cina 04 . Pernah dipenjara ketika usia 19 tahun , tetapi dibebaskan tidak lama selepas itu . Namun ianya tidak menginsafkan Kalimuthu , sebaliknya kira-kira empat tahun selepas dibebaskan , dia kembali bergelumang dengan dunia jenayah dengan menyertai kumpulan kongsi gelan India 08 .

 Bersama kumpulan haram dan rakan penjenayah baru , Kalimuthu aktif mencabar undang-undang sekitar ibu kota iaitu di Bricfields , Segambut , Sungei Way dan Ampang . Ditahan semula pada Julai 1985 mengikut Ordinan Darurat serta pernah ditempatkan di Pulau Jerejak , Pulau Pinang tetapi dibebaskan pada tahun 1987 . Peluang kedua yg diberikan langsung tidak dihiraukannya . Kali ini dia menubuhkan kumpulan kongsi gelap 04 yg tertumpu di kawasan Jalan Klang Lama , Kuala Lumpur .

Kegiatan yg mereka lakukan adalah seperti mengedar dadah . Untuk kesalahan tersebut , Kalimuthu ditahan lagi pada April 1990 dan didakwa mengikut Akta Dadah Berbahaya . Bagaimanapun , dia terlepas daripada hukuman apabila bukti tidak cukup untuk mensabitkan kesalahannya .

Pada 1991 , Kalimuthu dikatakan mula mengganas kembali dengan melakukan pembunuhan demi pembunuhan sehingga menyebabkan polis mula melancarkan Ops Buncit pada Jun 1993 untuk menghentikan keganasan lelaki itu . Polis mengklasifikasikan profil lelaki itu sebagai bukan pembunuh upahan , sebaliknya Bentong Kali yg bergerak bersama pengikutnya sekadar melakukan pembunuhan mengikut kehendak nafsu mereka .

Antara pembunuhan yg dilakukan adalah dengan melepaskan tembakan rambang dalam satu majlis sambutan hari lahir menyebabkan 2 orang maut di tempat kejadian . Juga tela menembak seorang penjual roti canai kerana menegur tindakan kurang ajar Bentong Kali yg kencing berhapiran rumahnya .

Semua jenayah berlaku di kawasan perumahan Taman Tanming Jaya . Ini dikaitkan dengan Bentong Kali kerana penjenayah itu turut menyewa selama tiga bulan di Taman Tanming Jaya sebelum melarikan diri . Tindakan P. Kalimuthu menyebabkan penduduk di taman itu hidup dalam ketakutan . Ada antara mereka berpindah buat sementara waktu ke kawasan lain kerana khuatir menjadi mangsa seterusnya .

Terbabit juga dalam kegiatan pembunuhan seorang lelaki dan mencederakan seorang lelaki di Kampung Sungai Tepi , Jalan Klang Lama . Penemuan bukti , kelongsong peluru 9mm dari pistol Sig Sauer menyebabkan polis mengesyaki pembabitan P. Kalimuthu atau Bentong Kali dalam kejadian siri pembunuhan berkenaan .

Pencarian pihak berkuasa kemudian berhasil apabila Bentong Kali dikatakan keluar dari tempat persembunyiannya , dipercayai untuk mencari seorang bekas konconya di Jalan Klang Lama . Intipan polis kemudian membawa kepada serbuan di markas persembunyian lelaki itu di sebuah rumah teres dua tingkat di Medan Damansara , Kuala Lumpur pada 29 Jun 1993 . Drama tembak menembak berlaku dan akhirnya penjenayah dan tiga lagi rakannya berjaya ditembak mati oleh polis .

3. Mona Fandey
Maznah Ismail atau lebih dikenali sebagai Mona Fandey , adalah seorang penyanyi pop , dukun , dan pembunuh dari Malaysia . Dia disabitkan melakukan jenayah berat dengan terbabit dalam kes pembunuhan seorang ahli politik , Mazlan Idris , pada tahun 1993 . Kerjayanya sebagai penyanyi pop tidak bertahan lama , namun ia masih berjaya menghasilkan satu album .

Selepas itu , Mona mula terlibat dalam kegiatan sihir spiritual yg dikenali sebagai bomoh atau dukun tempatan . Dia menawarkan perkhidmatannya kepada pelanggan dan sebahagian besarnya daripada masyarakat kelas atasan termasuk ahli politik . Dikhabarkan bahawa Mazlan Idris , seorang ahli politik Adun Batu Talam , Pahang , telah berjumpa dengan Mona untuk mendapatkan perkhidmatan daripadanya .

Mazlan Idris pernah menuntut di Amerika Syarikat dan merupak seorang ahli politik hebat dan berkuasa dari United Malays National Organisation (UMNO) . Pada saat itu , Mona bekerja dengan suaminya , Mohamad Nor Affandi Abdul Rahman dan pembantu mereka , Juraimi Hassan . Mona dan suaminya berjanji untuk membantu Mazlan dengan memberinya beberapa 'benda' yg sama dimiliki oleh bekas Presiden Sukarno demi meningkatkan dan mengekalkan kekuasaannya .

Mona menuntut RM2.5 juta daripada Mazlan sebagai bayarannya . Oleh itu , Mazlan telah membayar kepada pasangan tersebut dengan sejumlah wang RM500,000 sebagai deposit dan memberi mereka 10 sijil tanah sebagai jaminan untuk sisa RM2 juta . Satu perjanjian telah dibuat diantara mereka untuk melakukan pembersihan ritual yg akan dilakukan di rumah Mona .

Mazlan disuruh berbaring di lantai sementara Mona menaburkan kelopak-kelopak bunga kepadanya . Dia kemudiannya menyuruh Mazlan untuk menutup mata dan menunggu wang untuk 'jatuh dari langit' . Dengan sepantas kilat , Juraimi menghayun sebilah kapak menghentak Mazlan dan dicincangkannya selurh anggota badan Mazlan . Mayat Mazlan ditemui oleh polis pada 22 Julai 1993 dimana anggota tubuhnya dipisahkan dalam 18 bahagian yg dikebuikan di sebuah gudang dekat rumah Mona di Pahang .

Mazlan dilaporkan hilang pada tarikh 2 Julai 1993 selepas menarik RM300,000 dari bank . Setelah pembunuhan itu , Mona dilaporkan telah membelanjakan wang yg diterimanya dengan membeli sebuah Mercedes-Benz . Namun demikian , sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua . Mona , suaminya dan Juraimi akhirnya ditangkap dan diadili di Mahkamah Tinggi Temerloh .

Sepanjang persidangan , Mona  memperlihatkan perilaku aneh termasuk muncul ceria , teris tersenyum dan berpose untuk wartawan . Dia berpakaian mewah dengan design yg cerah dan berwarna-warni pada gaun . Dia juga berkata . "Saya seperti mempunyai ramai peminat" . Mona juga dilaporkan pernah mengucapkan kata-kata , "Aku takkan mati" , dan masih tenang dan tersenyum . Mahkamah Tinggi mendapati mereka bertiga bersalah dan menghukum mereka gantung sampai mati . Mona , Affandy , dan Juraimi akhirnya digantung pada tarikh 2 November 2001 di Penjara Kajang .

4. Hanafi Mat Hassan
Hanafi Mat Hassan , 38 tahun , seprang pemandu bas ekspres Kiara telah melakukan dua jenayah besar , rogol dan bunuh , di dalam basnya sendiri yg bercermin gelap . Mangsa , Noor Suzaily Mokhtar , seorang jurutera komputer dirogol oleh Hanafi pada 7 Oktober 2000 antara waktu 8.50 pagi di Lorng Pegaga , Taman Chi Liung pada pukul 9.15 pagi di sebatang jalan di kawasan projek pembinaan Taman Bukut Tinggi , Klang .

Selepas dirogol , mangsa dibunuh kejam . Hanafi yg berasal dari Bachok , Kelantan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yg membawa hukuman mati mandatori dan Seksyen 376 Kanun Keseksaan yg membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan .

Perogol telah menjalani hukuman gantung sampai mati di Penjara Kajang selepas subuh , dan mayatnya dibawa ke Hospital Kajang sebelum dituntut keluarganya untuk dibawa pulang ke Binjai , Kelantan . Jenazahnya kemudian dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Kubur Datu , Binjai .

5. Geng Azhar
Geng Azhar Kastam merupakan kumpulan penjenayah yg beroperasi di Malaysia . Pada 3 Januari 2009 , 10 suspek menyamar sebagai pegawai kastam dan polis telah menyerbu sebuah bengkel kereta di Selat Selatan , Pandamaran , Pelabuhan Klang , Selangor . Kononnya mahu melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan yg terdapat di situ .

Suspek membawa kelaur dua buah kereta iaitu Subaru Impreza dan BMW dengan alasan kedua-dua buah kenderaan tersebut perlu menjalani pemeriksaan rekod oleh kastam . Pemilik bengkel dikatakan diminta membayar sejumlah wang RM50,000 untuk dua kereta itu sekiranya mahu menyelesaikannya di luar .

Pada 7 Januari 2009 jan 4.00 petang , seorang suspek lelaki berjaya ditangkap di Plaza Tol Batu 11 , Kajang yg membawa kepada tangkapan 10 lagi ahli kumpulan berkenaan di Cheras dan Ampang pada 8 Januari 2009 . Semua suspek berusia dalam lingkungan 27 hingga 48 tahun yg terdiri daripada 8 lelaki dan 3 wanita .

6. Prebet Adam
Prebet Adam merupakan seorang askar Melayu pada suatu masa yg lalu . Peristiwa amukan Prebet Adam pada tahun 1987 sebenarnya berpunca daripada kematian adik kesayangannya . Adik Prebet Adam merupakan seorang 'Caddy' atau penolong pemain golf (individu yg bertanggungjawab mengangkat segala batang golf) kepada Sultan Johor pada ketika itu .

Dikhabarkan , pada suatu hari , ketika Sultan Johor sedang bermain golf , adik Prebet Adam ini telah tertawa kecil melihat bola golf Sutan Johor ini yg tidak masuk lubang pada jarak sejengkal . Terkenal dengan sifat panas baran beliau , Sultan Johor ini lantas bertindak balas dengan menghayunkan kayu golfnya yg keras itu kepada adik Prebet Adam tersebut .

Dan secara tidak diduga , adik Prebet Adam mati di tempat kejadian . Disebabkan pada ketika itu Raja-Raja Melayu masih mempunyai kuasa kekebalan , maka pembesar tersebut telah terlepas begitu sahaja tanpa ada sebarang tindakan undang-undang . Sampai sahaja ke pengetahuan Prebet Adam , maka mengamuklah dia .

Pada malam 18 Oktober 1987 , Prebet Adam telah mengamuk di Jalan Chow Kit dengan membawa bersama senjata M-16nya . Prebet Adam telah menembak secara melulu ke arah orang ramai kerana berang dengan kezaliman terhadapnya dan bagi menarik perhatian seluruh negara . Dia lari sambil menembak membuta tuli dan telah terkena seorang Cina di hadapan Hankyu dan seorang Melayu di hadapan Batu Road Supermarket .

Esoknya , sejarah tercipta apabila Chow Kit sunyi dan lengang apabila seorang pun tidak dibenarkan masuk ke Chow Kit kerana keadaan tegang tersebut . Penembak tepat polis telah ditempatkan di merata bangunan di situ bagi mengesan Prebet Adam , namun gagal . Prebet Adam dikatakan telah menyorok disebuah reban ayam milik salah seorang penduduk Kampung Baru .

Tuan punya reban ayam tersebut yg menyedari kehadiran Prebet Adam telah melaporkannya kepada polis . Namun , setelah dikepung oleh polis , Prebet Adam tetap enggan menyerahkan diri . Dengan kehadiran pegawai Prebet Adam yg berpangkat kolonel atau jeneral , akhirnya beliau telah berjaya memujuk Prebet Adam untuk menyerah diri .

Bagi mententeramkan situasi negara pada ketika itu , Prebet Adam telah dicaj tidak siuman dan telah dimasukkan ke hospital bahagia di sebuah wad khas di Tanjung Rambutan . Sultan Johor tersebut pula terlepas dari hukuman setelah ayahandanya memohon maaf bagi pihak anaknya .

7. Ahmad Najib
Ahmad Najib Aris , 33 tahun , bekas pencuci kabin kapal terbang pasrah dan reda setelah hakim mengekalkan keputusan hukuman gantung sampai mati ke atasnya . Walaupun Ahmad Najib masih boleh merayu kepada Lembaga Jemaah Pengampunan Selangor sebagai usaha terakhir , namun ianya jarang dapat menyelamatkan pesalah daripada hukuman tali gantung .

Kisah bermula dari sebuah parti keraian . Canny Ong Lay Kian , 28 tahun , menghadiri majlis makan malam bersama kawan-kawannya dan ahli keluarga yg lain pada hari Jumaat , 13 Jun 2003 . Ibu Canny , Pearly Viswanathan dan kakaknya Elsie juga turut hadir ke majlis itu . Kereta mereka diparkir di tempat letak kereta dalam pusat beli belah Bangsar yg menempatkan Restoran Monte , lokasi parti tersebut .

Pada 10.30 malam , Canny bersama ibu dan kakaknya hendak pulang ke rumah . Ketika hendak membayar tiket parking di mesin tiket , mereka baru perasan yg tiket tersebut tertinggal dalam kereta . Jadi , Canny pergi bersendirian mendapatkan tiket kereta itu .

Dari situlah permulaan kisah yg membawa kepada kematian Canny . Kamera litar tertutup di bangunan tersebut menunjukkan bahawa kereta milik ibu Canny dipandu laju dan merempuh penghadang laluan keluar . Sebelum Canny dirogol , Ahmad Najib mengaku mengacu pisau kepada mangsa .

Tertuduh dalam pengakuannya menganggap hubungan seks dengan Canny adalah atas kerelaan mangsa . Bagaimanapun , perbuatan Ahmad Najib mengeluarkan sebilah pisau ditafsir mahkamah sebagai tindakan mengugut bagi membolehkan Ahmad Najib merogol mangsa .

Bukti yg paling kukuh yg menuduh Ahmad Najib sebagai pesalah adalah apabila ujian DNA terhadap sepasang selaur jeans yg dipakai Ahmad Najib akhirnya didapati mengandungi percikan darah Canny dan ianya cukup kuat bagi membuktikan dia bertanggungjawab membunuh mangsa .

8. Mat Komando
Mat Komando atau nama sebenarnya Ahmad Mohd Arshad , 37 tahun , mengetuai satu kumpulan jenayah yg dikenali sebagai kumpulan 13 . Kumpulan yg diketuainya telah melakukan lebih 40 rompakan bersenjata di seluruh negara sebelum ditumpaskan . Mat Komando kekal menjadi satu-satunya penjenayah yg telah merompak Bank BSN dan Pejabat Pos .

Anak kedua dari lapan beradik yg berasal dari Kampung Selengkoh , Yan ini bukanlah anggota komando yg cukup terlatih dan berpengalam luas kerana kerjayanya di dalam perkhidmatan tentera hanya selama dua tahun . Selepas berhenti daripada perkhidmatan tentera , Mat Komando bekerja sebagai pemandu lori di Kuala Lumpur .

Tugas barunya itu pun tidak bertahan lama dan selepas itu dia sering bertukar kerja lain seperti pemandu teksi dan pemandu bas . Mat Komando dikatakan bukan seorang yg bersifat bengis dan keras hati walaupun terlibat dalam perbuatan itu kerana dia jarang bercakap tentang apa yg dilakukannya dan tidak menunjukkan reaksi keras jika tidak bersetuju sengan sesuatu perkara .

Satu sifat yg terdapat pada diri Mat Komando adalah dia sering membantu orang lain dan kerap membawa balik buah tangan untuk saudara maranya walaupun nilainya tidak seberapa . Sebelum dia menjadi buruan polis , Mat Komando sempat menyiapkan sebuah rumah baru untuk isterinya dan seorang anak tunggal berusia 10 tahun yang cacat pendengaran .

Mat Komando dikatakan mempunyai ilmu kebal dan mampu menghilangkan diri (ilmu selisih) walaupun telah dikepung oleh pihak polis beberapa kali dan walaupun rakan-rakannya yg lain mati ditembak oleh polis . Mat Komando pernah terlepas daripada kepungan polis ketika anggota kumpulan itu pulang dari bercuti bersama keluarga dan teman di sebuah pusat peranginan di Tasik Pedu .

Mat Komando muncul semula enam bulan kemudiam di Gemas , Negeri Sembilan pada 28 Julai lalu apabila sekali lagi dia bolos daripada kepungan polis . Rakan sepelariannya , Shukri Husain yg terlepas daripada buruan polis ketika bersembunyi di sebuah rumah di Gemas , Negeri Sembilan akhirnya menjadi musuhnya .

Menurut pihak polis , Mat KOmando dikatakan cuba membunuh Shukri di sebuah kampung di Baling baru-baru ini . Shukri yg dibelasah dengan teruk sempat menyelamatkan diri tetapi akhirnya ditahan oleh polis . Mat Komando telah mati ditembak menembusi kepalanya dalam satu ops yg dinamakan Ops Api Sawit di Pendang , Kedah .

