Thursday, 17 November 2011

Maafkan Saya..

Ditujukan khas buat yang tersayang . . .

Awak ,
Maafkan saya kerana selalu mengungkit kisah silam awak .
Dan kemudian sakiti hati sendiri .
Sedangkan Awak tidak pernah sekali .
Mempertikaikan kisah silam saya .
Jauh sekali awak bertanya .
Maafkan saya .

Maafkan saya kerana selalu fikirkan yang bukan-bukan .
Walaupun saya tahu itu akan merosakkan hubungan kita .
Tetapi .
Sifat ini seolah-olah sudah sebati dalam diri .
Tapi awak selalu meneutralkan perkara tersebut .
Maafkan saya awak .

Awak .
Maafkan saya kerana selalu cemburukan Ex-GF awak .
Sedangkan awak dah berkali-kali kata yang .
Perkara yang lepas itu lepas .
Dan tidak mungkin awak kembali dengan dia .
Tapi saya tetap mempertikaikannya .

Maafkan saya kerana selalu memberontak .
Setiap kali awak memberi nasihat .
Walaupun saya tahu saya salah .
Tapi umpama menegakkan benang yang basah .
Dan tiap kali itulah awak menenangkan saya . :(

Awak .
Maafkan saya kerana selalu menyusahkan awak .
Agar menuruti kehendak awak .
Kerana awak kata .
Sebelum ini saya merungut .
Kasih sayang awak tidak cukup .
Dan mungkin dengan perbuatan awak ini .
Mampu membuka mata saya betapa sayangnya awak pada saya .

Maafkan saya jika .
Saya tidak seperti yang awak inginkan .
Walaupun awak tidak pernah pertikaikan .
Siapa diri saya .
Dan menerima saya seadanya .

Awak .
Maafkan tentang segala-galanya .
Kadang-kadang ,
Saya juga merasakan .
Saya manusia yang tidak tahu erti bersyukur .
Kerana terlalu banyak permintaan .
Dan memeningkan awak .
Maaf sekali lagi . :(

Saya selalu tertanya-tanya .
Kenapa awak memilih saya .
Bukannya orang-orang yang pernah jadi kawan awak .
Kerana saya kenal sikap awak .
Yang banyak kawan wanita .
Malah awak purposed saya .
Waktu saya senyap hampir tiga bulan .
Kerana kecewa cinta tidak berbalas .

Awak kata .
Awak pilih saya .
Kerana saya pandai menjaga maruah .
Pandai menjaga diri .
Ada bersama awak ketika awak susah .
Kerana saya tidak merungut tentang awak (selekeh jerk) .
Tetapi saya masih tidak berpuas hati dengan jawapan itu .
Maafkan saya .

Awak selalu beritahu .
Lupakan perkara yang lepas .
Percayailah pasangan sendiri (itu yang penting) .
Kerana awak kata nanti apabila ada perkara berlaku .
Awak tak harap kepercayaan orang lain .
Tetapi sepenuhnya dari saya .
Awak cakap lagi .
Kalau saya tak percayakan awak .
Siapa lagi yang nak percaya .
Orang luar tidak kenal dia siapa .
Tapi pasangan dia tahu .
Siapa dia .
Awak baik dengan saya .
Walaupun saya prejudis  terhadap awak .

Awak .
Terima kasih dengan segala-galanya .
Baru kini saya sedar .
Awak nadi dan nafas saya .
Dalam meneruskan kehidupan ini .

Tidak tahu bagaimana ingin membalas .
Cuma berharap agar dapat menjaga awak .
Selagi saya masih bernafas .
Dan tidak mahu awak disakiti lagi .
Mahu memberikan kasih sayang ini tanpa balasan .
Kerana saya sayang awak .

Awak .
Terima kasih lagi kerana bersabar .
Melayan setiap kerenah yang entah apa-apa ini .
Yang degil , keras kepala , keras hati ,suka memberontak ,sensitif dan macam-macam lagi .
Terlalu banyak kekurangan dari kelebihan .
Tapi awak masih bersama saya .
Dan saya tidak tahu kenapa .

Dan sehingga saya jumpa kata-kata ini .
Baru saya tahu kenapa .

** BELAJARLAH BERSYUKUR DENGAN JODOH , ANUGERAH TUHAN . USAH MENDAMBAKAN TEMAN SECANTIK BALQIS , ANDAI DIRIMU TIDAK SEINDAH SULAIMAN . MENGAPA DIHARAPKAN TEMAN SETAMPAN YUSUF , ANDAI DIRIMU TIDAK SETULUS ZULAIKHA . TAK PERLU MENCARI SEISTIMEWA KHADIJAH , ANDAI DIRI TIDAK SESEMPURNA MUHAMMAD SAW . **

Terima kasih awak .

1 comment:

  1. Semua tu menandakan kita terlalu sygkan si die..biaselah tu...nic entry and remember about myself...hikhik

    ReplyDelete