Saturday 9 July 2011

Hanya yang biasa...

Baru-baru nie aku terjebak dlm kemalangan minda. Tapi syukur Alhamdulillah aku masih mampu tersenyum dan tertawa bersama sahabat-sahabatku serta melupakan seketika mindaku yg sedang kacau itu. Bukan main-main. Benar dan sungguh aku masih dapat tersenyum dengan tenang. Selalunya bila aku terjebak dalam kemalangan minda nie. Ada antara sahabat aku akan berkata :

"nie muka masam mesti ada masalah"

" nie muka x manis mesti bad mood"

"muka masam mesti ada anything problem kan"

"muka x senyum mesti jiwa tengah kacau kan"

Tapi berbeza dengan situaasi baru-baru nie. Aku hanya mampu senyum bila ada antara sahabatku membuat aku marah. Sampaikan ada antara sahabatku yang datang sendiri minta maaf dekat aku kerana kesalahan mereka yang membuat aku marah sambil tersenyum. Hehehehe.

Bagi aku x ada apa yang membahagiakan aku selain bersama orang-orang yang aku sayang iaitu kawan-kawan kat sekolah, cikgu-cikgu yang mengajar aku and specially my family. Aku ada terbaca satu artikel tentang sesuatu perkara. Tapi aku lupa tajuk artikel tu. Biasala... Orang dah tua. Sebab tu lupa. Artikel tu yang aku ingat adalah tentang sebuah senyuman. "Senyum tu adalah satu sedekah. Kalau kita gembira mesti kita senyum. Kalau bersama kawan-kawan mesti kita senyum. Kalau kita jumpa boyfriend @ girlfriend kita pun mesti kita senyum kan. tapi apa salahnya jika jiwa kita sedang kacau, jiwa kita ada satu permasalahan kita senyum. Walaupun susah nak senyum. Cuba juga untuk sentiasa tersenyum. Fikirkan hanya satu. Senyuman yang ikhlas akan membuat kita ceria sepanjang hari."

Dan akhirnya. Kerana artikel tu aku senyum sentiasa. Sekarang aku dak setkan dalam mind aku. Walau ada apa-apa masalah atau kemalangan jiwa yang berlaku dekat aku. Aku akan cuba juga untuk tersenyum. Sebab    aku nak happy walaupun ada masalah dan kemalangan jiwa.

Ok la. Sampai sini dulu entri aku kali nie. Walaupun entri aku nie hanya la sekadar yang biasa. Insya-Allah aku akan cuba fikirkan apa cerita yang best untuk dikongsikan dengan sahabat-sahabatku di sini. Sampai kita bertemu lagi di entri yang lain. Salam ukhwah dariku buat semua. Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment