Wednesday 5 December 2012

Cuti Yang Bermanfaat . . :)

Arghh ! Cuti sekolah sudah menjelma . Tapi , dengar - dengar tiada sebarang perancangan daripada keluarga untuk ke mana - mana .
Hmmmm . . . 
Boleh jadi bosan kalau hari - hari duduk rumah nie kan . .
Jangan risau . . .
Walaupun you all tidak bercuti bersama - sama family , you all tetap boleh memanfaatkan cuti dengan melakukan aktivit - aktiviti yang telah disenaraikan di bawah ini . . .

1 - Piknik
 Mengimbau kembali waktu kecil dan permainan ' masak - masak ' , mungkin you all dan kengkawan boleh merancang satu masa untuk mengembalikan semula nostalgia tersebut di atas bukit berpohon redup atau mana - mana tempat yang sesuai . Mesti seronok dan banyak cerita - cerita lama yang akan keluar nanti .

2 - Gadis dan bunga
 Bagi yang suka bercucuk tanam , masa inilah you all nak fokus kepada semua bunga dan pokok - pokok yang ditanam . Kepada yang belum pernah mencuba , apa lagi , masa cuti nie lah you all belajar sesuatu yang baru . Lagipun , gurlz mana yang tak suka bunga , kan ?

3 - Teen Chef
 Rajin - rajin tolong ibu memasak di rumah dan kalau boleh , praktik resipi - resipi daripada chef terkenal dan beri kejutan kepada family . Pasti mereka akan terkejut dan kagum dengan you all . Kalau sebelum nie tak pernah memasak , sekaranglah masanya untuk belajar . Cuti kan lama . Macam mana nak jadi isteri orang nanti kalau tak pandai memasak ? Hehehehe . . . 

4 - Paper Art
 Beli buku atau cari di Google tentang paper art atau origami dan cuba buat sendiri . Pasti menarik . Boleh buat hiasan di ruang tamu atau bilik . Pasti kengkawan atau saudara mara yang datang akan bertanya nanti .

5 - Komuniti
 Untuk menambahkan kenalan dan bertukar - tukar pendapat , you all bolehlah menyertai mana - mana komuniti dan kelab yang sedang aktif di kawasan sekitar you all atau di seluruh Malaysia . Sekarang kan dah banyak kelab - kelab seperti kelab peminat artis Korea , kelab basikal Fixie , kelab peminat artis tempatan dan sebagainya . You all pilihlah mengikut minat .

6 - Youtube Superstar
 You all mungkin mempunyai bakat menyanyi , berlakon atau bermain alat muzik . Rugi kalau disimpan saja bakat itu . Apa kata kalau you all berlatih secukupnya kemudian rakam dan masukkan ke dalam akaun Youtube you all . Untung - untung boleh popular . Atau untuk lebih menarik , buat sebuah group bersama kengkawan dan cipta beberapa drama pendek dan rakamkannya . Selain berseronok , you all turut berfikir secara kreatif .

7 - Permainan bersama kengkawan
 Ajak kengkawan datang ke rumah dan main permainan seperti Sahibba , Saidina atau Jutaria bersama - sama . Pasti terhibur dan terisi masa lapang . Ia juga mampu membuka minda selain mengasah bakat dalam bidang pengurusan harta .

8 - Surprise !
 Berikan kejutan kepada orang - orang terdekat seperti family atau sahabat . Antaranya you all boleh buat mixtape dengan mengumpulkan lagu - lagu kegemaran si penerima ke dalam satu CD . Lepas tu , hiaskan bekasnya dan bungkus cantik - cantik . Pasti si penerima akan teruja .

9 - Kuasai bahasa kedua
 Cuti panjang adalah peluang untuk mempertingkatkan penguasaan dalam sesuatu bidang atau belajar sesuatu yang baru . Cuba you all berpakat dengan family atau kengkawan menggunakan bahasa kedua seperti Bahasa Inggeris sepenuhnya dalam masa sehari . Mungkin agak susah , tapi cubalah . Pasti berbaloi kerana dari situ you all boleh tahu di mana tahap penguasaan you all dan memperbaikinya .

10 - Peralatan sekolah unik
 Buat sesuatu yang unik dengan perlatan sekolah you all . Sebagai contoh , beg dan kotak pensil . Hiasinya dengan sulaman atau perhiasan - perhiasan yang memukau .

11 - Scrapbook
 Scrapbook adalah perakam memori yang sangat baik dan semakin lama disimpan , maka semakin tinggilah nilai nostalgianya . Cari kembali foto - foto kenangan you all bercuti bersama famili sebelum nie dan tuliskan caption di setiap foto . Hias secantiknya dan tunjukkan kepada family .

12 - Hias bilik
 Mungkin you all dah bosan dengan suasana bilik tidur sebelum nie . Sekarang adalah masa yang sesuai untuk mengubahnya menjadi istana idaman . You all boleh menampal wallpaper dan poster artis kegemaran , menyusun atur semula perabot agar bilik nampak lebih luas , atau mengemas barang - barang yang tidak digunakan diletakkan di tempat lain .

13 - Sertai kursus
 Cari info mengenai kursus - kursus yang bermanfaat dan sertai . Sebagai contoh , you all boleh mengambil kursus mekap , kelas komputer , atau kelas menjahit . Faedahnya adalah ilmu dan kenalan akan semakin bertambah .

14 - Bersenam dan bersukan
 Disebabkan komitmen dan kekangan masa sewaktu bersekolah , you all jarang bersenam dan mengambil bahagian dalam sebarang sukan . Apa kata sewaktu cuti sekolah nie you all ajak kengkawan berjogging atau berbasika sekitar taman . Boleh keluar peluh dan sihatkan badan . You all juga boleh main badminton , berenang atau menyertai senamrobik .

15 - Ziarah
 Ambil sedikit masa untuk menziarahi rumah kengkawan , saudara mara atau nenek dan atuk . Mereka pun pasti rindukan you all .

Tuesday 4 December 2012

Alahai . . Cemburu Buta ! !

Dalam percintaan , cemburu memang perlu ada untuk menunjukkan korang sebenarnya mengambil berat akan pasangan . Tapi , cemburu tu biarah berpada - pada , jangan sampai jatuh martabat korang sebagai gurlz yang bijak .

Ada banyak cara yang lebih efektif untuk mengawal keadaan dan memulihkan hubungan . Kalau betul caranya , boyfriend tentu akan lebih sayang kepada korang selepas tu .

YANG PATUT dan TIDAK PATUT . . .

1 - Boyz mula rapat dengan gurlz lain .

PATUT :-

Tenangkan diri . Jangan bertindak Terburu - buru .
Berterus terang kepada boyfriend bahawa korang tidak selesa melihatnya terlalu rapat dengan gurlz lain .
Lakukan lebih banyak aktiviti bersama boyfriend agar hubungan menjadi lebih rapat . Pergilah bersiar - siar ke taman , makan malam bersama atau menonton wayang .

TIDAK PATUT :-

Membuat keputusan dalam emosi , mengamuk malah memutuskan hubungan kerana cemburu yang tidak terkawal .
Menyerang gurlz tersebut dan mengugutnya agar menjauhkan diri daripada boyfrieng anda .
Melarang boyfriend anda bertemu dengan gurlz tu lagi .
Memaksa boyfriend anda menghapuskan nombor telefon gurlz tersebut termasuk akaun Facebook dan Twitter-nya.

2 - Boyfriend lebih suka meluahkan masalah kepada kawan gurlz-nya , iaitu kawan korang .

PATUT :-

Korang sepatutnya lebih mendekatkan diri dengan boyfriend . Mungkin dia kurang mendapat perhatian daripada korang .
Jangan mengongkong dia tetapi jadilah sahabat dan kekasih tanpa mengira waktu . Lelaki punya ego tersendiri dan tak mudah mengikut kata gurlz .

TIDAK PATUT :-

Menuduh kawan korang sebagai kawan makan kawan.
Memutuskan hubungan dengan boyfirend dan kawan serentak kerana menganggap keduanya lebih selesa bersama .

3 - Boyfriend masih menghubungi ex - nya .

PATUT :-

Cuba berfikiran positif . Apa salahnya jika dia hanya berkawan . Yang penting , dia jujur dan tidak merahsiakan hubungannya denga ex - girlfriend tersebut .
Korang kena jadi contoh yang baik dan sentiasa prihatin terhadap keinginan boyfriend . Tunjukkan bahawa memilih korang adalah satu yang betul .
Sekali - sekala tanya perkembangan antara boyfriend dengan ex - girlfriend dan lihat reaksinya . Lebih baik kalau korang dapat memujuknya agar mengajak ex - nya makan malam bersama .

TIDAK PATUT :-

Sentiasa memeriksa handphone , Facebook , Twitter boyfriend kerana risau they all masih berhubung . Paling dahsyat minta password dan tukar sim kad lain .
Selalu ikut ke mana boyfriend pergi kerana takut they all bertemu . Kadang - kadang upah spy di kalangan kengkawan untuk perhatikan .
Hilang percaya diri dan paranoid kerana sesungguhnya ex - girlfriend boyfriend korang lebih baik berbanding korang .

4 - Boyfriend lebih suka bersama kengkawannya .

PATUT :-

Boyfriend korang juga manusia . Dia tetap mahu bersama kengkawannya juga . Takkanlah asyik nak berkepit setiap masa , kan ?
Memang wajar gurlz selalu rasa sepi kerana diabaikan oleh boyfriend kerana they all sering menjadi terlalu leka apabila bersama kengkawan . Disebabkan itulah korang pun kena cari aktiviti juga . Hang out dengan kengkawan korang atau membaca novel .

TIDAK PATUT :-

Menjadi posesif dan menghalang boyfriend daripada selalu berjumpa kengkawannya .
Menyuruhnya memiih antara korang atau kengkawannya .
Tertekan dan menangis kerana diabaikan boyfriend .

5 - Boyfriend menumpangkan kawan gurlz-nya naik motor atau kereta .

PATUT :-

Selidik dahulu kebenaran khabar angin tersebut . Jangan terus percaya setiap kata - kata orang .
Jika benar , minta penjelasan daripada boyfriend terlebih dahulu . Mungkin ada sebab dia buat begitu .
Minta boyfriend kenalkan gurlz tersebut kepada korang . Kalau dia tidak keberatan , bermakna mereka benar - benar kawan biasa .

TIDAK PATUT :-

Menyerang gurlz tersebut dan menuduhnya sebagai perampas .
Berfikir yang buruk - buruk tentang apa yang mereka lakukan .
Minta putus tanpa menyelidik apa sebenarnya yang berlaku terlebih dahulu .

Make It Simple , Make It Fun !

Assalamualaikum . . First and foremost , aku nak mintak maaf sebab dh lama x update entry utk korang semua . Bukan saja2 . Tapi kekangan sebagai calon SPM 2012 memaksa aku untuk lebih menumpukan pada subjek2 yg lemah . Dan kini , aku sudah MERDEKA ! heheheh . Alhamdulillah , aku sudah cuba lakukan yg terbaik dlm peperiksaan tersebut . Masa2 yg diperuntukkan utk menjawab aku gunakan dgn sebaik mungkin untuk menjawab soalan2 yg diajukan . Now , forget for a while about SPM . For now , aku nak holiday dulu dgn family puas2 . Taknak dah fikir pasal pelajaran . Apabila masuk saja 01 - 01 - 2013 , baru aku akan memikirkan apa yg harus ku lakukan dlm tempoh HONEYMOON tu . heheheh .

Ramai org suruh aku bekerja sambilan . That's interesting idea . Tapi my daddy x bagi . Dia suruh duduk rumah diam2 . Kata daddy " BELAJAR MASAK " . Aku faham dah maksud daddy apa . Abg aku dulu pun x kerja . Dia abiz jer SPM , daddy terus sumbat dia masuk GIATMARA . Dari Giatmara tu la sekarang ni dia study utk Diploma dlm bidang Automotif kat Seremban . Alhamdulillah . Rezeki dia .

Aku pulak ? ? ? hmmm . . Apa2 pun jadi . Ambik lesen dulu . Dah ada lesen motor dgn kereta senang sikit kan . Boring2 boleh merempit dgn my mummy . hihihih . 

Okayy la . Aku out dulu . Insyaallah ada masa aku update lagi bebanyak . Bye guyz . Assalamualaikum .


MOOD : Bila separuh akhir Piala Suzuki nak start ! :(


Tuesday 9 October 2012

Being Single ! No Hal La . . .

Berstatus 'single' pada zaman sekarang adalah perkara yg biasa . Bkn sedikit gurlz yg memilih utk single tdk merasakan ada kekurangan dlm kehidupannya . Sungguhpun begitu , tak dinafikan bahawa ada saat - saat suka dan duka dlm menjalani hidup single . Btw , bagi aku . . . Not a big deal lah . . . Lebih - lebih lagi mcm korang nie . Sekolah pun tak abis lagi . Lebih baik fokus pada study dulu . Nanti - nanti jer la baru bercinta . . !



Memangla ada BF nie boleh menambah warna dlm hidup , tapi bukan bermakna hidup kita langsung tdk berwarna - warni tanpanya . Dlm situasi & waktu tertentu , ada kalanya menyandang status single lebih baik drpd ada BF ! Betul tak ? ** Kalau tak caya tanya kawan - kawan yg dah kembali single **

Adanya BF sering kali membatas ruang pergerakan kita , terutama dlm pergaulan . Jika masih ingin bebas berkawan dgn sesiapa saja , menjadi single mungkin menjadi keputusan yg baik . Bayangkan , setiap kali hendak hang out bersama kengkawan , korang harus meminta izin atau setidaknya memberitahu si dia ke mana hendak pergi . Alahai . . . kena hantar laporan lah pulak ! Kalau tidak boleh jadi gaduh nie ! Menjadi single , memberi ruang kpd korang menjalani kehidupan sosial dgn bebas & memilih kengkawan tanpa perlu berasa bimbang dgn perasaan seseorang .

Tak dinafikan , menjalinkan hubungan cinta dgn seseorang yg kita sayangi menyeronokkan & membuatkan hati sentiasa berbunga - bunga . Tapi , kisah cinta tak selalunya manis . Ada pertengkaran , perselisihan faham & cemburu di dalamnya yg boleh membuatkan kehidupan kita menjadi stress serta depresi . Secara tdk langsung , ia bkn sahaja mengganggu kesihatan , bahkan korang juga mungkin akan kehilangan fokus terhadap pelajaran . Tu yg tak eloknya bercinta time sekolah . !




Nasihat aku pada korang yg masih single atau sering dikatakan 'tdk laku' tu , jgn sedih oka . Korang tetap boleh menikmati hidup walaupun belum memiliki seseorang yg istimewa di sisi . Jgn biarkan status single tu mjd halangan utk korang berasa bahagia . Jgn berasa malu Atau rendah diri apabila melihat kengkawan korang yg sudah berpunya . Ada byk cara lain yg boleh korang lakukan utk menikmati hidup nie . Inilah waktunya utk korang menunjukkan potensi diri semaksimum mungkin . Korang juga bebas mjd diri sendiri & menggapai cita- cita tanpa dipengaruhi sesiapa pun .  

Wednesday 3 October 2012

Aku Tahu . .

Pertemuan semalam .
Manisnya bagai madu yang diteguk .
Segalanya indah .
Membalut hati resah untuk tenang .
Lupa pada kisah silam .
Yang pilunya bukan kepalang .

Pertemuan hari ini .
Terasa madunya kian susut .
Entah . . .
Tertahankan ia pada hukum alam .
Menghakis sirna yang mendatang .
Kekal pada azali kejadian .

Pertemuan hari esok .
Makin sukar untuk aku meramalkan .
Mungkin kemanisan itu akan hilang terus .
Tapi aku pasti .
Madu itu akan pasti kembali terisi .

Andai pertemuan dulu .
Diabadikan sebagai penentu hari ini dan esok .
Kau datang lagi .
Kala aku sendiri .
Kau datang lagi .
Menghamparkan duri - duri .
Menikam batin ini .
Dengan ganasnya .
Tiada rasa simpati .

Aku tahu . . .
Kau telah berjanji .
Akan mengheretku bersamamu .
Selagi aku bernyawa .
Dan terus berjuang .
Menuju jalan yang telah disuratkan .

Kau tak pernah puas .
Dengki dengan kejayaannku .
Benci dengan perlakuanku .
Malah kau campakkan aku .
Agar aku terjatuh seperti dirimu .
Usahlah dikau berselindung .
Aku tahu siapa engkau .
Dan aku tahu siapa aku . !



Monday 1 October 2012

Mimpi Yang Tak Sudah . .

Di saat aku membaca puisi cinta
Termanggu dan merintih sayu hati ini seketika
Takdir yang aku terima
Seperti tiada harapan lagi

Bukan aku tidak mencuba
Bukan aku tidak mahu
Bukan aku yang membuang
Tetapi dirimu yang lupa
Dirimu yang menyingkir
Dirimu yang menyisih
Daripada hati diriku

Aku . . .
Tiada daya lagi
Merawat luka ini
Membalut kesan yang kau tinggalkan
Hanya menyandar pada kenangan
Untuk sebuah harapan

Duhai malam . . .
Adakah ini suratan perpisahan ?
Duhai hati . . .
Tabahkanlah mengharungi liku - liku
Menjejaki kembali bahagia yang pernah tercipta !   

ARRGHHHH . . . Boyfriendku Seorang Playboy !

Tidak dapat dinafikan si buaya darat memang memiliki personanya yang tersendiri. Playboy atau the heart - breaker nie ternyata lebih hebat berbanding the nerds , the machos atau the funkies . Nak tahu sebabnya ? Jangan berhenti baca selagi belum habis ya !

MENGAPA PILH SI PLAYBOY !
Menurut Urban Dictionary , boyz playboy didefinisikan sebagai boyz yang berperwatakan memikat , optimis , humor , karismatik , dan pandai bergaul . Nah , bukankah itu yang diimpikan oleh semua gurlz ?

Boyz playboy juga tetap pendirian dan tidak mudah terpengaruh dengan trend atau perkara - perkara lain . Biasanya , they all lah yang menjadi trend setter . Lagaknya mampu menawan hati sesiapa sahaja .

Lebih menarik lagi , kebiasaannya gurlz pemalu yang lebih ramai terpikat dengan boyz palyboy nie . Begitu juga sebaliknya .Bak kata pepatah , semakin susah nak dapat , maka semakin susahlah nak lepas . Tak begitu ? Hee . . .


KELEBIHAN SI PLAYBOY !
 TIDAK PLASTIK .
Boyz playboy memang tidak pandai berpura - pura . They are being themself all the time ! Lantaklah apa orang nak kata , yang penting dia menjadi diri sendiri . Sejujurnya itu lebih baik daripada boyz yang nampak baik dan alim , tapi sebenarnya . . . hmm , tak perlulah nak cerita ya .

TIDAK MUDAH DIDUGA .
Bagi boyz yang baik - baik , sikap dan keinginannya mudah diduga . Kalau keluar dating , mesti jalan - jalan atau menonton wayang . Berbeza dengan si playboy . Boleh jadi hari nie dia akan meluahkan perasaan sayang dan rindunya dengan kata - kata teramat puitis dan esoknya pula , berubah 360 darjah . Sikap beginilah yang menjadikan hubungan tidak stagnant dan keinginan untuk menaklukinya semakin membuak - buak .

PANDAI MEMANJAKAN .
Boyz lain biasanya pemalu dan kurang bijak dalam memikat manakala si playboy pula boleh jadi terlalu agresif memikat dan sangat romantik .

NALURI KEIBUAN .
Perasaan mahu menjaga dan merubah itu pasti menyenangkan . Disebabkan itulah wujud naluri keibuan dalam percintaan . Berhadapan dengan si playboy . Tentu you all berharap suatu hari nanti they all akan berubah menjadi seorang yang baik , kan ?

SUKAR DIKAWAL .
Mesti bosan kalau dapat boyz yang menuruti setiap kehendak you all , kan ? Macam tak ada adventure sahaja . Tapi beranilah you all buat begitu pada si playboy . Pasti menyesal tak sudah nanti . Tapi yang menariknya adalah apabila dia bertindak curang , you all juga boleh membalasnya . Pasti dia akan melutut mencari you all kembali nanti .

THE NEXT STEP !

ACCEPT IT .
Kalau sudah ternyata you all sudah tidak boleh hidup tanpanya , you all perlulah bersabar dengan tingkah lakunya . Bukan kesabaran biasa tau , tapi sabar tahap dewa ! Yelah , bukan sekali dua dia akan mendua dan mempermainkan you all , tapi berulang kali . Jika api bertemu api , makin teruklah jadinya . Silap - silap boleh berlaku kekasaran ke atas you all . Berhati - hati dan good luck ya !

LEAVE IT .   
Kalau sudah sedar you all tidak mampu bertahan , jalan yang paling baik adalah putuskan saja . Tidak sepatutnya you all mengiyakan segala suruhan dan berkorban masa dengannya . You deserve better babe ! 

Monday 24 September 2012

Kenapa mesti aku ? ? ?

:: Bayangkan kamu mencintai seseorang , tetapi si dia tidak mencintai kamu . Tentu menyakitkan bukan ? Pun begitu , kamu akan lebih kecewa apabila kamu mencintai seseorang , tetapi tidak mempunyai keberanian untuk memberitahu apa yg kamu rasa . Percaya atau tidak , kamu memerlukan seminit untuk tertarik pada seseorang , sejam untuk menyukai seseorang , sehari untuk mencintai seseorang dan mengambil masa seumur hidup untuk melupakan seseorang yang kamu cintai . Begitu juga dengan aku . . 

:: Aku suka pada seseorang , namanya S . Tetapi aku memanggilnya GREENMEN kerana pada pandangan mataku , apa sahaja yang dipakainya mesti terselit sedikit warna hijau . Bak kata orang , cinta tidak boleh dipaksa . Ianya akan hadir tanpa kita sedari seperti yang aku rasakan sekarang . . 

:: " Untuk si dia , aku minta maaf jika kamu mengetahui aku menyukaimu dalam diam - diam . Aku tidak menegur kau kerana aku tahu aku tidak setaraf dengan kau . Aku hanya perempuan biasa . Sedangkan diri kau dan keluarga disenangi oleh semua orang . Aku tahu semua itu , walaupun kau tidak pernah berkata dan menunjuk pada semua akan perkara itu . Aku pernah mengalami kekecewaan dan kau tidak mahu mengulanginya lagi . Cukup ianya hanya sekali . . "

:: Aku sudah serik dan hati aku pedih apabila memikirkan perkara itu . Disebabkan itu juga , aku single sampai sekarang . Aku tahu aku tidak sesuai dengan dia , aku tahu itu . Tapi , takkan tidak ada satu peluang untuk aku memberitahu dan meluahkan perasaan aku ini pada dia ? Walaupun aku sudah menyukai kau buat pertama kali sejak aku memandang kau bermain futsal bersama sahabat - sahabatmu . Okayy . . ! Kenapa mesti aku ada perasaan ini pada kau ? ? ? ? ?

  

Monday 10 September 2012

Be Yourself Kerana Cantik Itu Dari Hati . . ♥

Assalamualaikum you all . Apa khabar ? Harap korang sihat dan bahagia selalu . Tak mahulah sedih - sedih okayy , nanti tak comel pula . Hee . . he . . he . . Tapi , perlu ke kita 'comel' sentiasa semata - mata mahu mencuri perhatian atau pun memuaskan hati orang lain ? Kalau tanya aku , jawapannya tentulah tidak , kan ?

Korang pasti sedar , sekarang nie ramai sangat orang yang sudah tidak menjadi dirinya sendiri . Mereka tidak menjadi apa adanya mereka . Bahkan mereka selalu berfikir bahawa mereka mampu menyenangkan serta menarik perhatian ramai orang dengan MEMALSUKAN diri mereka sendiri .

Itulah hati manusia , kan ? Padahal menjadi diri sendiri itu sebenarnya lebih elok dan seronok . Tak kisahlah . . . Sekalipun korang nie kurang cantik , tidak pandai bergaya , gemuk atau pun pendek . Tak percaya , cubalah korang belajar mengekspresikan diri sendiri dan menerima apa adanya dengan hati terbuka .

Korang tidak akan dapat menjadi diri sendiri jika korang tidak tahu , tidak memahami dan tidak mahu menerima kekurangan dan kelebihan diri korang sendiri . Pedulikan apa orang nak kata . Untuk jadi diri sendiri , korang perlu kuat untuk melepaskan fikiran - fikiran negatif . Jadikan pendapat , kritikan atau apa sahaja tanggapan orang lain terhadap korang itu sebagai 'penapis' sahaja . Tak perlulah sampai nak terbawa - bawa dengan emosi okayy ! kaorang perlu ingat bahawa korang juga mempunyai karakter yang positif dan mampu membuatkan orang lain bahagia . Maybe kengkawan rapat , family dan juga BF / GF korang .

Mahu tak mahu , kita wajar belajar menerima semua apa adanya dan belajar mencintai kekurangan diri sendiri . Biarpun kita tak sehebat , secantik dan sesempurna kengkawan atau orang lain , tapi kita tetap perlu menjaga kecantikan hati kita selalu . Biarkan cantik itu kekal abadi bersama hati dan jiwa kita yang tulus dan ikhlas kerana wajah comel yang memikat itu boleh kerepot dimamah usia , tetapi hati kita yang 'satu' itu akan tetap begitu sampai ke tua . Insyaallah .

Sunday 9 September 2012

Aku Tidak Percaya .

Assalamualaikum . Korang sume apa khabar ? Sory sbb dah lama aku x update . Bukan sajesaje . Tapi kesibukan aku semakin bertambah . Dengan TRIAL SPM yg tgh aku duduki sekarang nie . Maafkan saya . :)

Entry kali nie , aku nak tulis sesuatu yg masih lagu aku terkejut . Tentang sahabat aku yang meninggal dunia pagi tadi d'sbbkan oleh kemalangan . Jujur - sejujurnya , semalam masa Sambutan Aidilfitri kat sekolah , aku bersembang dgn dia . Biasa la sembang kawankawan . Tibatiba pagi tadi aku dapat tahu kata dia dah pergi . Astaghfirullah . Bertakung air mata aku . Hebatnya kuasa Allah . Perkara yg aku x sangka akan terjadi . 

Aku pergi ziarah arwah tadi . Kawankawwan sekolah dgn cikgucikgu pun ada . Saat aku menatap wajah dia , air mata aku mengalir . Aku beristighfar saat itu . Dalam hatiku , aku membacakan Al - Fatihah untuk arwah . Aku pinta pada Allah , tempatkan dia di kalangan orangorang yang beriman . Insyaallah .

