Monday 2 May 2011

Andai Lelaki Tahu

Andai lelaki tahu...
Apabila seorg perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya...

Andai lelaki tahu...
Apabila seorg perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukanlah bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu...

Andai lelaki tahu...
Apabila seorg perempuan marah, mmg dia tidak mampu mengawal perasaannya. Tapi percayalah, itulah maknanya dia sgt mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat shaja pasangan yg baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin banyak pula pertelingkahan yg berlaku...

 Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak bermaksud utk membuat anda rimas. Tapi dia mahu lelaki mengenalinya dgn lebih dekat...

Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya. Tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda...

Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang. Tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yg masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yg diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yg terbaik untuk anda...

 Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan merajuk, jgn kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dgn wang ringgit @ hadiah sedozen, tetapi cukup dgn perhatian yg boleh buat perempuan rasa dihargai...

Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan mengatakan "I LOVE YOU", itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasa sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata2 tetapi jua bahasa tubuhnya...

Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan kata indu sama kamu, dia benar2 maksudkannya. Apabila berjauhan, bayangmu akan sentiasa bermain di mata...

 Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jgn percaya kata2nya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yg terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yg terbaik di hatinya. Selagi dia dgn kamu, percayalah, walaupun perempuan masih menganggap masih ramai lagi yg lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yg terbaik...

 Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud utk menjadi degil tapi dia mau melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dgn kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sgt lembut. Andai kena caranya, jgn terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dlm masa sesaat...

 Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan berkata "TOLONG TINGGALKAN SAYA", dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar2 menyintai anda. Perempuan sukar mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yg paling menyayangi anda dan sgt sensitif dgn perubahan pada diri anda...

Andai lelaki tahu...
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dgn perempuan itu dgn perbezaan yg tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan. Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yg bakal menjadikan lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perenpuan itu tampak lemah tetapi dia punya kekuatan tersendiri yg bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya...

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dlm hidup anda kerana dia didatangkan bukan dgn kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yg terbaik utk anak2 anda... 

No comments:

Post a Comment