Tuesday 20 December 2011

Buat Awak Yang Saya Sayang .

Buat awak yang saya sayang .
Saat waktu bersama awak .
Sayalah orang yang paling gembira sekali .
Kerana mendapat cinta dan kasih sayang dari awak .
Saya inginkan awak bahagia bersama saya .
Bukan kerana harta .
Juga bukan kesempatan .
Tapi kerana cinta saya terhadap awak .


Mungkin saya merimaskan awak selalu .
Tapi saya harap awak sentiasa selamat .
Dan gembira dengan kehadiran saya dalam hidup awak .
Dengan adanya saya di sisi awak .
Saya yakin awak akan berasa sangat selesa .
Kerana setiap saat masa yang saya ada .
Saya mengingati awak .


Kerana awak .
Hidup saya menjadi amat bermakna sekali .
Kerana awak .
Hari-hari saya menjadi lebih indah .
Kerana awak .
Mimpi-mimpi saya mungkin menjadi nyata .
Kerana awak .
Saya tekad untuk melakukan yang terbaik .
Kerana awak .
Saya tekad untuk memperbaiki kelemahan saya .
Kerana awak juga .
Saya teruskan hidup walau awak bukan milik saya .
Kerana awak juga .
Saya mengalirkan air mata yang bagi saya amat bermakna .


Tidak pernah saya berfikir .
Untuk mengalirkan air mata cinta dalam hidup saya .
Awaklah insan yang membuatkan air mata saya mengalir .
Kerana cinta .
Dan air mata itu .
Tidak akan mengalir lagi untuk cinta .


Awak yang tersayang .
Saya bukanlah perempuan yang luar biasa .
Yang tidak pernah melakukan khilaf .
Tetapi kerana saya adalah perempuan yang biasa .
Saya tidak pernah terlepas .
Dari melakukan kekhilafan yang lazim dilakukan .
Oleh manusia biasa .
Kerana saya adalah manusia biasa .


Setiap kenangan kita .
Akan saya abadikan dalam memori kehidupan saya .
Sama ada awak menjadi milik saya atau tidak .


Saya sering tertanya-tanya .
Kenapa awak percayakan kata-kata orang lain .
Dan tidak pernah mendengar penjelasan saya ?
Pernahkah saya membelakangi awak .
Dalam setiap keputusan yang saya buat ?


Kenapa awak tidak memberikan saya peluang .
Untuk membela diri .
Disaat awak bermain .
Dengan persoalan-persoalan di minda awak .


Adakah awak masih sayangkan saya .
Seperti saat kita bersama dulu ?
Adakah awak sudah melupakan saya .
Yang pernah hadir dalam hidup awak ?
Adakah pelangi dalam diri awak .
Sudah semakin pudar ?
Adakah matahari awak .
Sudah berlalu pergi ?


Awak .
Saya tetap menunggu awak .
Walaupun sekadar dalam mimpi .
Kerana saya masih sayangkan awak .
Sama seperti saat kita bersama dulu .

Sememangnya saya rasa bersalah terhadap awak .
Kerana .
Gagal mempertahankan cinta kita .
Seolah-olah .
Saya bagi awak .
Seorang perempuan yang tidak bertanggungjawab .
Dalam menjaga kepentingan awak .


Bagi awak .
Saya hanyalah persinggahan dalam hidup awak .
Kerana .
Badai yang peernah melanda diri awak .
Sebelum saya hadir .


Saya inginkan awak kembali .
Untuk meneruskan .
Perjalan cinta kita .
Yang terhenti di perhentian pengharapan .
Saya inginkan awak kembali .
Untuk saya membuktikan .
Bahawa saya memang diciptakan untuk awak .
Dan awak diciptakan untuk saya .

No comments:

Post a Comment