Dia juga sahabatku walau pada zahirnya , aku tidak terlalu rapat dengan dia . Perkenalan pertama kami di kelas 6 Adam di Sekolah Kebangsaan Balik Pulau pada tahun 2007 . Tamat tahun 6 , kami samasama masuk ke SMK Seri Balik Pulau iaitu sekolah tempat aku menuntu ilmu dari tingkatan satu sehingga ke hari ini . Begitu juga dengan arwah .

Buatmu sahabat , semoga rohmu tenang di alam sana . Segala kesalahanmu telah ku maafkan . Apa yg terlebih dan yg terkurang dariku , aku halalkan semuanya . Semoga persahabatan kita akan kekal terjalin walau dirimu sudah tiada . Al - Fatihah buatmu sahabat .

Untuk sahabatsahabat blogger . Ingatlah , kematian itu tidak mengenal usia , masa dan tempat . Saya memohon , sedekahkan Al - Fatihah untuk sahabat saya tersebut , NUR SYAZANA BT. AZEMI yg telah kembali ke rahmatullah pada 9 September 2012 . Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya . Insyaallah .

Al - Fatihah .

♥ Misi Mencari Cinta Sejati . .

Ada beribu cara mendapatkan cinta , namun hanya sedikit yang menemui cinta sejati . Tidak semua orang beruntung , malah telah ramai yang kecewa dan gagal kerana CINTA .

Wajah yang elok dan duit yang bertimbun langsung tidak menjamin cinta sejati . Malahan, perkara - perkara tersebutlah yang selalu menjadi punca keretakan hubungan . Jadi you all jangan terus bingung memikirkan soal cinta sejati nie.

Langkah pertama :

KOMITMEN
  Memang benar cinta itu indah, lebih-lebih lagi di awalannya . Tapi, tiada siapa pun yang menjangkakan sad ending , kan ? Tapi, kalau sudah bukan jodoh, tiada apa yang mampu menghalang perhubungan daripada menemui jalan buntu. Jadi, untuk memastikan dia adalah 'orang terakhir' yang you all cintai, komitmen harus diletakkan paling atas . Komitmen nie boleh diertikan juga sebagai keterikatan . Lakukan apa sahaja yang boleh agar hubungan you all dan dia sentiasa terikat kerana apabila hubungan semakin terikat, maka semakin tinggilah komitmen . Sebagai contoh, you all sentiasa bersama dan membantu dalam setiap masa sulitnya .You all juga sudah beberapa kali membawanya berjumpa parents you all di samping sering berjumpa parents-nya . Ingat, perkara-perkara beginilah yang akan menjadi pelaburan dalam percintaan you all .  :)

Langkah Kedua :

PENGERTIAN
  Saat ditanya tentang ciri-ciri pasangan pilihan, yang pastinya salah satunya adalah pengertian . Walaupun klise, namun itulah sebenarnya kunci kebahagiaan setiap pasangan di dunia .Macam mana nak cinta sehidup semati kalau dia tak boleh mengerti you all dan sebaliknya ? Setiap hubungan pasti akan melalui fasa di mana kedua pasangan mulai bosan dan sering bertengkar kerana hal remeh - temeh . Setiap kali datang emosi untuk meledak , tahan dahulu dan cuba pendekatan - pendekatan berikut :

a) Kata - kata Penenang
Tarik nafas sedalamnya dan cuba lontarkan kata - kata seperti "Baiklah , I faham maksud you" , atau "I pun rasa macamtu juga . So you rasa apa yang kita nak buat ?"

b) Body Language
Elakkan bahasa tubuh yang 'memprovoknya' seperti memeluk tubuh , menghadap ke arah lain dan menunding jari .

c) Cari Titik Masalah
Daripada you all bertengkar tanpa penyudah , lebih baik memanfaatkan masa yang ada dengan mencari titik masalah . Cuba lihat adakah perkara tersebut pertama kali berlaku atau terkumpul daripada beberapa peristiwa sebelum nie .

d) Mengaku Salah
Setelah meluahkan perasaan masing - masing dan mengenal pasti masalah , adalah lebih baik you all memberanikan diri untuk meminta maaf dan mengajak pasangan bertenang dan memikirkan penyelesaiannya bersama - sama .

Langkah Ketiga :

TOLAK ANSUR
Bila wujudnya komitmen dan pengertian , pasti akan ada tolak ansur . Tolak ansur bukanlah bermakna you all harus selalu mengalah dengan kehendaknya tetapi menerima ketidaksempurnaan pasangan dan pasangan dan sanggup berubah demi kebaikan bersama . Misalnya , takkanlah dia sanggup melupakan hobinya bermain futsal setiap minggu demi you all ? Kalau dia sanggup berhenti merokok demi kebaikan bersama , itu barulah tolak ansur yang terbaik . 

10 Ciri Hubungan Sihat !
Benar - benar mencintai antara satu sama lain .
Mempercayai pasangan .
Sentiasa jadi diri sendiri bila bersamanya .
Bersikap terbuka dan mendengar setiap keluhannya .
Bebas menyuarakan pendapat masing - masing .
Masih boleh bergembira tanpa dia di sisi .
Tidak bersikap kasar .
Punya sedikit persamaan .
Tidak mengkritik pasangan .
Dapat menerima bahawa dalam percintaan pasti ada pasang dan surutnya . Bila berhadapan dengan masalah , you all tidak terus moody dan berfikir dunia sudah berakhir .

Saturday 8 September 2012

TEMAN...

: Bila tubuhmu lesu dan hilang semangat, ALLAH tahu betapa kamu telah mencuba sedaya upaya..

:: Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan, ALLAH telah mengira setiap titis air matamu..

:: Bila dirimu telah terlanjur melakukan dosa, ALLAH sentiasa menunggu taubatmu..

:: Bila kau telah mencuba segalanya tetapi masih tak berhasil, ALLAH mengumpulkan segalanya untuk satu saat yang tak terduga..

:: Bila hatimu telah mengecapi kemanisan iman, ALLAH telah berada hampir padamu untuk kurniakan kejayaan hakiki..

Aku Redha Dengan Segala KetentuanMu

Saturday 11 August 2012

Sendiri Itu Terapi



Siapa kata sendiri itu tidak bahagia? Tidak menggembirakan? Zahirnya, orang mungkin nampak seseorang yang bersendirian itu menyedihkan kerana kekosongan tanpa ditemani. Namun, pada hakikatnya mereka yang bersendiri itu lebih bahagia sebenarnya.


Bila sendiri, kita mempunyai banyak ruang untuk muhasabah diri. Biarpun sendiri, kita tetap takkan berada dalam relung kesunyian. Kerana dengan bersendiri, kita mampu merasai kehadiranNya di sisi kita. SubhanaAllah! Mampu untuk merasa redup kasihNya yang lagi menenangkan.


Sendiri, mengajar kita untuk memperbaiki diri sendiri tanpa gangguan dan halangan daripada mereka-mereka.

Sendiri itu terapi. Terapi untuk menguatkan iman. Terapi untuk perbaiki hubungan dengan Sang Pencipta. Terapi untuk memperbaiki habluminnanas (hubungan sesama manusia). Terapi untuk membetulkan setiap yang sumbang.


Kerana, dengan bersendiri, seseorang mampu untuk berfikir dengan rasional tentang segala hal duniawi mahupun ukhrawi. Mampu membuatkan seseorang mencari kembali dirinya yang telah hilang. Mampu menilai antara kaca dan permata. Mampu membezakan antara hitam dan putih.


Sendiri itu juga terapi untuk menghapuskan parut-parut dosa yang dilakukan. Apa gunanya berteman seandainya diulit dengan cengkaman dosa? Tentulah hati takkan tenang apabila dosa-dosa tersebut menghantui. Astargfirullahalazim...


Sesungguhnya, sendiri itu terapi yang indah. Terlalu indah bagi mereka yang benar-benar memahami istilah sendiri. Allah SWT ciptakan sendiri itu untuk mengembalikan semula hambaNya yang 'hilang'. Dia biarkan kamu yakni insan yang terpilih untuk bersendiri hanya semata-mata inginkan kamu kembali ke jalanNya. Bukan untuk menghukum kamu. Sebaliknya, untuk menyatakan kasih sayangNya kepada hamba-hambaNya.

Jadi, janganlah bersedih apabila sendiri. Bersangka baiklah dengan Allah. 


Allah SWT berfirman:

"Aku akan bersama (mengikut) sangkaan hamba-hambaKu. Maka hendaklah kamu bersangka dengan apa yang kamu inginkan" (Hadis Qudsi Riwayat At-Thabrani)

Percayalah, setiap keadaan atau peristiwa itu mempunyai hikmah yang kadangkala dapat kita fikir sendiri (namun kadangkala hikmah itu tidak dapat difikir oleh kita manusia biasa). Ingat, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.


"...boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu."
(Surah al-Baqarah, ayat 216)


Biarlah kita buruk dan hina pada pandangan manusia, namun cantik dan suci pada pandangan Allah SWT :)

Wallahualam...

** Sumber : www.iluvislam.com