Wednesday 25 March 2015

Selamat Hari Polis : Luahan Hatiku . . .

Assalamualaikum wbt .

Hari ni merupakan sambutan Hari Polis yang ke-208 . Seluruh anggota polis pasti meraikan saat ini , kerana pada hari inilah segala bakti dan pengorbanan mereka dikenang .

Tapi aku ?
Aku bukanlah seorang anggota polis yang bertugas untuk mempertahankan negara , tapi aku merupakan seorang manusia biasa dan juga anak kepada seorang anggota polis . 

Ya , bukan anggota yg berpangkat tinggi .
Cuma anggota bawahan .
Seorang anak anggota keselamatan .
Sering ditinggal ayah .
Sebulan , dua bulan , dan pernah hampir enam bulan tidak bertemu mata .
Hanya mendengar suara di telefon . . .

Begitu ramai yg mengkritik tugas seorang anggota polis .
Selepas itu mengajar cara-cara utk menjaga keamanan negara .
Mungkin , teori tersebut diambil dari filem2 perang dan jenayah sahaja .
Ya .
Selepas melihat filem2 tersebut , mereka mahir tentang nama senjata , teknik itu dan teknik ini .

Baju kalis peluru .
Bom itu dan bom ini .
Wah ! ! !
Sungguh layak kalian mengajar anggota keselamatan bukan ?
Tapi sayang . . .
Kalian hanya hebat setakat di dalam Facebook , Twitter , Blog atau kedai kopi .

Tapi .
Kenapa kalian tidak melawan pengkhianat bangsa ?
Kenapa kalian tidak menghimpun semua orang sama seperti demostrasi atau mana-mana majlis politik untuk membantu anggota keselamatan kita ?
Ataupun kalian hanya mampu bercerita di mulut sahaja ?

Sekadar bercakap , siapa pun mampu .
Buka mulut seluas-luasnya dan hembus saja perkataan yg hendak dikeluarkan .
Cuba kami jemput anda berada di barisan hadapan utk menjaga keamanan .
Berada di tempat kami sebagai anak-anak anggota keselamatan yg sering berjauhan dgn ayah .
Yg belum pasti pulang antara hidup dan mati apabila keluar bekerja .
Berada dlm diri anak2 kecil yg masih tidak mengerti soal kehidupan .
Yg menanti ayahnya di pintu rumah , sambil berlari-lari memeluk melepaskan kerinduan .
Tapi akhirnya . .
Yg dipeluk hanyalah sekujur tubuh yg membisu tanpa kata-kata .

Gaji tak seberapa .
Kerja tidak mengira waktu .
Cuti bukanlah hak mereka .
Anak isteri cuma suku dari kehidupan .
Tapi seluruh hidunya yg berhempas-pulas berkorban utk negara hanya disumpah-seranah setiap hari .
Tak ada seorang pun yg sudi berbaik sangka kepada mereka .
Tak ada .

Buat road-block dikatakan mencari duit kopi .
Tahan kereta yg melakukan kesalahan di tepi jalan dikatakan tahan nak minta habuan .
Bila ada demostrasi , mereka mengawal dikatakan sengaja menimbulkan huru-hara .
Kalau kes dalam penyiasatan , dikatakan tidur tak buat kerja , makan gaji buta dan macam-macam lagi .

Bukankah itu sebahagian daripada kerja mereka utk menjaga keselamatan kalian ?
Diri anak isteri kalian ?
Paling menyedihkan .
Kisah hidup anggota polis dijadikan sebahagian daripada modal politik .
Apa kau ingat , nyawa manusia ini sama seperti kisah2 politk kau ?
Dan ada pihak yg memanggil anggota polis ini sebagai 'anjing' .
Jika mereka , anggota keselamatan kalian beri gelaran sebegitu rupa .
Kami ini siapa ?
Anak anjingkah kami ?
Isteri anjingkah ibu2 kami ?
Keluarga kami di kampung , adakah mereka keluarga anjing ?
Allahurabbi ! ! !

Siapa suka berdiri di tengah hujan dan terik mentari semata-mata untuk memastikan keselamatan negara terjamin .
Tinggal anak isteri berbulan-bulan lamanya .
Sakit anak isteri sendiri tidak mampu diuruskan berbanding sakit anak isteri org awam .

Kau suka ? ? ?
Kalau suka mohonlah kerja polis .
Cubalah rasa bagaiman peritnya ditinggalkan dan hilang tempat bergantung .
Bagilah pula isterimu , ibumu , berada di tempat kami .
Yg mana setiap kali ayah , suami , anak lelaki , adik2 kami bekerja .
Dan kami akan berasa tidak tenteram dan tidak tenang .
Cubalah rasa . . .

Jika nampak kereta peronda polis masuk ke halaman rumah .
Perasaan berdebar-debar bagai mahu gugur jantung bimbang jika dibawa berita tentang kematian atau kecederaan ahli keluarga yg sedang bertugas .

Aku punya ayah seorang anggota polis .
Ayah sentiasa mengingatkan kami adik-beradik serta anak2 saudaranya .
Jika besar , carilah pekerjaan yg lebih baik .
Kerana , ayah tidak mahu rasa perit dan cacian yg diterima diwarisi oleh saudara mara kami .

Pernah juga satu ketika .
Ayah pulang dari pejabat seperti biasa .
Baru buka uniform yg dipakainya .
Tiba2 ayah dapat satu panggilan kecemasan , yg memerlukan ayah serta rakan2nya yg bertugas di bahagian unit pemusnah bom berada di tempat kecemasan tersebut .
Tanpa sempat menikmati kopi yg disediakan ibu , ayah bergegas menyarungkan semula uniform dan bergegas keluar bekerja semula .
Dan pada hari tersebut , ayah pulan pada lewat malam .
Saat kami adik-beradik sudah masuk tidur , baru ayah pulang ke rumah .

Jujur aku katakan .
Khidmat ayah di cawangan persenjataan dan unit pemusnah bom lebih mencabar .

Pernah sekali aku terfikir .
Kalau anggota polis yg maut dalam perjuangan .
Berapa kerat sangat yg peduli .
Sudahlah tiada masa utk isteri dan anak2 .
Gaji pula tidak setimpal dgn tugas yg dilakukan .
Tetapi .
Jika sudah darah PERWIRA mengalir di dalam badan , tiada siapa yg mampu melawan takdir-Nya .
Dan aku juga pernah terfikir .
Mungkin satu hari nanti .
Anak2 anggota keselamatan hanya mengenali ayahnya hanya melalui gambar dan suara sahaja .

"Wahai kalian , keturunan perajurit kita ! ! ! 
Kuatlah ! ! !
Tidak apa jika dunia tidak berhenti mencemuh dan menghina kita .
Kita lebih kenal siapa ayah kita .
Lebih mengenali siapa suami kita .
Siapa anak kita .
Siapa adik2 lelaki kita .
Ingatlah wahai perajurit negara .
Kalian berkorban utk negara .
Utk keselamatan ahli keluarga kita .
Keselamatan masyarakat negara .
Bahkan masyarakat dunia .
Berjuanglah hingga ke titisan darah yg terakhir .
Doa kami anak2 . isteri serta ahli keluarga yg sentiasa menanti kepulangan kalian di perbatasan mengiringi setiap langkah kalian .
Semoga Allah SWT sentiasa melindungi kalian .
Insya-Allah . "

Selamat Hari Polis Yang Ke-208 .
Semoga kalian terus sukses dalam kerjaya dan amanah dalam setiap tugas yg telah dipertanggungjawabkan .
Moga Allah merahmati setiap langkah kalian yg bertugas utk mempertahankan kedaulatan negara .
Insya-Allah . .

p/s : Harini Sambutan Hari Polis utk ayah , dan harini juga sambutan Ulangtahun Perkahwinan utk ayah dan ibu . Selamat Hari Polis & Happy Anniversary utk ayah dan ibu . . .

Thursday 19 March 2015

I ❤ KPOP: "Maksiat Dengan Izin Allah" .

Insiden tiga remaja perempuan Muslim yang merelakan diri dipeluk dan dicium artis Korea cukup mengejutkan. Siapa sangka, gadis-gadis Melayu bertudung litup ini hanya membiarkan sahaja diri diperlakukan sedemikian rupa, dek kerana taasub dengan boyband pujaan mereka.

Fenomena Hallyu (Korean Wave) yang menyerang industri hiburan hari ini menyebabkan ramai remaja menjadikan artis dan selebriti Korea sebagai pujaan. Sebenarnya, tidak salah berhibur asalkan tidak melanggar syariat agama. Namun hiburan itu akan menjadi suatu yang haram apabila membelakangkan tuntutan syariat Islam. Seperti semut mengelilingi gula, begitu jugalah yang terjadi kepada mereka.

Gelombang Korea itu bukan satu benda yang boleh ditahan dengan tangan atau pun benteng penahan ombak. Fenomena Hallyu telah mendominasi sebahagian besar industri hiburan sehingga ramai kalangan remaja yang terpesona dengan budaya K-Pop. Jika dilihat dari sudut yang positif ia memberi kesan yang baik terutama dalam aspek hormat-menghormati sesama manusia.



Akan tetapi, dalam masa yang sama, terdapat juga impak negatif. Ini dapat dilihat melalui kontroversi yang berlaku terhadap tiga remaja perempuan terbabit. Isu kemudiannya menjadi semakin panas apabila remaja lain memberi maklum balas mempertahankan tindakan remaja terbabit dengan kenyataan 'Allah memberi izin mereka dipeluk'.

Kenyataan seperti ini memberi konotasi bahawa perbuatan maksiat jika ia berlaku bermakna Allah telah memberi izin ianya terjadi. Lantaran itu, Dr. Rosmawati Mohamad Rasit, Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) diminta mengulas bagi mencerahkan kesalah fahaman yang berlaku ini.

Memulakan bicaranya, ketika ini bahan komoditi daripada Korea telah menjadi kegilaan remaja seperti drama, muzik K-Pop, fesyen, makanan, bahasa dan juga budaya masyarakatnya. Hakikatnya, Korea kini merupakan antara 10 pengeksport budaya teratas dunia.

Jelasnya, keterujaan dan ketaasuban peminat Korean Wave yang tidak terkawal, menyebabkan mereka menjadi rapuh jiwa sehingga merelakan diri untuk dipeluk dan dicium oleh boyband di atas pentas.

Isu ini kemudia dipanjangkan pula dengan maklum balas daripada seorang remaja lain yang telah menjadi viral di laman sosial Youtube yang mempertahankan tindakan tiga remaja terbabit. Mungkin nawaitu asalnya baik, agar masayarakat tidak menghentam tindakan remaja terbabit secara membuta tuli dan terus menghukum tanpa memberi peluang kepada mereka.

Namun yang menyedihkan apabila ketidakfahaman remaja perempuan tersebut tentang konsep akidah dan ketuhanan menyebabkannya tidak memahami konsep 'dengan izin Allah' secara jelas. Antara pernyataannya ialah, "Bukan mereka diuji tetapi juga, mereka berada di atas pentas kerana izin Allah".

Hakikatnya, qadak dan qadar dengan keizinan Allah tidak boleh dimanipulasikan dengan fakta dan pernyataannya yang sewenang-wenangnya. Sebagai contoh jika kita berdoa kepada Allah dan apa yang didoakan tidak dapat. Adakah ketika itu kita menyangka Allah tidak akan mengabulkan doa kita?

Sedangkan sebagai seorang Muslim, bertakwa dan yakin kepada Allah seharusnya berfikir yang sudah tentu ada hikmah di sebalik semua itu berlaku. Sudah pastinya juga Allah S.W.T. akan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita kehendaki.

Dan, sekiranya tindakan dan amalan salah serta buruk yang telah dilakukan oleh hamba-Nya, jika diizinkan Allah berlaku, sebenarnya bukan bermakna ia sesuatu yang baik. Malah jika diizinkan berlaku adalah untuk menyesatkan pelakunya kerana kepercayaan yang dipegang selama ini.

Oleh itu, tegas Dr. Rosmawati, sebagai umat Islam, kepercayaan kepada enam rukun iman sangat penting sebagai interpretasi kehambaan kita kepada Yang Maha Agung. Orang beriman itu hidup, kerana itulah perintah untuk bertakwa perlu dihadam sebagai ketaatan kepada Allah dan Rasul dalam semua perkara yang diperintah juga dilarang.

Ketakwaan itu mampu menyucikan jiwa dengan melaksanakan perintah dan meninggalkan segala larangan. Apabila jiwa seseorang hamba itu suci, maka ia jelas jujur dan berada dalam kebenaran serta Allah akan melindunginya daripada perkara-perkara yang dibenci.

Firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 119 bermaksud, "Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang yang benar."

Justeru itu, tidak timbul kenyataan 'dengan izin Allah' pergi ke tempat maksiat seperti ke pentas konsert K-Pop kerana tindakan dan perbuatan itu sebenarnya perkara larangan serta maksiat yang menghilangkan kesucian dan ketakwaan kepada Allah.

Tuntasnya lagi, sebagai hamba Allah, perlu meyakini bahawa azab kemurkaan dan seksaan Allah tidak boleh disekat, kecuali dengan ketaatan kepada-Nya, seperti mana yang tercatat dalam ibrah para rasul sebelum ini.

Surah al-Insan ayat 3 ada menyatakan "Kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka sesungguhnya kami telah menunujukkan kepadanya (melalui akal dan rasul) akan jalan-jalan (yang benanr dan salah: Maka terserahlah kepadanya) sama ada ia bersyukur (dengan beriman dan taat) ataupun ia kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka)."



