Tuesday 15 November 2011

Saya Sayang Awak . .

Kali pertama saya bersama awak .
Hati saya sungguh gembira .
Demi Tuhan saya tidak tahu mengapa .
Tapi itulah kebenarannya .
Setelah beberapa lama kita berkawan .
Saya telah jatuh tersungkur di hati awak .
Saya tidak dapat membohongi perasaan saya .
Yang saya menyayangi awak .

Perasaan saya berkelana .
Mencari singgahsana di hati awak .
Nyata saya tidak menemuinya .
Awak mencampakkannya ke dasar laut .
Yang tidak mampu saya selam di sana .
Awak jugalah yang menyalakan api .
Dan membakar saya dalam diam .

 Awak .

Saya sedih sangat bila awak kata .
Yang awak tidak tahu apa yang sebenarnya awak cari .
Tapi jauh di sudut hati saya .
Saya merassakan awak belum cukup dewasa .
Untuk memahami apa itu erti "SAYANG" .
Atau .
Mungkin awak belum pernah .
Betul-betul menyayangi seseorang .

Jadi .
Selama ini siapa saya di hati awak ?
Siapa orang yang memujuk saya .
Untuk membuka pintu hati ?
Siapa yang mengajar saya .
Bahawa "SAYANG" itu memerlukan pengorbanan ?
Siapa yang mengajar saya .
Untuk jujur pada hati dan perasaan sendiri .

Awak .
Kita cuma hidup sekali .
Mati sekali .
Dan mencintai biarlah cuma sekali .
Malangnya saya pergi .
Awak telah mengambil seluruh kekuatan saya ada .
Jangan anggap saya tinggalkan awak .
Kerana saya bencikan awak . JANGANN !

Bagaimana harus saya bencikan awak .
Sedangkan .
Setiap hari saya merindui awak .
Setiap saat saya mengingati awak . 

Awak .
Sebelum saya menghilangkan diri dari dunia awak .
Saya ingin menyatakan sesuatu yang awak tak pernah tahu .
Kalaulah awak bertanya pada saya .
Sedalam mana SAYANG saya pada awak .
Inilah jawapannya .

Kalau satu hari nanti awak kehilangan suara .
Saya akan memberikan suara saya .
Agar awak dapat bersuara semula .
Meski saat itu saya akan bisu selamanya .

Kalau satu hari nanti awak kehilangan penglihatan awak .
Saya akan memberikan mata saya .
Agar awak dapat melihat .
SAYANG saya .
Biarpun saat itu saya akan buta selamanya .

Dan satu hari nanti .
Jika awak kehilangan hati awak .
Saya akan memberikan hati saya .
Agar awak dapat hidup selamanya .
Meski saat itu saya tiada lagi di dunia ini .
Semua itu untuk awak .

Bagi saya .
Jika kita benar-benar menyayangi seseorang .
Maka biarkan orang itu pergi dengan kebahagiaannyaa .
Kerana kebahaiaannya membuatkan kita bahagia .

Awak .
Kerana saya menyayangi awaklah .
Saya melangkah pergi .
Demi kebahagiaan awak .
Saya doakan supaya satu hari nanti .
Hati awak akan temui apa yang awak cari .
Memahami apa erti sayang sebenar .
Supaya suatu hari nanti .
Awak akan dapat mengetahui .
Bagaimana rasanya terlalu sayang .
Pada seseorang .
Dan .
Semoga awak takkan .
Pernah terlewat .
Untuk menghargainya .

Awak .
Saya percaya pada Tuhan .
Yang mempertemukan kita .
Saya tahu ada hikmahnya .
Di sebalik semua ini .
Dan saya tidak pernah mempersoalkannya .
Saya juga tak pernah kesal .
Sekurang-kurangnya sepanjang mengenali awak .
Saya telah bersikap ikhlas dan jujur pada perasaan saya .

Saya doakan awak bahagia dengan kehidupan awak .
Saya sayang awak .

No comments:

Post a Comment