Sunday, 13 March 2016

Pemergian Yang Tidak Diduga...

Assalamualaikum...

Bismillahirrahmanirrahim... Alhamdulillah, dapat juga luangkan sedikit masa setelah sekian lama jejariku tak menari di atas keyboard laptop... Disebabkan kekangan masa dan kemudahan internet yang tidak mengizinkan. Sejak habis belajar bidang jahitan di Giatmara, semuanya berubah. Mana taknya, nak cari duit sendiri, kena la rajinkan diri sikit untuk cari job... Hehehe...

Sebenarnya, update kali ni mengenai kehilangan seorang insan yg sangat disayangi, Tokwan (cheq oghang Kedah)... Pagi Jumaat haritu, lebih kurang jam 6:20 pagi, tokwan kesayangan cheq telah kembali kerahmatullah setelah 7 tahun sakit disebabkan strok... Sakit yg tokwan hidapi selama ni, takdalah teruk mana. Walaupun diserang strok, lebih kurang 5 tahun tokwan bergerak guna kerusi roda. 2 tahun kebelakangan ni je tokwan terlantar sakit dan tak mampu nak bergerak sendiri. Makan minum kena suap. Apatah lagi nak ke tandas. Tapi tu semua tak penting. Yang penting keikhlasan kita tolong dia.. Kan...

Walaupun aku dan family takda kat sisi tokwan masa dia 'pulang' menemui Sang Pencipta. Aku tahu, dia dah tenang dan bahagia kat sana. Saat terima perkhabaran yg tokwan dah 'pergi', air mata mengalir laju. Laju sangat. Mana taknya, malam tu tok telefon. Tok cakap, tokwan dah dua hari tak makan. bagi minum air pun, cuma satu sudu je boleh telan. Tiba-tiba lepas Subuh pagi Jumaat tu, dapat perkhabaran yg tokwan dah tinggalkan kami semua. Apa yg mampu aku buat waktu tu. Tak ada. Tak ada apa yg aku mampu buat. Perancangan kami sekeluarga, sepatutnya semalam (sabtu) kami nak balik jenguk tokwan sebelum ayah hantar aku balik ke Selangor. Tapi kami tak sempat balik. Tokwan yg 'balik' dulu. Takpa... Aku redha. Walaupun masa sampai kat kampung halaman, cuma mampu melihat jasad tokwan yg dah kaku. Aku redha. Kesakitan yg tokwan tanggung selama nie dah pulih.

Tokwan.. Tiada kata-kata yg mampu diungkap saat terima perkhabaran yg tokwan dah pergi. Kami redha. Walaupun takda kat sisi tokwan pada saat2 terakhir, kami terima pemergian tokwan dengan redha. Rehatlah dengan tenang. Tidurlah dengan lena. Nantikan kami menyusul selepas tokwan. Pemergian tokwan pada pagi yang mulia. Lena tokwan pada penghulu segala hari. Moga Allah SWT melimpahkan kurnia dan rahmatNya pada roh tokwan. Moga Allah mempertemukan kita sekeluarga di sana satu hari nanti. Insya-Allah. Rehatlah...Tidurlah... Di bawah naungan dan kasih sayang Ilahi. Bila tiba masanya, kita akan bersua lagi. Terima kasih untuk kasih sayang yg tiada penghujungnya...

Sayang peluk cium...
Al-Fatihah..
Moga tokwan tenang disana...

p/s: Sapa lagi #TeamMereput seperti saya. Angkat tangan... Kita geng..

No comments:

Post a Comment