Kisah sebenar sebelum tumpasnya Mat Komando (Posted on October 10 , 2013 by Dr. Fuh) :
" Assalamualaikum dan selamat sejahtera Dr Fuh ucapkan kepada semua pembaca. Sapa yang tak kenal dengan nama Mat Komando? Nama yang pernah bukan sahaja di Malaysia malah nama Mat Komando juga disebut media-media di seluruh dunia umumnya dan media-media di Asia Tenggara khususnya. Mat Komando juga seringkali digelar ‘Robin Hood’ Malaysia. Kenapa? So harini Dr Fuh nak ceritakan kisah sebelum kematian Mat Komando sehinggalah disaat beliau dibunuh oleh anggota Polis.
Keheningan subuh di Felcra Kampung Hujung Ketun, Pendang, Kedah, pada 12 September 2002, diganggu dengan dentuman berdas-das tembakan senjata api.
Ketika itu jam menunjukkan sekitar 6.30 pagi, kebanyakan penghuni kampung yang terletak kira-kira 35 kilometer dari bandar raya Alor Star itu baru bangun untuk menunaikan solat subuh manakala pelajar bersiap untuk ke sekolah.
Penduduk tidak pun menyangka bahawa bunyi tembakan itu adalah daripada satu operasi besar dan penting polis yang dinamakan kod Ops Api Sawit 2 sekali gus menandakan kejayaan menumpaskan ketua kumpulan penjenayah amat dikehendaki, Kumpulan 13, yang diketuai Mat Komando atau nama sebenarnya Ahmad Mohd Arshad.
Penduduk tidak menyangka Mat Komando, 37, yang ditumpaskan pagi itu kerana tersebar khabar angin kononnya dia dipercayai berjaya menyusup keluar dari negara ini pada waktu berkenaan.
Serbuan sepasukan 10 anggota polis yang turut disertai pagi itu mengakhiri pemburuan pasukan keselamatan terhadap Mat Komando selama 255 hari.
Operasi tragis itu berlangsung kira-kira sebulan selepas isterinya, Faridah Mat Piah, 34, dan bapa mertuanya, Md Piah Che Nam, (72 tahun ketika itu), membuat rayuan menerusi temu bual dengan akhbar , supaya dia menyerah diri kepada pihak berkuasa.
Beberapa jam selepas operasi itu tamat, Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Norian Mai, mengesahkan bahawa lelaki yang berbalas tembak dengan polis waktu itu adalah Mat Komando.
Pengumuman itu sekali gus mengakhiri pemburuan polis ke atas Mat Komando, yang dilancarkan sejak 1 Januari 2002 selepas tiga rakannya terbunuh ketika lari dari sekatan polis di Kuala Nerang sebelum itu.
Kematian Mat Komando pada pagi itu berjaya menyelesaikan siasatan polis terhadap Kumpulan 13 yang turut dikaitkan dengan 52 kes samun bersenjata membabitkan wang tunai lebih RM2.5 juta, dua kes mencuri motosikal dan satu kes cubaan membunuh.
Kumpulan 13 kerap terbabit dalam beberapa siri rompakan bank terpencil, selain rompakan terhadap pemborong kelapa sawit, pengurup wang, kedai pajak gadai dan individu. Mereka dipercayai terbabit dalam 11 rompakan di Perak, lima di Kedah dan masing-masing dua kes di Perlis, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kelantan dan Johor.
Operasi pada pagi itu juga menyudahkan satu episod jenayah terancang dengan sembilan anggota Kumpulan 13 ditangkap manakala empat termasuk ketuanya, mati ketika berbalas tembak dengan polis.
Polis turut menemui sepucuk pistol jenis Colt .45 dan revolver .22; beberapa butir peluru hidup dan kelongsong serta wang tunai RM70 pada badan Mat Komando, pagi itu.
Ketika diburu selama lebih 200 hari, polis turut mengesan beberapa taktik penyamaran dilakukan oleh Mat Komando ketika dalam persembunyian untuk mengelak dikesan termasuk muncul berjanggut atau jambang ala Taliban serta botak licin (skin head).
Dalam beberapa serbuan polis sebelum itu, Mat Komando yang bertubuh tegap dan sasa berjaya melepaskan diri termasuk dalam Ops Api Sawit sebelum itu yang mengorbankan anggota kumpulannya termasuk abang ipar, Ismail Md Piah, di Bukit Selambau dan Jalan Gubir-Kuala Nerang pada 1 Januari 2002.
Selepas kejadian itu, Mat Komando terus berjaya mengelak daripada dikesan polis.
Kali terakhir dia dikesan di Baling, Kedah, ketika cuba membunuh orang kanannya, Mohd Syukri Husin, 31, yang bersamanya melepaskan diri daripada kepungan polis di Gemas, Negeri Sembilan, pada 5 Ogos 2002.
Tindakan itu membuktikan Mat Komando amat berbahaya kerana selain bersenjata api ketika melakukan samun, dia tidak akan teragak-agak melepaskan tembakan ke arah sasarannya, hatta cuba membunuh orang kanannya itu kerana dipercayai akan memberi banyak maklumat mengenai kegiatannya kepada polis jika dibiarkan hidup.
Dalam tempoh 255 hari itu, pelbagai andaian dan cerita mengenai ‘kehebatan’ Mat Komando diperkatakan kerana dia berupaya meloloskan diri daripada kepungan polis termasuk anjing pengesan.
Mat Komando juga mungkin mempunyai kelebihan tertentu yang menyebabkan dia licik meloloskan diri, terutama ketika melarikan diri ke dalam hutan berbekalkan pengalaman dan kemahirannya sebagai anggota komando sebelum terjerumus ke kancah jenayah.
Antaranya termasuk Mat Komando memiliki ilmu kebal dan menguasai ‘ilmu selisih’ yang membolehkannya meloloskan diri tanpa disedari polis walaupun dikepung.
Mat Komando turut mencatat sejarah dalam fail jenayah polis apabila dikategorikan sebagai penjenayah ‘berhati kering’ apabila berani mendedahkan mukanya dalam kebanyakan kes rompakan tanpa memakai topeng. Taktik itu memang jarang diamalkan penjenayah kerana ia menyebabkan mereka mudah dikenali, sekali gus memudahkan polis menjejakinya.
Modus operandinya ialah sebelum melakukan kegiatan, Kumpulan 13 akan merompak kereta terutama milik wanita dipercayai mudah untuk kenderaan itu dilarikan dan selepas misi mereka selesai ada di antara kenderaan itu dibakar bagi menghilangkan bukti.
Malah, ada yang mendakwa dia hanya boleh dibunuh ketika kedua-dua kakinya tidak berpijak di tanah.
Dalam banyak perjuangan, sama ada suci atau sebaliknya, perkara yang paling sukar bagi pihak bertentangan ialah jika buruannya tidak takut mati.
Teori sama dikatakan menghantui tentera Amerika Syarikat ketika berperang dengan Taliban di Afghanistan kerana pejuang itu tidak takut mati dan rela gugur syahid dalam pertempuran.
Mat Komando juga dilaporkan pernah menzahirkan kepada rakan dan ahli keluarganya bahawa dia lebih rela mati daripada menyerah diri kepada polis walaupun dia tinggal berseorangan. Subuh 12 September 2002 adalah penyudah kepada episod itu apabila dia ditembak mati dalam serbuan itu.
KISAH KEDEGILAN MAT KOMANDO SEBELUM AJALNYA
Pagi itu penduduk Kampung Hujung Keton di pedalaman Pendang, Kedah, gempar. Mereka terkejut bukan kerana kampung itu diceroboh kumpulan gajah liar.
Mulanya mereka sangka ia bunyi senapang patah penduduk kampung menembak musang yang mencuri ayam. Tidak mungkin pula tuan punya dusun menembak tupai seawal pukul 6.30 pagi. Tembakan itu berlarutan beberapa ketika sebelum terhenti.
Selepas itulah baru cerita sebenar muncul.
Berita Mat Komando mati ditembak oleh polis cepat tersebar ke Kampung Tok Sheikh dan Kampung Cina yang terletak tidak jauh dari situ. Ia kemudian menjadi buah mulut di Kubur Panjang, pekan Pendang dan akhirnya sampai ke Alor Setar dan Kuala Lumpur sebelum pukul 9 pagi.
Berita Mat Komando atau nama betulnya Ahmad Md. Arshad, 37, mati ditembak menjadi lebih sahih apabila pihak polis memaklumkan bahawa Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai sendiri akan mengadakan sidang media di Alor Setar pada pukul 11 pagi.
Nama Mat Komando mula popular apabila dia diburu polis kerana mengetuai kumpulan perompak 13 yang terlibat dalam 52 rompakan bersenjata di beberapa buah cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), bank-bank komersial lain dan para pemborong kelapa sawit.
Polis segera melancarkan operasi khas yang dinamakan “Ops Api Sawit” untuk memberkas anggota-anggota kumpulan perompak itu.
Pada awal Januari lalu, Mat Komando terlepas daripada kepungan polis ketika anggota kumpulan itu pulang daripada “bercuti” bersama keluarga dan teman di sebuah pusat peranginan di Tasik Pedu.
Abang ipar Mat Komando bagaimanapun mati ditembak di dalam operasi itu sementara dua lagi rakan mereka ditembak di Bukit Selambau pada hari yang sama.
Seorang rakannya bersama teman wanita diberkas ketika berada di dalam bilik hotel peranginan itu.
Mat Komando hilang dalam Hutan Simpan Pedu yang bersempadan dengan Thailand. Dia dikatakan sudah biasa dengan kawasan itu kerana pernah terlibat dalam operasi di situ semasa berkhidmat sebagai anggota komando tentera dahulu.
Operasi besar-besaran diperhebatkan dengan bantuan unit udara polis, anjing pengesan dan Pasukan Gerak Am (PGA) termasuk pasukan Senoi Praaq yang mahir dengan selok-belok hutan.
“Selagi ada air dan terdapat benda bergerak hutan, anggota komando boleh hidup,” kata seorang rakan Mat Komando yang pernah menjadi pegawai tentera di dalam unit komando.
Ketika operasi giat dijalankan di Hutan Simpan Pedu, seorang anggota kumpulan itu muncul di Pejabat Utusan Alor Setar untuk menafikan dia bukan lagi buruan polis walaupun gambarnya masih tertera di dalam carta kumpulan perompak 13.
Malangnya, lelaki berusia lewat 50-an itu ditangkap polis keesokannya setelah gambarnya terpampang di muka depan . Dia kini menghadapi tuduhan memiliki dan mengedar harta curi Kumpulan 13 dan telah pun dihadapkan ke mahkamah di Selangor.
Operasi polis bagi mengesan Mat Komando di hutan Pedu pada awal tahun ini dihentikan selepas kira-kira 10 hari Mat Komando tidak dapat dikesan.
Polis pada mulanya begitu optimis penjenayah licik itu mampu ditumpaskan dalam masa beberapa hari sahaja!
Selepas operasi mengesannya diberhentikan, nama Mat Komando seakan-akan lenyap sehinggalah dia muncul semula enam bulan kemudian di Gemas Negeri Sembilan pada 28 Julai lalu apabila sekali lagi dia bolos daripada .
Benarkah Mat Komando mempunyai ilmu batin hingga kerap dapat terlepas daripada kepungan polis? Inilah yang kerap ditanya orang.
Mat Komando, anak kedua daripada lapan beradik dari Kampung Selengkoh, Yan ini bukanlah anggota komando yang cukup terlatih dan berpengalaman luas kerana kerjayanya di dalam perkhidmatan tentera hanya selama dua tahun.
Walaupun begitu, pengalaman dalam bidang ketenteraan telah digunakan dalam “kerjaya” terbarunya itu sebelum dia menemui ajal pada pagi Khamis lalu.
Selepas berhenti daripada perkhidmatan tentera, Mat Komando bekerja sebagai pemandu lori di Kuala Lumpur. Tugas barunya itu pun tidak bertahan lama dan selepas itu dia sering bertukar kerja lain seperti menjadi pemandu teksi dan pemandu bas.
Penglibatannya dalam kegiatan jenayah dikatakan bermula semasa dia bekerja sebagai pemandu lori.
Mat Komando dikatakan bukan seorang yang bersifat bengis, keras hati walaupun terlibat dalam kegiatan jenayah.
Ramai rakannya juga tidak percaya dia terlibat dalam perbuatan itu kerana dia jarang bercakap tentang apa yang dilakukannya dan tidak menunjukkan reaksi keras jika tidak menyetujui sesuatu perkara.
“Kadang-kadang dia menjadi pendiam,” kata seorang saudara terdekatnya ketika ditemui peman Malaysia di Baling.
Satu sifat yang terdapat pada diri Mat Komando ialah dia sering membantu orang lain dan kerap membawa balik buah tangan untuk saudara-maranya walaupun nilainya tidak seberapa.
Dia pernah membawa pulang wang sebanyak RM20,000 untuk keluarganya dengan memberitahu ia adalah hasil menang loteri. “Kami semua tidak percaya kerana dia bukanlah kaki judi,” katanya.
Wang itu digunakan untuk menambah ruang rumah dan membeli motosikal.
Sebelum dia menjadi buruan polis, Mat Komando sempat menyiapkan rumah baru itu untuk kediaman isterinya dan seorang anak tunggal berusia 10 tahun yang cacat pendengaran.
Menurut saudaranya lagi, walaupun Mat Komando mempunyai wang yang banyak, dia tidak menunjuk-nunjuk, tidak berlagak ataupun memperlihatkan kemewahan hidup seperti orang lain.
Dia berpakaian biasa, malah kadangkala baju yang dipakainya agak lusuh.
Seperkara yang menarik, dia kerap melawat saudara-maranya setiap kali balik ke kampung atau menziarah anggota keluarga yang sakit.
Setelah tiga orang rakan termasuk abang iparnya ditembak mati dan beberapa orang suruhannya ditangkap, Mat Komando mulai bimbang. Dia berasa dirinya keseorangan.
Rakan sepelariannya, Shukri Husain yang terlepas daripada buruan polis ketika bersembunyi di sebuah rumah di Gemas, Negeri Sembilan juga akhirnya menjadi musuh.
Menurut pihak polis, Mat Komando dikatakan cuba membunuh Shukri di sebuah kampung di Baling baru-baru ini. Shukri yang dibelasah dengan teruk sempat menyelamatkan diri tetapi akhirnya ditahan oleh polis.
Pemberita dan jurugambar Mingguan Malaysia bersama jurugambar akhbar The Star juga pernah dikejar dengan parang oleh seorang lelaki tua yang berada di sebuah pondok ketika mereka membuat susulan mengenai kejadian itu.
Lelaki itu kemudian ditahan kerana disyaki melindungi Mat Komando. Gerakan memburu Mat Komando diperhebatkan semula di sekitar daerah Kuala Muda, Baling, Sik dan Pendang kerana dia disyaki berlegar di tiga atau empat daerah itu.
Dia dikatakan ingin balik ke rumah isterinya di Baling untuk melihat dan merenung buat kali terakhir anak tunggalnya yang cacat.
Walaupun Mat Komando dikehendaki polis, dia amat sayang kepada anak lelakinya itu.
Namun, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Mat Komando akhirnya rebah setelah dua butir peluru polis menembusi kepala dan rusuk kirinya pada subuh hening Khamis lalu.
Sebelum itu, dia dikatakan pernah berpesan kepada isterinya Faridah Md. Piah supaya menyiapkan kain putih untuknya kerana dia tidak akan menyerah diri sama sekali.
Mat Komando mati pada pagi Khamis lalu (12 September 2002) kerana prinsipnya itu"

9. Al-Ma'unah
Al-Ma'unah adalah sebuah organisasi pengganas militan di Malaysia yg terkenal dengan keberaniannya melakukan pencerobohan nekad ke atas sebuah kem Rejimen Askar Wataniah pada subuh 2 Julai 2000 dan melarikan sejumlah besar senjata api daripada stor persenjataan .

Kumpulan tersebut kemudiannya mendirikan pangkalan rahsianya di kawasan hutan berhampiran perkampungan di Sauk , Perak dan terlibat dalam pertempuran di antara Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia . Mohamed Amin bin Mohamed Razali yg merupakan pemimipin kepada 29 ahli kumpulan Al-Ma'unah mengetuai misinya untuk menggulingkan kerajaan Malaysia .

Mohamed Amin turut menghantar rakannya untuk meletupkan kilang minuman keras Anchor dan Carlsberg di Petaling Jaya berhampiran Kualan Lumpur dan kuil Hindu di Batu Caves . Serangan itu hanya menyebabkan kerosakan kecil sahaja . Ahli kumpulan tersebut , Shahidi dan Khairul Anuar , kemudiannya diarahkan untuk meletupkan kilang dengan senjata pelancar bom tangan yg dirampas daripada kem tentera .

Mereka memaklumkan bahawa mereka akan menyerang Kuala Lumpur sekiranya tuntutan ke atas Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu , Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad untuk meletakkan jawatan dalam masa 24 jam tidak dipenuhi . Pada awal pagi 2 Julai 2000 , 20 ahli kumpulan Al-Ma'unah menaiki tiga kenderaan Pajero bergerak ke Pos 2 Kem Kuala Rhul pada jam 2.50 pagi dan kemudian ke Kem 304 Rejimen Askar Wataniah pada jam 4.15 pagi .

Mereka berpakaian pegawai kanan tentera dan berlagak melakukan pemeriksaan mengejut . Mereka menyatakan ingin mengadakan pemeriksaan mengejut ke atas jumlah semua peluru yg disimpan di dalam kem tersebut .

Mereka berjaya melarikan sejumlah besar senjata api dan imunisasi , iaitu 97 laras raifal M16 , dua laras raifal Steyr AUG , empat senjata Mesingan Kegunaan Am (GPMG) , enam laras mesingan ringan , lima pelancar bom tangan M203 , 182 kelopak M16 , lapan laras tambahan mesingan kegunaan am , tiga laras tambahan mesingan ringan , 26 bilah pisau benet , 9095 butir peluru berkaliber 5.56mm dan 60 butir kartus peluru bom tangan berkaliber 40mm .

Anggota geng tersebut kemudiannya menyembunyikan diri di dalam hutan Bukit Jenalik , Sauk , Perak . Amin mengagih-agihkan semua senjata yg dilarikan tersebut kepada orang-orangnya untuk dilatih . Bunyi tembakan yg jarang didengar oleh penduduk kampung telah menarik perhatian polis .

Kumpulan tersebut membuat persediaan untuk menjayakan rancangan mereka , termasuk mengumpula bekalan makanan dan membawanya ke dalam pangkalan mereka di Bukit Jenalik . Sepasukan polis dihantar untuk mengepung Bukit Jenalik untuk menyekat pergerakan mereka .

Walau bagaimanapun , dua anggota polis iaitu Darjan Mohd Shah Ahmad dan Koperal Detektif Sanghadevan , serta penduduk kampung Jaafar Puteh dan seorang anggota komando ATM , Truper Matthews anak Medan , telah dijadikan tebusan oleh Al-Ma'unah .

