Saturday, 11 August 2012

Sendiri Itu Terapi



Siapa kata sendiri itu tidak bahagia? Tidak menggembirakan? Zahirnya, orang mungkin nampak seseorang yang bersendirian itu menyedihkan kerana kekosongan tanpa ditemani. Namun, pada hakikatnya mereka yang bersendiri itu lebih bahagia sebenarnya.


Bila sendiri, kita mempunyai banyak ruang untuk muhasabah diri. Biarpun sendiri, kita tetap takkan berada dalam relung kesunyian. Kerana dengan bersendiri, kita mampu merasai kehadiranNya di sisi kita. SubhanaAllah! Mampu untuk merasa redup kasihNya yang lagi menenangkan.


Sendiri, mengajar kita untuk memperbaiki diri sendiri tanpa gangguan dan halangan daripada mereka-mereka.

Sendiri itu terapi. Terapi untuk menguatkan iman. Terapi untuk perbaiki hubungan dengan Sang Pencipta. Terapi untuk memperbaiki habluminnanas (hubungan sesama manusia). Terapi untuk membetulkan setiap yang sumbang.


Kerana, dengan bersendiri, seseorang mampu untuk berfikir dengan rasional tentang segala hal duniawi mahupun ukhrawi. Mampu membuatkan seseorang mencari kembali dirinya yang telah hilang. Mampu menilai antara kaca dan permata. Mampu membezakan antara hitam dan putih.


Sendiri itu juga terapi untuk menghapuskan parut-parut dosa yang dilakukan. Apa gunanya berteman seandainya diulit dengan cengkaman dosa? Tentulah hati takkan tenang apabila dosa-dosa tersebut menghantui. Astargfirullahalazim...


Sesungguhnya, sendiri itu terapi yang indah. Terlalu indah bagi mereka yang benar-benar memahami istilah sendiri. Allah SWT ciptakan sendiri itu untuk mengembalikan semula hambaNya yang 'hilang'. Dia biarkan kamu yakni insan yang terpilih untuk bersendiri hanya semata-mata inginkan kamu kembali ke jalanNya. Bukan untuk menghukum kamu. Sebaliknya, untuk menyatakan kasih sayangNya kepada hamba-hambaNya.

Jadi, janganlah bersedih apabila sendiri. Bersangka baiklah dengan Allah. 


Allah SWT berfirman:

"Aku akan bersama (mengikut) sangkaan hamba-hambaKu. Maka hendaklah kamu bersangka dengan apa yang kamu inginkan" (Hadis Qudsi Riwayat At-Thabrani)

Percayalah, setiap keadaan atau peristiwa itu mempunyai hikmah yang kadangkala dapat kita fikir sendiri (namun kadangkala hikmah itu tidak dapat difikir oleh kita manusia biasa). Ingat, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.


"...boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu."
(Surah al-Baqarah, ayat 216)


Biarlah kita buruk dan hina pada pandangan manusia, namun cantik dan suci pada pandangan Allah SWT :)

Wallahualam...

** Sumber : www.iluvislam.com

Wednesday, 8 August 2012

Terima Seadanya . .

Ramai orang kata . . 
Persahabatan tu indah . .
Tapi bagi aku . . 
Hubungan persahabatan yang terjalin antara diaorg . . 
Dah x ada ertinya . .

Selama ni . .
Aku dah cuba jadik yg terbaik utk diaorg . .
Tapi rupanya . .
Selama nie aku hanyalah BONEKA . .

Setiap hari . .
Air mataku akan mengalir . .
Mengenangkan nasibku di perantauan . .
Mengenangkan hidupku yg tiada erti dlm diri mereka . .
Setiap hari juga . . 
Aku menadah tangan . .
Memohon kepada Penciptaku . .
Moga Dia memberiku kekuatan . .
Moga Dia membuka pintu hati mereka . .
Membuka mata hati mereka . .
Untuk menerimaku sebagai SAHABAT . .

Kepadamu hati yang sedang bersedih . .
Bersabarlah . .
Ini hanyalah dugaan Allah untukmu . .
Dia sedang mengujimu . .
Sejauh mana keimanan dan ketaqwaanmu kepada-Nya . .

Buatmu sahabat . .
Maafkan diri ini . .
Andai selama perhubungan yang terbina . .
Banyak perlakuan yang tida disedari ada kekhilafannya . .
Aku hanya insan biasa . .
Hamba Allah di bumi ini seperti kalian . .
Yang tidak pernah lari dari melakukan kesilapan . .

Kepada-Mu Ya Rabbi . .
Berikan aku kekuatan . .
Untuk menghadapi dugaan-Mu di dunia ini . .
Tabahkan hatiku . .
Berikan aku petunjuk . .
Berikan aku hidayah-Mu . .
Aku hanyalah hamba-Mu yang lemah . .

Monday, 6 August 2012

Saya Masih Bangga ♥

Assalamualaikum . . .
Aku nak jeritjerit sikit malam nie . . 
Sebab kekalahan Lee Chong Wei tadi . . 
Sedih beb . . 
Tapi nak buad macam mana . . 
Bukan rezeki dia nak bawak balik pingat emas pertama . . 
Redha jer la . . 
Tapi apa pun . . 
Aku tetap bangga dengan kejayaan dia . . 
Dia dah buktikan yang dia boleh hadapinya . . 
Dia tetap HERO aku after my dad n my brother . . 

 dia nangis . . 
aku pun hampirhampir nak nangis tadi . . :'(


 tengok tu mata n muka dia merah :(

Apaapa pun . . 
Aku tetap akan sokong dia n atlet negara . . 
Sebab . .
Bagi aku . . 
Diaorang ni la DUTA KECIL Malaysia
yang akan bawak nama negara ke peringkat Antarabangsa . . :)