Tuesday 8 November 2011

37 fakta menarik mengenai lelaki.. (suka2 je)

1. Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu .

2. Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka .

3. Apa yang sedang awak lakukan ? atau Awak dah makan ke belum ? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita .

4. Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari , tetapi sebelum tidur , pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang .

5. Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita , mereka akan mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut .

6. Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka .

7. Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita .

8. Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka .

9. Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian terus melupakan mereka .

10. Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka , ini menunjukkan mereka benar-benar serius .

11. Lelaki juga akan menangis .

12. Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat wanita yang menolak cinta mereka , ini adalah kerana mereka sukar untuk menerima kekalahan .

13. Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau awak ni . . erm . . tapi takpela”. Mereka akan membuat seribu satu andaian dan akan berusaha untuk mendapatkan jawapan .

14. Lelaki akan teruja apabila mendapat sentuhan yang tidak diduga .

15. Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap dengan wanita yang mereka suka .


16. Apabila wanita menyatakan tidak , hati lelaki akan menyatakan ‘ok . . takpe . . cuba lagi esok..’

17. Lelaki amat sayang ibu mereka .

18. Lelaki sanggup mengorbankan makan tengahari mereka semata-mata ingin memberikan wanita beberapa kuntum bunga ros .

19. Lelaki amat sukar untuk difahami melainkan anda seorang pendengar yang setia .

20. Adalah lebih baik anda menguji seorang lelaki itu terlebih dahulu sebelum mempercayainya . Tetapi, pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama .

21. Lelaki lebih bersikap terbuka untuk menceritakan hal peribadi mereka .

22. Lelaki amat suka apabila wanita yang menentukan pemakaian mereka .

23. Lelaki tidak suka kekasih mereka mempunyai hubungan dengan orang lain terutamanya kawan lelaki .

24. Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita , mereka amat risau sekiranya hadiah yang mereka berikan tidak disukai .

25. Lelaki lebih banyak berfikir .

26. Imaginasi lelaki tiada had . Mereka mampu untuk membayangkan apa sahaja .

27. Ketinggian wanita adalah tidak penting , apa yang lebih penting adalah berat mereka .

28. Sukar untuk lelaki untuk melepaskan kekasih mereka terutama apabila sudah bercinta melebihi 3 tahun .

29. Lelaki tidak sukakan wanita yang materialistik .

30. Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah dan ianya perlu sokongan yang kuat daripada kekasih mereka .

31. Apabila lelaki menceritakan sesuatu yang serius , berikan perhatian yang sepenuhnya . Ia amat penting .

32. Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak .

33. Jangan sombong , kerana ia akan membuatkan lelaki berusaha untuk memalukan anda .

34. Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman , bukan seperti wanita yang belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka baca .

35. Lelaki paling tidak suka kekasih mereka keluar bersama lelaki lain berdua walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan .

36. Lelaki akan memaafkan kesalahan yang pertama dibuat , tetapi bukan untuk kesalahan yang kedua .

37. Lelaki tidak suka wanita yang terlampau mengada-ngada .


No comments:

Post a Comment