Sepanjang 4 hari menjadi tawanan , anggota pasukan keselamatan telah diseksa dan dianiaya . Meraka dipaksa menggali parit di kawasan Bukit Jenalik untuk dijadikan sebagai kubu pertahanan sekiranya pangkalan mereka diserang . Pada sebelah malam , mereka telah diikat pada pohon durian . Amin mengetahui identiti Tuper Matthews , Amin menyeksa Matthews dengan menembak kakinya .

Amin kemudiannya menyuruh Jemari Jusoh menembak Truper MAtthews . Pada pagi 5 Julai 2000 , seorang anggota Al-Ma'unah , Abu Bakar bin Ismail telah ditembak oleh pasukan keselamatan . Sebagai tindak balas , Amin dan rakan-rakannya bertindak membalas tembakan . Semasa tembak-menembak tersebut , Koperal Detektif Sanghadevan telah ditembak mati .

Mayat Sanghadevan kemudiannya dikembumikan bersebelahan Truper Matthews oleh Mohd Shah dan Jaafar . Kumpulan Al-Ma'unah kemudiannya menyerah diri , dan Kerajaan Malaysia bertindak memerangi ahli kumpulan Al-Ma'unah selepas memberi peluang untuk ahli kumpulan tersebut menyerah diri dan menghentikan sebarang percubaan untuk mendapatkan sokongan awam kepada ahli kumpulan Al-Ma'unah dan menyatu-padukan mereka kembali kepada masyarakat .

Mohamed Amin kemudiannya menyerah diri . Sebelum itu , beliau yang bersenjatakan raifal M16/M203 telah menarik kolar pakaian Leftenan Jeneral Zaini Mohd Said , komander Tentera Darat Malaysia dan cuba untuk menembaknya dari jarak dekat . Tetapi Jeneral Zaini bertindak menepis laras senjata Amin dan telah tertembak salah seorang anggota militan .

Jeneral Zaini kemudiannya dianugerahkan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P.) atas keberaniannya dan sumbangannya menamatkan keganasan tersebut tanpa mempedulikan nyawa beliau . Dua jam sebelum insiden tersebut , ASP Abd Razak Mohd Yusoff terlebih dahulu bergerak ke markas tersebut bersama dengan 20 anggota pasukan elitnya , 69 Komando PGK PDRM menaiki bukit ke arah Kumpulan Al-Ma'unah berkhemah .

Setelah mendapat perlindungan yg sesuai untuk ahli kumpulannya , Abdul Razak bergerak bersendirian menyelinap masuk ke kubu . Beliau menemui sendiri Ketua Kumpulan Al-Ma'unah iaitu Amin . Berlakulah perdebatan antara Abdul Razak dan Amin yg mengambul masa selama 2 jam dan akhirnya ketua kumpulan Al-Ma'unah tersebut bersetuju untuk menyerah diri .

Maka , setelah Amin setuju untuk menyerah diri barulah ASP Abdul Razak memanggil pasukan Leftenan Jeneral Zaini untuk proses perletakan senjata . Dia atas keberanian dan kebijaksanaan berbincang , ASP Abdul Razak telah dianugerahi pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P.) atas jasanya .

10 . Rasidi Ismail
Tanggal 5 Januari 2010 , empat sekeluarga ditemui mati dibunuh dengan kejam dalam dua rumah berasingan di sebuah kawasan ladang terpencil di Kampung Batang Rokan , Gemencheh . Dalam kejadian , mangsa , Atan Daud , 90 tahun , bekas imam Masjid Kampung Batang Rokan ditemui terbaring berlumuran darah berhampiran mayat isterinya , Sufiah KEatas , 80 tahun .

Mayat Atan ketika ditemui putus tangan kanannya dipercayai ditetak . Mayat isterinya , Sufiah pula putus tangan kiri . Turut ditemui berhampiran ialah mayat menantu mereka , Ismail Awang , 76 tahun , dalam keadaan tidak erkepala . Mayat seorang lagi mangsa iaitu anak Ismail , Siti Khadijah , 22 tahun , ditemui dengan pisau tercacak di bahagian dada di rumah bersebelahan .

Kejadian itu disedari seorang lagi anak Ismail , Siti Mariam , 19 tahun , yg pulang dari sekolah pada pukul 2 petang . Di lokasi kejadian , sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Negeri Sembilan , Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin , unit anjing pengesan danUnit Forensik mencari petunjuk mengenai kejadian tersebut .

Polis menemui senjata yg digunakan dalam kejadian bunuh itu , Sementara itu , polis sedang mengesan seorang lelaki , Rashidi Ismail berusia 34 tahun yg dipercayai boleh membantu siasatan kes bunuh empat sekeluarga ini . Polis menolak sama sekali motif pembunuhan itu sebagai kes samun kerana barang kemas dan wang tunai didapati tidak hilang dariapda mangsa yg dibunuh .

Akhirnya pembunuh kejam yg merupakan ahli keluarga mangsa berjaya di tangkap di ibu negara di Stesen LRT Masjid Jamek , KL . Semasa penagkapan itu , suspek bertindak ganas dan cuba menyerang anggota polis yg ingin menahannya dengan menggunakan sebilah pisau yg dibawanya . Suspek dikatakan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan masalah penagihan dadah mengikut data polis .

Mengikut maklumat dari keluarga suspek , dia adalah seorang anak yg baik tetapi telah putus tunang sebanyak 2 kali , dan kebelakangan ini , suspek sering ketawa , menangis dan bercakap sendiri . Sebelum itu , kepala seorang mangsa yg dipenggal gagal ditemui oleh pihak polis sehingga suspek memberikan maklumat . Kepala bapa kandungnya yg telah dipenggalnya telah ditanam 200 meter dari pintu masuk utama ke tanah perkuburan Islam di Seksyen 21 , Shah Alam .

Berikutan dengan kenyataan dari Rasidi ismail yg masih mengekalkan pengakuan bersalahnya atas tuduhan tersebut kerana mendakwa dia mendapat arahan untuk bunuh keluarganya itu dari langit . Oleh yg demikian , mahkama Tinggi mengarahkan supaya tertuduh menjalani pemeriksaan di Hospital Permai , Tampoi , Johor selama sebulan .

Pada 7 September 2010 , Rasidi Ismail dibebaskan dari pertuduhan membunuh empat orang ahli keluarganya pada 5 Januari lalu oleh Mahkamah Tinggi setelah didapati tidak waras semasa melakukan perbuatan tersebut . Rasidi Ismail disahkan menghidap penyakit skizofrenia iaitu mengalami halusinasi , ilusi , paranoid dan kepercayaan palsu oleh pakat dari Hospital Permai , Johor .

Doktor pakar berkenaan turt merumuskan tertuduh tidak sedar ketika kejadian berlaku ekoran terpengaruh kepercayaan palsu selepas mendapat arahan tulisan di dinding dan bisikan suara halus . Dengan keputusan itu , Rasidi Ismail terlepas dari hukuman gantung namun dia diperintahkan ditahan di Penjara Kajang . Selangor sehingga diperkenankan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan , Tuanku Muhriz Tuanku Munawir .

Wednesday 17 June 2015

Biar .

Biarlah dikata laman ini sunyi .
Sesepi jiwa pemuisi .

Kerana kadangya memang .
Tak berteman ini menyenangkan .

Bukan hanya untuk kenal diri .
Tetapi pelan-pelan kenal Tuhan .

Wednesday 10 June 2015

Diet Ikut Kategori Darah

Mengetahui kategori darah sendiri mempunyai kelebihan. Ini kerana, anda boleh menyesuaikan menu atau pola pemakanan dengan kesesuaian kategori darah. Dengan mengetahui cirri-ciri kategori darah juga dapat membantu anda memelihara kesihatan di samping mengamalkan gaya hidup yang sihat dan bersesuaian.

 Darah A
Untuk mereka yang berada dalam kategori darah jenis A, disarankan agar menjalani diet vegetarian.

Ø  Ciri-ciri golongan berdarah A

  • Memiliki system pencernaan yang relative sensitif.
  • Hindari makanan daripada produk tenusu dan daging.
  • Disarankan menjalani vegetarian atau mengambil makanan yang mempunyai karbohidrat yang tinggi, tetapi kurang lemak.
  • Mengurangkan stress dengan melakukan meditasi, atau olahraga serta cukup istirahat.

Ø  Menu yang disarankan

  • Sarapan: Air putih dicampur dengan sedikit jus limau nipis dan oatmeal.
  • Minum pagi: Jus anggur atau kopi.
  • Makan tengah hari: Salad, sekeping roti gandum dan teh herba.
  • Minum petang: Dua potong kuih beras dan teh hijau.
  • Makan malam: Pasta tanpa daging, brokoli, yogurt, dan teh herba (jika perlu).

Darah B
Bagi yang mempunyai darah kategori B, disarankan agar mengambil pelbagai jenis makanan, manakala golongan darah A pula disarankan agar mengambil makanan buah-buahan dan sayur-sayuran (vegetarian).

Ø  Ciri-ciri golongan berdarah B

  • Disarankan melakukan diet dengan pelbagai variasi makanan, tetapi perlu kurangkan pengambilan daging.
  • Olahraga yang sesuai dilakukan adalah renang, tenis, jalan kaki dan meditasi.
  • Untuk mengatasi stress, seeloknya cari kegiatan rutin seperti hobi dan aktiviti yang melibat kan kreativiti.
  • Memiliki system pencernaan yang sensitif.
  • Disarankan mengambil makanan dalam jumlah yang sedikit, tetapi kekerapan makan perlu lebih padat (perlu lebih sering makan dalam kuantiti yang kecil).
  • Untuk lebih bertenaga, biasakan berolahraga pada waktu pagi.
Ø  Menu yang disarankan

  • Sarapan: Air putih di campur dengan sedikit jus limau, jus anggur, dua potong roti dan sepotong keju.
  • Minum pagi: Yogurt
  • Makan tengah hari: Empat keping dada ayam, salad, dua biji plum, dan teh herba.
  • Minum petang: Kek keju dan teh herba.
  • Makan malam: Omelete, salah buah-buahan dan kopi.
Darah AB
Ø  Ciri-ciri golongan berdarah AB

  • Pola pemakanan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B. penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan.
  • Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, tauge dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.
  • Golongan daripada jenis darah ini, harus mengehadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses. Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit. Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.
Ø  Ciri khas individu jenis darah AB

  • Memiliki sistem pencernaan yang sensitif.
  • Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap.
  • Untuk lebih bertenaga, olahraga pada setiap pagi digalakkan.
Ø  Menu diet yang dianjurkan

  • Sarapan: Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong berserta satu potong keju.
  • Snek: Yogurt.
  • Makan tengah hari: Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba.
  • Makan malam: Omelete dan salad buah serta kopi.

Darah O
Ø  Ciri-ciri golongan berdarah O

  • Pemilik darah O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum.
  • Sebaiknya, pemilik darah jenis ini mengehadkan pengambilan buah-buahan. Hindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Termasuklah juga sayur brokoli, sawi, tauge, terung, cendawan, dan kentang.
  • Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging. Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.
Ø  Ciri khas golongan darah O

  • Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain.
  • Mudah mengadaptasi pelbagai makanan.
  • Untuk mengatasi tekanan,  disarankan melakukan aerobik.
  • Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran.
  • Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti artritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian.
Ø  Menu diet yang dianjurkan

  • Sarapan: dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang.
  • Snek: The herba.
  • Makan tengah hari: sepotong daging panggang, salad bayam dan epal.
  • Snek: Sepotong kuih.
  • Makan malam: Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba.

Sumber: Majalah Keluarga, April 2015

Monday 13 April 2015

Fakta Magis Darah Tali Pusat Bayi

Assalamualaikum semua . .
Harini Alyaa nak update entry tentang 'Fakta Magis Darah Tali Pusat Bayi' . Apa yg ada pada darah tali pusat bayi ? Baca sampai habis ye . Nanti anda tahu apa yg boleh kita lakukan dan kebaikan darah tali pusat bayi . . 

Secara tradisi , tali pusat bayi yg baru dilahirkan akan diserahkan kpd ibu bapa utk dicuci sebelum ditanam . Bagaimanapun , tahukah anda yg darah dalam tali pusat itu mengandungi sel stem yg sangat berharga dan dapat menyelamatkan nyawa mereka yg memerlukan terutamanya di kalangan adik beradik dan saudara mara . Bagi para ibu yg bakal melahirkan bayi , anda harus mengambil kira hal ini dan membuat keputusan sama ada ingin menyimpannya dalam Bank Darah Tali Pusat Swasta atau mendermakannya kepada Pusat Darah Negara agar boleh digunakan oleh sesiapa yg memerlukan/.

Tali pusat secara literalnya adalah ikatan yg menyambung dan menghubungkan ibu kepada bayi yg dikandungi . Tali pusat bukan sahaja berperanan sebagai tali hayat , tetapi turut berpotensi untuk merawat pelbagai jenis penyakit darah kerana ia mempunyai sel stem yg amat bernilai dalam membantu pesakit yg memerlukan . Pertemuan dgn Dr. Nor Nazahah Mahmud , Ketua Tabung Darah Tali Pusat & Pakar Perubatan Transfusi di Pusat Darah Negara telah merungkaikan banyak persoalan mengenai kelebihan darah tali pusat bayi yg baru dilahirkan ini .

INFO MENARIK TENTANG MAGIS TALI PUSAT
  1. Sel stem boleh diperoleh daripada tiga sumber iaitu salur darah , sum-sum tulang atau darah dari tali pusat bayi yg baru lahir .
  2. Pengambilan sel stem daripada darah tali pusat adalah satu pilihan yg ada dan dapat diberi utk merawat pesakit yg memerlukan transplantasi sel stem .
  3. Darah tali pusata adalah darah yg berada di dalam salur tali pusat dan merupakan organ penyambung di antara bayi dan plasenta (uri) yg keluar bersama kelahiran bayi .
  4. Semasa hamil , tali pusat memainkan peranan penting utk memindahkan nurien dan oksigen daripada ibu kepada bayi dalam kandungan bagi menjamin kesihatan dan pertumbuhannya .
  5. Tahap kesedaran berkenaan kepentingan darah tali pusat di negara kita masih rendah berbanding negara luar . Jika dibandingkan dgn negara luar seperti Singapura , negara kita agak ketinggalan dari segi bilangan pengumpulannya .
  6. Darah tali pusat mengandungi komponen darah utama seperti sel darah merah , plasma dan platelet yg bertanggungjawab memastikan penghasilan darah yg normal sepanjang hidup seseorang .
  7. Darah tali pusat juga kaya dengan sel stem hematipoietik , iaitu sel induk dlm sistem darah yg istimewa berdasarkan potensinya yg boleh berkembang membentuk komponen utama darah seperti sel darah merah , sel darah putih serta platelet .
  8. Ketiga-tiga komponen ini penting kerana ia berfungsi sebagai agen membawa oksigen dalam darah , manakala sel darah putih pula utk melawan jangkitan kuman dan platelet adalah agen pembekuan darah .
  9. Mungkin ada juga yg bertanya mengapa perlu menyimpan sel stem daripada darah tali pusat kerana mereka tidak melihat kegunaanya pada masa depan ? Pemikiran seperti ini perlu dihakis kerana sel stem yg diperoleh daripada tali pusat bayi adalah aset biologi yg berpotensi utk menyelamatkan nyawa seseorang pesakit jika ditimpa penyakit tertentu yg berkaitan darah .
  10. Sel stem darah tali pusat telah terbukti sebagai penawar yg telah terbukti keberkesanannya dari segi sanitifik di seluruh pelosok dunia .
  11. Kementerian Kesihatan Malaysia telah menubuhkan Tabung Darah Tali Pusat di Pusat Darah Negara sejak tahun 2002 lagi untuk kegunaan awam .
KEBAIKAN DARAH TALI PUSAT
  1. Penyimpanan darah tali pusat mempunyai kelebihan dan kebaikan kepada penderma darah tali pusat serta pesakit yg perlu menjalani tranplantasi .
  2. Prosesnya mudah dan tidak mengambil masa yg lama . Tiada risiko perubatan kpd bayi dan si ibu . Prosedur pengumpulan darah tali pusat juga adalah selamat dan tidak membahayakan bayi dan ibu yg bersalin .
  3. Darah tali pusat yg telah dikumpulkan akan diproses dan melalui ujian-ujian khas bagi memastikan kualiti yg baik akan disimpan dalam keadaan sejuk beku (frozen state) dan sedia digunakan bagi pesakit yg mempunyai padanan sesuai .
  4. Padanan sesuai bermaksud keserasian keputusan penjenisan Human Leucocyte Antigen (HLA) antara penderma dan pesakit . HLA adalah sejenis protein penting di permukaan sel stem yg menentukan kejayaan sesuatu proses transplantasi .
  5. Selain itu , telah terbukti bahawa frekuensi HLA adalah berbeza mengikut sesuatu kaum dan etnik masyarakat . Pesakit ini mempunyai peluang yg lebih cerah utk mendapatkan darah tali pusat yg sesuai daripada penderma dari latar belakang etnik dan kaum yg sama .
  6. Pendermaan darah tali pusat secara awam sangat digalakkan .
  7. Berdasarkan kajian yg sedia ada , turut dinyatakan darah tali pusat mempunyai kebarangkalian yg rendah dalam transmisi sesetengah virus seperti Epstein-Barr (EBV) dan cytomegalovirus (CMV) yg amat bahaya kpd pesakit yg akan menjalani proses tranplantasi .
  8. Selain daripada sel stem pada darah tali pusat bayi , orang dewasa juga mempunyai sel stem yg tersendiri . Bezanya , sel stem orang dewasa terdapat pada sum-sum tulang yg lebih berisiko berbanding mendapatkan sel stem daripada darah tali pusat bayi .
  9. Pendermaan sel stem daripada sum-sum tulang bermula lebih awal daripada pendermaan darah tali pusat . Namun , ia berisiko kepada penderma .
  10. Berbanding sel stem orang dewasa , sel darah tali pusat lebih mudah diterima serta risiko penolakan oleh badan juga lebih rendah berbanding sel stem sum-sum tulang .
  11. Pendermaan sel stem darah tali pusat adalah jauh lebih mudah , selamat , tiada kesakitan kepada ibu dan bayi .
  12. Darah tali pusat akan diambil serta merta selepas bersalin . Selepas tali pusat dipisahkan daripada bayi , anggota kesihatan terlatih akan memasukkan jarum ke dalam salur darah tali pusat dan darah akan dialirkan keluar ke dalam beg darah . Proses ini tidak akan mengganggu proses kelahiran dalam apa jua cara sekalipun .
  13. Bagi anda yg ingin menyimpan di bank darah tali pusat swasta , anda akan dibekalkan dengan kit khas yg perlu dibawa semasa bersalin . Proses mengambil darah tali pusat akan dikendalikan oleh doktor yg menyambut kelahiran anak anda . Kemudian kit tersebut akan terus dibawa oleh wakil syarikat bank darah tali pusat tersebut .
  14. Tiada had jangka hayat bagi sesuatu unit yg disimpan . Namun , stem stel itu hanya boleh digunakan sekali sahaja dan terhad untuk seorang pesakit dengan padanan yg sesuai .
  15. Limitasi bagi pengumpulan sel stem mengikut kaedah pengumpulan darah tali pusat ini adalah kandungan kutipan (cell dose) yg agak kecil , jika dibandingkan dgn kaedah pengumpulan lain .
  16. Ini bermakna , penggunaan utama sel stem dari darah tali pusat adalah sangat sesuai bagi pesakit bersaiz kecil , contohnya pesakit di kalangan kanak-kanak .
  17. Namun , ini tidak bermakna ia tidak boleh digunakan untuk pesakit dewasa yg memerlukan tranplantasi . Koordinasi di Tabung Darah Tali Pusat dan pihak-pihak yg terlibat sedaya upaya berusaha mendapatkan unit sel stem yg secukupnya bagi pesakit-pesakit ini .
  18. Darah tali pusat yg disimpan di tabung darah tali pusat (TDTP) di Kementerian Kesihatan Malaysia boleh digunakan utk mana-mana pesakit yg memerlukannya bagi tujuan transplantasi .
  19. Kajian di seluruh dunia telah menunjukkan bahawa kegunaan darah tali pusat yg disimpan di kalangan adik beradik adalah sangat rendah .
  20. Sesetengah negara menggalakkan penubuhan public banking yg berlandaskan konsep setiap pendermaan boleh disumbangkan kepada mana-mana pesakit yg sesuai di kalangan masyarakat , tanpa mengira latar belakang kaum atau agama .
  21. Jika terdapat ahli keluarga yg memerlukan darah tali pusat yg telah disimpan tersebut , dan telah dipersetujui oleh pakar perubatan tentang pilihan rawatan tersebut (transplantasi) , ahli keluarga tersebut boleh mendapatkannya untuk tujuan transplantasi dgn syarat penjenisan HLA adalah sepadan dan unit tersebut masih lagi dalam simpanan TDTP .
PENYAKIT YANG BOLEH DIRAWAT DENGAN TALI PUSAT.
  1. Darah tali pusat telah digunakan secara meluas untuk merawat lebih kurang 80 jenis penyakit yg kebanyakannya adalah penyakit darah seperti leukemia .
  2. Selain itu , kumpulan penyakit lain yang turut boleh dirawat dengan darah tali pusat adalah penyakit keturunan seperti talasemia .
PENYAKIT-PENYAKIT LAIN YANG BOLEH DIRAWAT MENGGUNAKAN SEL STEM DARAH TALI PUSAT (RUJUKAN DAN MAKLUMAT: DR. NOR NAZAHAH MAHMUD, KETUA TABUNG DARAH TALI PUSAT & PAKAR PERUBATAN TRANSFUSI DI PUSAT DARAH NEGARA)
  1. Leukemia - Acute Myeloid Leukaemia , Chronic Myeloid Leukaemia , Acute Lymphocytic Leukaemia , Chronic Lympothic Leukaemia , Juvenile Chromic Myeloid Leukaemia .
  2. Lymphomas (Kanser darah) - Non Hodgkin Lymphoma , Hodgkin Lymphoma .
  3. Myelodysplasia - Myelofibrosis , Myelodyspastic Syndrome .
  4. Bone Marrow Failure Syndromes - Amegakaryotic Thombocytopenia , Diamond-Blackfan Anemia , Dyskeratosis Congenita , Fanconi's Anemia , Parxysmal Noctural Hemoglobinuria , Reticular Dysgenesis , Severe Aplastic Anemia Unspecified , Shwachman-Diamond Syndrome , Sideroblastic Anemia .
  5. Hemoglobinopathies - Sickle Cell Disease , Thalassemia .
  6. Immune Deficiencies - Common Variable Immune Deficiency , Congenital Immune Deficiency , DiGeorge Syndrome , Griscelli Syndrome , Lymphocyte Adhesion Disease , Nezelof Syndrome , Omenn Syndrome , Severe Combined Immune Deficiency , Wiskott-Aldrich Syndrome , X-linked Hyper-igM Syndrome , X-linked Immune Dysregulation Polyendocrine , Enteropathy .
ANDA BOLEH DERMAKANNYA !
  1. Tali pusat adalah organ penyambung di antara bayi dan plasenta (uri) . Darah dalam tali pusat memainkan peranan penting untuk memindahkan nutrien dan oksigen daripada ibu kepada bayi . Oleh itu , tali pusat amat penting untuk menjamin kesihatan janin dalam kandungan .
  2. Semua ibu hamil boleh ambil peluang ini untuk mendaftar di lima Pusat Pendermaan Darah Tali Pusat yang ada di Malaysia .
  3. Pihak kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia secara amnya , dengan kerjasama Pusat Darah Negara dan Tabung Darah Tali Pusat sentiasa berusaha untuk memantapkan perkhidmatan sedia ada .
  4. Ini termasuklah perancangan untuk menambahkan kutipan sel stem dari darah tali pusat dari masa ke masa dengan mengambil kira keperluan kutipan di kawasan-kawasan lain pada masa hadapan serta mengukuhkan hubungan baik sekali gus kerjasama dengan pelbagai pihak yang terlibat seperti perkhidmatan transplantasi , iaitu Pakar Perubatan dan Transplantasi di hospital , pihak Obstetrik dan Ginekologi (Sakit Puan) , bahagian koordinasi dan carian sel stem serta unit sokongan yg lain (boleh layari www.pdn.gov.my untuk maklumat lanjut) .
  5. Anda juga boleh memaklumkan kepada doktor atau jururawat yang bertugas semasa pemeriksaan kesihatan ketika hamil tentang pendermaan tersebut di lima buah hospital yang dinyatakan untuk maklumat yg lebih terperinci tentang pendermaan darah tali pusat .
5 HOSPITAL SEBAGAI PUSAT PENDERMAAN DARAH TALI PUSAT
  1. Hospital Kuala Lumpur
  2. Hospital Serdang
  3. Hospital Selayang
  4. Hospital Ampang
  5. Hospital Sultanah Bahiyah , Alor Setar , Kedah .
BANK DARAH TALI PUSAT SWASTA
  1. Pihak kerajaan amat menggalakkan para ibu utk menderma darah tali pusat bayi kepada Pusat Pendermaan Darah Tali Pusat Awam , namun kerajaan juga tidak menghalang untuk anda menggunakan khidmat bank darah tali pusat swasta utk menyimpan secara persendirian darah tali pusat bayi anda .
  2. Di Malaysia , terdapat beberapa syarikat swasta yg menawarkan perkhidmatan menyimpan darah tali pusat dan jika anda mampu dan ingin menggunakan khidmat daripada bank darah tali pusat swasta anda perlulah membuat keputusan yg tepat .
  3. Anda perlu fahami lebih jelas apa itu sel stem yg akan anda simpan , siapa yg akan menggunakannya , kebaikan darah tali pusat yg disimpan dan sebagainya .
  4. Dapatkan sebanyak mungkin maklumat tentang syarikat-syarikat yg menawarkan perkhidmatan tersebut untuk maklumat yg lebih jelas . Anda juga boleh terus menghubungi mereka utk mendapatkan maklumat lanjut tentang perkhidmatan yg mereka sediakan .
  5. Buat perbandingan antara kesemua syarikat tersebut dari segi perkhidmatan , perlindungan , kos dan sebagainya .
  6. Anda juga disarankan utk memilih syarikat yg mempunyai akreditasi dan standard yg diperlukan utk menyimpan darah tali pusat . Dalam kes ini , anda perlu melihat kpd syarikat yg mempunyai American Association of Blood Banks (AABB) sbg langkah utk memastikan bank darah tali pusat swasta yg anda pilih diselenggarakan mengikut standard yg ditetapkan .
  7. Pastikan proses yg akan berjalan semasa pengambilan darah tali pusat selamat , cepat dan tidak menyakitkan .
  8. Ketahui bagaimana proses pegumpulan darah tali pusat yg akan mereka lakukan , bekas penyimpanan utk darah tali pusat yg diambil , bagaimana mereka menghantar dadah yg diambil ke makmal , suhu yg diperlukan semasa proses tersebut dan sebagainya .
  9. Pilihlah syarikat yg mempunyai kewangan yg stabil utk mengelakkan masalah pada masa hadapan .
  10. Paling penting anda tahu apakah hak dan perlindungan yg ditawarkan jika anda menggunakan khidmat syarikat mereka .
7 SEBAB KENAPA ANDA DIGALAKKAN MENDERMA DARAH TALI PUSAT
  1. Darah tali pusat adalah sumber yg kaya dgn sel stem darah yg berpotensi utk menyelamatkan hidup manusia . Sel stem mempunyai keupayaan utk mengembangkan sel-sel jenis lain , yg boleh membantu memperbaiki rangkaian , organ , dan saluran darah yg boleh digunakan utk merawat penyakit-penyakit yg berbahaya .
  2. Selain daripada darah tali pusat , sel-sel stem juga boleh dijumpai dlm embrio manusia , folikel rambut , lemak dan otot . Setiap bahagian dari tubuh mengandungi beberapa sel-sel stem , walaupun kandungan sel-sel stem tersebut tidak terlalu banyak berbanding dgn kandungan yg ada dlm darah tali pusat .
  3. Sel stem bukan hanya dapat diperoleh daripada sumber lain seperti tulang sum-sum dan darah periferi . Namun yg paling mudah utk mendapatkan sel stem adalah daripada darah tali pusat .
  4. Sel stem daripada darah tali pusat juga lebih mudah utk sepadan dgn pesakit yg menjalani pemindahan darah berbanding sumber lain . Ini membuatkan darah tali pusat menjadi lebih bernilai terutamanya untuk golongan etnik minoriti seperti kaum-kaum di Malaysia Timur khususnya utk mendapatkan sel-sel stem yg sesuai .
  5. Kemungkinan utk seorang anak menghidap suatu penyakit yg memerluakn tranplantasi darah tali pusat masih belum dikenal pasti . Tiada anggaran tepat utk kebarangkalian seorang anak memerlukan sel-sel sendiri yg disimpan . Tekaan yg paling hampir utk keperluan ini adalah 1 dalam setiap 1000 . Anggaran ini menunjukkan bahawa keperluannya amatkecil utk seseorang menggunakan sel-selnya yg disimpan .
  6. Tiada siapa yg tahu akan penyakit yg bakal dihadapi pada masa hadapan . Siapa tahu dgn pendermaan darah tali pusat yg anda buat dapat memberikan harapan baru kepada individu yg mempunyai penyakit kronik hasil daripada darah tali pusat yg didermakan oleh anda .
  7. Tidak meninggalkan sebarang kesan atau mendatangkan risiko kepada bayi dan ibu .
PROSES PENYIMPANAN DARAH TALI PUSAT
  1. Bayi dilahirkan dgn tali pusat yg masih bercantum dgn tali pusat dan uri . Tali pusat yg telah terpisah daripada bayi akan diklip dgn klip khas utk proses pengambilan darah tali pusat .
  2. Darah tali pusat akan diekstrak daripada tali pusat yg diklip tadi ke dlm beg khas oleh doktor atau jururawat .
  3. Darah tali pusat yg diambil akan dihantar ke makmal utk menjalani beberapa ujian bagi memastikan darah tali pusat tersebut boleh digunakan .
  4. Darah tali pusat disimpan di dalam tangki khas .
  5. Setelah keputusan ujian menyatakan darah tali pusat tersebut boleh digunakan , ia dipindahkan ke tangki storan kekal dgn suhu yg telah ditetapkan sebelum digunakan utk tujuan perubatan .
HUKUMNYA HARUS
Sejak penemuan sel stem di dalam darah tali pusat yg dikatakan boleh digunakan dlm rawatan perubatan , timbul persoalan sama ada ia boleh digunakan pesakit beragama Islam walaupun terdapat bukti saintifik yg menunjukkan ia berupaya mengubati pelbagai penyakit kronik seperti talasemia , anemia , leukemia dan lain-lain .
  1. Menyentuh tentang soal hukum penggunaan sel stem dlm bidang perubatan di Malaysia , Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) , telah mengeluarkan fatwa bahawa ia boleh digunakan utk tujuan perubatan dan kaji selidik dgn syarat-syarat tertentu .
  2. Syaratnya ialah , pengambilan darah tali pusat bayi itu perlu mendapat keizinan daripada ibu bapanya terlebih dahulu dan paling penting prosedurnya tidak mendatangkan sebarang kemudaratan .
  3. Penggunaan sel stem dari darah tali pusat bagi tujuan perubatan adalah DIHARUSKAN atau DIBOLEHKAN kerana ia sememangnya terbukti mampu membawa manfaat yg besar kpd kesihatan lebih-lebih lagi dlm merawat pelbagai jenis penyakit berbahaya .
  4. Berdasarkan kaedah pemindahan sel stem daripada darah tali pusat , pengambilan stem adalah masih 'hidup' dan ia disuntik ke bahagian tertentu badan pesakit .
  5. Sehubungan itu , tidak timbul isu sama ada darah sel stem yg diambil daripada tali pusat org bukan Islam atau tidak . Hal ini kerana pendekatan yg diambil adalah sama seperti kaedah pendermaan dan penggunaan darah .
  6. Umah Islam sepatutnya tidak berasa was-was untuk menyimpan darah tali pusat anak-anak di tempat yg diyakini kebersihannya kerana ia mampu mengubati penyakit di kemudian hari . Apatah lagi , sel stem daripada darah tali pusat yg disimpan banyak kelebihan dan bakal membawa faedah apabila digunakan kelak .
FAKTA RINGKAS TALASEMIA
Talasemia adalah salah satu penyakit genetik darah yg boleh diwarisi di dlm keluarga yg berlaku apabila tubuh seseorang itu tidak berupaya menghasilkan sejenis protein penting di dlm darah iaitu hemoglobin . Dr. Nor Nazahah Mahmud , mengulas lebih lanjut isu ini .
  1. Penyakit ini adalah disebabkan oleh keabnormalan gen yg mengawal penghasilan hemoglobin menjadikan penghasilan sel darah merah tidak normal dan menjejaskan fungsi darah secara langsung .
  2. Talasemia bukan penyakit berjangkit , tidak boleh dipindahkan melalui darah , udara dan air mahupun sentuhan fizikal dan seksual oleh pesakit talasemia .
  3. Penyakit talasemia terdapat dlm pelbagai jenis dan keadaan klinikalnya . Dlm keadaan di mana seseorang mendapat penyakit talasemia yg teruk , keabnormalan gen yg menjejaskan penghasilan hemoglobin ini akan menyebabkan kesan di mana hemoglobin dlm sel darah merah rendah (anemia) menjadikan sistem darah terjejas dan jangka hayat sel darah merah menjadi lebih pendek daripada biasa .
  4. Kekurangan sel darah merah yg normal akan menjejaskan penyaluran oksigen ke sel-sel tubuh lalu menyebabkan gejala anemia seperti mudah letih , lemah tubuh badan dan sering sukar bernafas .
  5. Talasemia hanya boleh dikesan drpd umur enam bulan ke atas . Ia adalah berdasarkan perkembangan dan kematangan hemoglobin . Diagnosis talasemia biasanya bergantung kpd keadaan klinikal pesakit .
  6. Dlm situasi penyakit yg teruk (moderate to severe) ,diagnosis di kalangan pesakit terutama kanak-kanak boleh dibuat seawal usia satu hingga dua tahun .
  7. Keadaan anemia akan menyebabkan beberapa implikasi kesihatan kpd kanak-kanak seperti masalah tumbesaran yg terjejas dan keabnormalan sistem-sistem lain tubuh . Tanpa pengesanan awal dan rawatan komprehensif dari pelbagai aspek perubatan penyakit ini boleh membawa fungsi utama organ bahkan kematian .
  8. Talasemia boleh dikesan (sama ada seseorang itu adalah pembawa atau pun pesakit) melalui ujian saringan . Secara amnya , penyakit ini boleh dielakkan jika status seseorang individu itu diketahui bagi mengelakkan perkahwinan sesama pembawa gen talasemia .
  9. Kaunseling genetik adalah diperlukan bagi mereka yg disahkan sebagai pesakit atau pembawa agar mendapat informasi yg tepat tentang penyakit ini supaya dapat merancang kehidupan berumah tangga yg lebih baik .
  10. Bergantung pada tahap keseriusan talasemia yg dihadapi , rawatan yg lazim dilakukan ialah pemindahan darah , penyingkiran zat besi dan rawatan sokongan . Pemindahan sum-sum tulan merupakan salah satu rawatan yg disediakan jika rawatan lain gagal .
Info : Penggunaan darah tali pusat bagi tujuan perubatan dan kajian yg diambil bukan daripada proses pengklonan adalah diharuskan selagi ia tidak bercanggah dengan hukum syarak . Keputusan ini telah dipersetujui oleh kebanyakan para sarjana Islam . Malahan , keputusan yg sama telah diambil oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-51 pada 11 Mac 2002 yg lalu .

Sumber : Majalah Pa&Ma Edisi Mei 2015