Wednesday, 2 March 2011

Surat Untuk Ex - Boyfriend


Assalamualaikum

Hai awak ,


Apa khabar ? sihat ? macam mana dengan kehidupan awak sekarang ni ? mesti bahagia kan disamping orang tersayang . Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf jika selama perkenalan kita ni saya ada buat salah dan silap yang menyinggung perasaan awak . Tujuan saya menulis surat ini adalah hendak meluahkan segala yang terpendam didalam hati saya selama ini yang awak tidak tahu . Saya tahu yang saya ini tak seperti yang awak harapkan dan saya juga tahu yang awak tiada niat untuk sakitkan hati saya mahupun permainkan perasaan saya . Saya sebenarnya happy sangat dapat kenal dengan awak , kerana saya kenal dengan awak masa saya tengah bersedih dan awak lah yang menghiburkan hati saya . Terima kasih awak sebab awak selalu bagi nasihat dan kata2 semangat dekat saya , awak juga berikan saya kasih sayang , terima kasih banyak2 awak .
 

Tetapi mengapa saat pertemuan kita hari itu awak tidak berani nak menyuarakan isi hati awak yang awak hendak minta putus dekat saya ? mengapa awak ? saya tahu awak tak sengaja nak buat saya macam itu , kalau saya tidak tanya mesti awak takkan bagi tahu kan ? awak bagi tahu yang awak kena pindah dari Kuala Lumpur dan awak kata yang hubungan jarak jauh akan menyusahkan saya awak takut nanti awak tak dapat nak tumpukan perhatian dekat saya . Tapi awak , saya tak kisah dengan semua itu sebab sekarang pun kita berjauhan kan dan kita masih seperti dulu.
 

Hal yang mengejutkan saya ialah apabila kawan saya korek rahsia dari awak dan apa yang saya dengar dari dia adalah lain dari yang awak bagi tahu saya . Kenapa awak berbohong dengan saya ? kenapa awak perlu sembunyikan hal yang sebenar ? kenapa ?  kalau awak rasa saya tak boleh terima , awak salah . Saya tahu yang awak masih lagi teringatkan EX awak masa awak berkawan dengan saya tapi masa tu saya tak ambik kisah pun sebab awak kata yang awak dah tak nak dekat dia . Saya kecewa dengan sikap awak sebab EX awak datang balik nak dekat awak dan awak sanggup terima dan awak putus dengan saya walaupun awak tak cakap depan2 . Dulu awak juga kata yang dia curang dengan awak dan awak tak nak dah dekat dia tapi sekarang dia datang pujuk awak yang dia tak akan buat lagi awak terus terima dia dan awak tinggalkan saya . Saya sgt kecewa dgn sikap awak . Mana janji awak dulu ? Mana kata2 awak dulu ? Apa yg awak lakukan memang saya tak boleh terima !
 
Biarpun kita sudah tiada apa2 saya tetap doakan kebahagiaan awak dengan si dia akan berkekalan . Jadi saya tidak akan bersedih dengan perpisahan ini . Hanya yang saya inginkan dari awak . Lupakan saya . Jangan ingat saya lagi . Saya minta awak pergi jauh2 dari hidup saya . Saya tak nak ada kaitan dgn awak lagi dah . Lupakan juga semua kenangan kita . Akhir kata dari saya , awak jagalah diri baik2 ye , salam terakhir dari saya . Semoga awak bahagia dgn hidup awak sekarang .

Assalamualaikum .

1 comment: