Wednesday 10 June 2015

Diet Ikut Kategori Darah

Mengetahui kategori darah sendiri mempunyai kelebihan. Ini kerana, anda boleh menyesuaikan menu atau pola pemakanan dengan kesesuaian kategori darah. Dengan mengetahui cirri-ciri kategori darah juga dapat membantu anda memelihara kesihatan di samping mengamalkan gaya hidup yang sihat dan bersesuaian.

 Darah A
Untuk mereka yang berada dalam kategori darah jenis A, disarankan agar menjalani diet vegetarian.

Ø  Ciri-ciri golongan berdarah A

  • Memiliki system pencernaan yang relative sensitif.
  • Hindari makanan daripada produk tenusu dan daging.
  • Disarankan menjalani vegetarian atau mengambil makanan yang mempunyai karbohidrat yang tinggi, tetapi kurang lemak.
  • Mengurangkan stress dengan melakukan meditasi, atau olahraga serta cukup istirahat.

Ø  Menu yang disarankan

  • Sarapan: Air putih dicampur dengan sedikit jus limau nipis dan oatmeal.
  • Minum pagi: Jus anggur atau kopi.
  • Makan tengah hari: Salad, sekeping roti gandum dan teh herba.
  • Minum petang: Dua potong kuih beras dan teh hijau.
  • Makan malam: Pasta tanpa daging, brokoli, yogurt, dan teh herba (jika perlu).

Darah B
Bagi yang mempunyai darah kategori B, disarankan agar mengambil pelbagai jenis makanan, manakala golongan darah A pula disarankan agar mengambil makanan buah-buahan dan sayur-sayuran (vegetarian).

Ø  Ciri-ciri golongan berdarah B

  • Disarankan melakukan diet dengan pelbagai variasi makanan, tetapi perlu kurangkan pengambilan daging.
  • Olahraga yang sesuai dilakukan adalah renang, tenis, jalan kaki dan meditasi.
  • Untuk mengatasi stress, seeloknya cari kegiatan rutin seperti hobi dan aktiviti yang melibat kan kreativiti.
  • Memiliki system pencernaan yang sensitif.
  • Disarankan mengambil makanan dalam jumlah yang sedikit, tetapi kekerapan makan perlu lebih padat (perlu lebih sering makan dalam kuantiti yang kecil).
  • Untuk lebih bertenaga, biasakan berolahraga pada waktu pagi.
Ø  Menu yang disarankan

  • Sarapan: Air putih di campur dengan sedikit jus limau, jus anggur, dua potong roti dan sepotong keju.
  • Minum pagi: Yogurt
  • Makan tengah hari: Empat keping dada ayam, salad, dua biji plum, dan teh herba.
  • Minum petang: Kek keju dan teh herba.
  • Makan malam: Omelete, salah buah-buahan dan kopi.
Darah AB
Ø  Ciri-ciri golongan berdarah AB

  • Pola pemakanan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B. penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan.
  • Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, tauge dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.
  • Golongan daripada jenis darah ini, harus mengehadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses. Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit. Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.
Ø  Ciri khas individu jenis darah AB

  • Memiliki sistem pencernaan yang sensitif.
  • Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap.
  • Untuk lebih bertenaga, olahraga pada setiap pagi digalakkan.
Ø  Menu diet yang dianjurkan

  • Sarapan: Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong berserta satu potong keju.
  • Snek: Yogurt.
  • Makan tengah hari: Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba.
  • Makan malam: Omelete dan salad buah serta kopi.

Darah O
Ø  Ciri-ciri golongan berdarah O

  • Pemilik darah O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum.
  • Sebaiknya, pemilik darah jenis ini mengehadkan pengambilan buah-buahan. Hindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Termasuklah juga sayur brokoli, sawi, tauge, terung, cendawan, dan kentang.
  • Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging. Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.
Ø  Ciri khas golongan darah O

  • Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain.
  • Mudah mengadaptasi pelbagai makanan.
  • Untuk mengatasi tekanan,  disarankan melakukan aerobik.
  • Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran.
  • Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti artritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian.
Ø  Menu diet yang dianjurkan

  • Sarapan: dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang.
  • Snek: The herba.
  • Makan tengah hari: sepotong daging panggang, salad bayam dan epal.
  • Snek: Sepotong kuih.
  • Makan malam: Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba.

Sumber: Majalah Keluarga, April 2015

No comments:

Post a Comment