Sunday 15 May 2011

SELAMAT HARI GURU..

Assalamualaikum semua ! :)
-Tak jawab dosa.. Jawab... Sayang..

Tengok title post pun korang sume dah tahu kan aku nak cerita pasal apa?? heee....

mestilah nak cerita pasal hari guru tak kan pasal hari lain pulak kan...

Firsly, aku nak ucapkan selamat hari guru untuk semua guru2 di Malaysia khususnya guru2 yang telah mengajar aku semasa  kat TADIKA ISLAM AN-NUR, PRASEKOLAH SK SUNGAI BESI, SK DESA TASIK, KUALA LUMPUR semasa kat SK BALIK PULAU dan sekolah yg sekarang SMK SERI BALIK PULAU, PULAU PINANG.. Pengorbanan serta jasa guru tak akan dapat kulupa..

Bagi aku.. Guru adalah ibu bapa kat sekolah.. Mmg patut cikgu2 marah kita kat sekolah bila kita buat salah.. kalau dia tak marah or tegur, maybe kita tak akan sedar apa kesalahan or kelemahan kita kat sekolah..

Sepanjang hidup aku.. ramai dah guru yang aku jumpa.. lain cikgu lain perangainya dan lain tahap kegarangannya.. tapi best jugak dapat cikgu garang sebab selalunya kalau cikgu2 garang buat lawak mesti kita ketawa... ye tak? mesti punya arr... huhu..


Kat sini aku nak story jugak pasal cikgu2 yang mendidik aku dari la tadika sampai sekarang... sebab tu la aku rasa semangat sangat2 nak belajar..sebab ayah dengan ibu selalu ingatkan kan jasa dengan pengorbanan cikgu2 sangat besar.... Masa kat KL dulu.. Cikgu2 memang best n garang2... Kalau garang tu.. Memang garang habis.. Nk cerita pasal cikgu2 tadika...x ingat sangat... Tpi ingat cikgu time prasekolah jer la..tu pun sebab cikgu tu jiran kat kawasan perumahan dulu... tapi cikgu tu memang best...  Kalau time kat SK DESA TASIK pulak... yang alyaa ingat sampai skarang ialah EN. NIK MOHD ARIF... memang best r cikgu nie... yang alyaa ingat.. dia ajar matematik... dahtu guru kelas time aku darjah 5 dengan 6... nama cikgu pun dah sama dengan nama kelas tau... kelas 5 & 6 ARIF... memang dah same dah... (p/s : cikgu nik..bukan nak perli cikgu taw..) tapi aku duduk kat kelas 6 ARIF just sebulan jer sebab kena pindah ke PENANG...iautu tempat tinggal aku sekarang di BALIK PULAU...maklumlah..jadik anak polis nie..kena la pindah sana sini kan.. masuk thun nie dah 4 tahun aku tinggal kt PENANG... tu yang sesat skolah sampai SK BALIK PULAU... heee...

Kalau nak ingat kat SK BALIK PULAU memang banyak cikgu yang aku ingat sampai sekarang...cikgu yang aku rindu giler nak jumpa ialah PN. HAIRIESYA, PN. AIDA, PN. RUSMALIZA dengan EN. FUAD... x dilupakan jugak... EN. RIZWAN dengan SIR ADZRUL... lama dah xjumpa cikgu2 nie sejak2 masuk sekolah menengah nie..

Kat SMK SERI BALIK PULAU plak.. cikgu yang paling aku sayang ialah arwah PN HAJAH ZAURA... Cikgu Zaura memang best... kalau dia berucap kat depan... pergh.... memang menusuk kalbu... tapi sayang... cikgu pergi terlalu awal... sebelum alyaa ambik result PMR tahun lepas... cikgu meninggal sebab eksiden... memang sedih bila dapat tahu time dia meninggal... sebab kat sekolah hari jumaat hari terakhir sekolah tahun lepas... alyaa salam dengan dia and then dya pesan belajar rajin2.. jangan tinggal solat dan dengar cakap ibu dengan ayah... I MISS U CIKGU ZAURA.. AL-FATIHAH WT CIKGU...semoga roh cikgu ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..Insya-Allah..

Yang tadi pasal cikgu Zaura.. sekarang nie pasal Cikgu Ezuari pulak... Bagi aku... Jasa cikgu Ezuari kat memang besar.. sebab nak PMR tahun lepas.. time percubaan matapelajaran matematik aku gagal....atas nasihat warden asrama tahun lepas iaitu Puan Norhayati  aku mintak tolong dengan cikgu Ezuari... dengan pertolongan cikgu Ezuari... dan hasil usaha aku nak lulus... matematik PMR tahun lepas dapat B.. Alhamdulillah.. terima kasih cikgu... 

Bukan hanya cerita2 cikgu2 yang kat atas je yang aku nak cakap..kalau nak story semua..memang penuhla entry nie..semua cikgu aku sayang..semua cikgu banyak berjasa kat aku...jasa cikgu2 semua memang x boleh nak dibalas dengan wang ringgit..hanya kejayaan je yang boleh dibalas untuk cikgu2 ..Insya-Allah..aku akan cuba yang terbaik untuk masa depan...

Lastly... Aku nak ucap SELAMAT HARI GURU buat semua cikgu2 yang dah ajar aku selama nie... aku janji akan ingat segala tunjuk ajar & nasihat yang cikgu2 semua dah berikan... Insya-Allah...mungkin satu hari nanti dengan hasil penat lelah cikgu2 mengajar, aku berjaya sambung belajar sampai ke menara gading.. mudah2han la....
bagiku, jasa cikgu2 memang besar...cikgu2 sanggup berkorban masa mereka untuk melihat anak2 murid mereka berjaya... aku doakan semua cikgu2 yang pernah ajar aku sentiasa sihat walafiat dan berjaya dalam bidang perguruan nie... Insya-Allah...

SELAMAT HARI GURU.. (,")**(",)

No comments:

Post a Comment