PILIHAN DI TANGAN KITA

Akui Dr. Rosmawati, setiap manusia mempunyai pilihan untuk membuat keputusan dalam hidup. Namun kadangkala terlepas pandang dengan membuat keputusan yang tidak tepat disebabkan pengaruh akal fikir dan nafsu.

Al-Ghazali membahaskan bahawa hati sebagai raja manakala akal sebagai menteri. Oleh itu dalam membuat sebarang tindakan keputusan, akal perlu rasional dalam mengemudi hati seiring dengan ketakwaan kepada Allah.

Maka itu terangnya, peranan agama sangat perlu dalam mendepani budaya popular demi mengekang serta membendung fahaman isme yang semakin merebak dalam kalangan masyarakat seperti liberalisme dan sekularisme.

Nilai budaya yang dipegang dan diamalkan seharusnya tidak bertentangan dengan nilai agama masyarakat Islam. Akidah kepercayaan sebagai Muslim yang kukuh imanlah sebenarnya yang menjadi asas keyakinan dengan segala ketentuan Allah.

Dalam pada itu, Dr. Rosmawati juga mengingatkan, setiap tindakan dan perbuatan sudah tentu dinilai secara praktikal oleh Allah. Apa sahaja perbuatan yang baik akan diberi ganjaran pahala, begitu juga sebaliknya jika kita melakukan maksiat dan dosa akan diberi hukuman setimpal. Jadi tidak timbul isunya di sini tentang pilihan yang dibuat dalam hidup ini kerana alasannya 'dengan izin Allah'. Ini kerana, manusia mempunyai pilihan sama ada untuk melakukannya atau tidak.

Setelah dihuraikan dengan jelas, Dr. Rosmawati menegaskan sekali lagi, sepatutnya tidak timbul pergi ke pentas konsert tersebut dengan izin Allah setelah keputusan dibuat untuk menghadirinya. Di situlah letaknya hikmah, mengapa Allah jadikan syurga dan neraka supaya menusia memilih jalan yang manakan harus diikuti?

Sumber: Majalah Al-Islam (April 2015)

Saturday 14 March 2015

Perginya Seorang Sahabat . . .


Bismillahirrahmanirrahim .
Assalamualaikum wbt .
Baru-baru nie , negara kita dikejutkan dgn satu kejadian kemalangan yg berlaku di Acheh , Indonesia yg melibatkan sekumpulan pelajar drpd Universiti Sains Malaysia (USM) . Berikutan kemalangan tersebut , seorang mahasiswa , Muhammad Izzamir Nabihan bin A. Majid maut manakala tujuh yg lain cedera .





Pada mulanya , aku agak keberatan nak update entry pasal kemalangan nie . Tapi , terkenangkan aku dan abang aku membesar bersama dgn arwah Abg Izzamir , aku gagahkan jari jemariku untuk menulis sesuatu yg boleh dikenang tentang diri arwah Abg Izzamir . Akhirnya , pagi nie aku jumpa kekuatan tersebut dan jari jemari aku laju menari pada papan kekunci .

Abg Izzamir yg aku kenal satu ketika dahulu , lemah lembut orangnya . Tak suka bergaduh dan mudah tersenyum . Jujur aku katakan , zaman kami main baling selipar , main kejar-kejar , main sorok-sorok adalah kenangan manis yg tak mungkin aku lupakan . Sebab , masa tak mampu diundurkan untuk aku kembali ke zaman tersebut . Jika mampu , ingin aku kembali pada masa kecil dan kumpulkan sebanyak yg mungkin kenangan manis dgn arwah Abg Izzamir dan kawan-kawan yg lain . Bagi aku , dia bukan je seorang sahabat , tapi dia juga abangku . Kerana kami membesar dan bermain bersama .



Kami sayangkan Abg Izzamir . Tapi Allah lebih menyayangimu . Air mata mengalir deras tatkala ibu sampaikan yg Abg Izzamir pergi menghadap Ilahi . Pada masa yg sama , ingatan terus melayang ke zaman masa kami bermain bersama satu ketika dahulu . Aku redha . Ini janji arwah Abg Izzamir dgn Allah . Tiba saat dan satu ketika , aku juga akan pergi menghadap Ilahi . Saat aku sampaikan khabar yg dukacita nie pada abgku , suaranya lain . Aku tahu dia menangis . Walaupun dia menafikan , aku lebih mengenali abgku . Along ada cakap , dalam perancangan dia , dia nak cari semula kawan-kawan yg pernah membesar bersama-sama dengan kami . Nak cari semula kawan-kawan yg pernah duduk di Blok39 bersama-sama kami satu ketika dahulu . Insya-Allah , moga Allah permudahkan apa yg dihajati . Walaupun kurang seorang rakan , perkara murni yg dihajati tetap akan diteruskan , agar jalinan silaturahim yg terjalin terus kukuh hingga ke Jannah Allah .



Pemergian Abg Izzamir memberikan satu tamparan yg hebat pada keluarga Pak Cik Majid dan Mak Cik Suria . Saat mereka sekeluarga diuji atas keadaan Pak Cik Majid yg sedang kritikal di Institut Jantung Negara (IJN) , keluarga mereka sekali lagi diuji apabila Abg Izzamir pergi menghadap Sang Pencipta . Sungguh , jika aku berada di tempat Mak Cik Suria , belum tentu aku mampu menghadapinya . Saat along sebak mengenangkan apa yg berlaku , ayah pesan padanya , "Yang pergi tetap pergi . Kita yg masih ada di muka bumi , perlu kuat dan bangkit untuk teruskan hidup di dunia Allah yg sementara . Itu janji arwah dgn Allah . Kita yg masih hidup , masih ada janji pada Allah yg belum kita tunaikan . Allah tak akan menguji hamba-Nya jika seseorang hamba-Nya tak mampu menghadapi ujian daripada-Nya . " Allahurabbi . Sehingga kini , Pak Cik Majid belum diberitahu tentang pemergian Abg Izzamir menemui Tuhan Yang Esa . Aku difahamkan , Pak Cik Majid masih belum dimaklumkan berita ini atas nasihat doktor yg merawatnya di IJN . Jujur , aku tak mampu bayangkan reaksi Pak Cik Majid bila dia mengetahui yg anak lelaki sulungnya telah pergi menghadap Ilahi . Moga Allah memberi beliau ketabahan apabila mendapat berita ini nanti . Insya-Allah .

Luahan hati Kak Intan (kakak arwah Abg Izzamir)

"Abg Izzamir , kami redha dgn pemergianmu menghadap Sang Pencipta . Moga tenang di sisi Tuhan Yang Esa . Moga roh Abg Izzamir ditempatkan di kalangan orang yg beriman dan berada bersama para syuhada' , Insya-Allah . Sampai saat dan satu ketika , kami semua akan menyusul . Semoga kita dapat berkumpul bersama-sama seperti satu ketika dahulu di Jannah Allah yg kekal abadi . Insya-Allah . Semua kenangan manis dan pahit yg telah tercipta takkan terpadam dalam memori ingatanku . "

Sahabatku . Moga dikau tenang di alam sana . Pemergianmu bukan sahaja mengejutkan diriku , tapi semua sahabat kita . Insya-Allah , satu hari nanti kita berjumpa di Jannah Allah yg kekal abadi . Al-Fatihah buatmu sahabat .

Buat Calon Suami .

Pernikahan atau perkahwinan .
Membuka tabir rahsia .
Isteri yang menikahi kamu .
Tidaklah sesempurna Khadijah .
Malah tidak sekuat Hajar ataupun Mariam .
Yang begitu setia dalam sengsara .
Justeru .
Isterimu hanyalah wanita akhir zaman .
Yang mempunyai cita - cita .
Untuk menjadi wanita akhir zaman yang solehah .

Pernikahan atau perkahwinan .
Mengajar kita kewajiban bersama .
Jika suami menjadi pelindung , isteri sebagai penghuninya .
Jika suami adalah nakhoda kapal , isteri sebagai navigatornya .
Jika suami bagaikan balita yang nakal , isterilah penuntun kenakalannya .
Jika suami menjadi raja , isterilah yang menikmati anggur singgahsananya .
Jika suami lemah tak berdaya , isterilah sebagai penawarnya .
Dan jika suami resah , isterilah yang memperingatkannya tentang kekuasaan Tuhan .

Pernikahan atau perkahwinan .
Mengajar kita perlunya iman dan taqwa .
Untuk belajar meniti sabar dan redha .
Kerana memiliki isteri tidak setabah mana .

Justeru .
Kamu akan tersentak dari alpa .
Kamu tidaklah semulia Muhammad .
Kamu tidaklah setaqwa Ibrahim .
Kamu tidaklah setabah Isa atau Ayub .
Ataupun segagah Musa .
Apalagi setampan Yusuf .
Kamu hanyalah pria akhir zaman .
Yang punya cita - cita .
Membangun keturunan yang soleh solehah .

Jika hati seputih awan , jangan biarkan ia mendung .
Jika hati sejernih air , jangan biarkan ia keruh .
Jika hati seindah bulan , hiasi ia dengan iman .