Thursday 11 April 2013

Buat Awak . . .

Awak .
Ya .
Awak yang tengah baca ni .
Saya tahu , jauh di sudut hati awak ,
Ada rahsia yang tersimpan .
Ada tangisan yang tersembunyi .
Ada harapan yang terlukis terang .
Namun di situ ,
Awak memilih untuk senyum .
Awak bertahan dalam diam .
Awak yakin dengan doa .
Tapi saya percaya di sebaliknya ,
Awak kongsikan segalanya pada DIA yang lebih mengerti .
Awak menangis dihadapanNya yang jauh lebih memahami ,
Awak serahkan hati awak sepenuhnya .
Hanya untuk DIA .
Sebab itu awak nampak tabah dan tenang menghadapi semuanya .
Kerana hati awak teguh bersama Pencipta .

1 comment: