Tuesday 4 December 2012

Alahai . . Cemburu Buta ! !

Dalam percintaan , cemburu memang perlu ada untuk menunjukkan korang sebenarnya mengambil berat akan pasangan . Tapi , cemburu tu biarah berpada - pada , jangan sampai jatuh martabat korang sebagai gurlz yang bijak .

Ada banyak cara yang lebih efektif untuk mengawal keadaan dan memulihkan hubungan . Kalau betul caranya , boyfriend tentu akan lebih sayang kepada korang selepas tu .

YANG PATUT dan TIDAK PATUT . . .

1 - Boyz mula rapat dengan gurlz lain .

PATUT :-

Tenangkan diri . Jangan bertindak Terburu - buru .
Berterus terang kepada boyfriend bahawa korang tidak selesa melihatnya terlalu rapat dengan gurlz lain .
Lakukan lebih banyak aktiviti bersama boyfriend agar hubungan menjadi lebih rapat . Pergilah bersiar - siar ke taman , makan malam bersama atau menonton wayang .

TIDAK PATUT :-

Membuat keputusan dalam emosi , mengamuk malah memutuskan hubungan kerana cemburu yang tidak terkawal .
Menyerang gurlz tersebut dan mengugutnya agar menjauhkan diri daripada boyfrieng anda .
Melarang boyfriend anda bertemu dengan gurlz tu lagi .
Memaksa boyfriend anda menghapuskan nombor telefon gurlz tersebut termasuk akaun Facebook dan Twitter-nya.

2 - Boyfriend lebih suka meluahkan masalah kepada kawan gurlz-nya , iaitu kawan korang .

PATUT :-

Korang sepatutnya lebih mendekatkan diri dengan boyfriend . Mungkin dia kurang mendapat perhatian daripada korang .
Jangan mengongkong dia tetapi jadilah sahabat dan kekasih tanpa mengira waktu . Lelaki punya ego tersendiri dan tak mudah mengikut kata gurlz .

TIDAK PATUT :-

Menuduh kawan korang sebagai kawan makan kawan.
Memutuskan hubungan dengan boyfirend dan kawan serentak kerana menganggap keduanya lebih selesa bersama .

3 - Boyfriend masih menghubungi ex - nya .

PATUT :-

Cuba berfikiran positif . Apa salahnya jika dia hanya berkawan . Yang penting , dia jujur dan tidak merahsiakan hubungannya denga ex - girlfriend tersebut .
Korang kena jadi contoh yang baik dan sentiasa prihatin terhadap keinginan boyfriend . Tunjukkan bahawa memilih korang adalah satu yang betul .
Sekali - sekala tanya perkembangan antara boyfriend dengan ex - girlfriend dan lihat reaksinya . Lebih baik kalau korang dapat memujuknya agar mengajak ex - nya makan malam bersama .

TIDAK PATUT :-

Sentiasa memeriksa handphone , Facebook , Twitter boyfriend kerana risau they all masih berhubung . Paling dahsyat minta password dan tukar sim kad lain .
Selalu ikut ke mana boyfriend pergi kerana takut they all bertemu . Kadang - kadang upah spy di kalangan kengkawan untuk perhatikan .
Hilang percaya diri dan paranoid kerana sesungguhnya ex - girlfriend boyfriend korang lebih baik berbanding korang .

4 - Boyfriend lebih suka bersama kengkawannya .

PATUT :-

Boyfriend korang juga manusia . Dia tetap mahu bersama kengkawannya juga . Takkanlah asyik nak berkepit setiap masa , kan ?
Memang wajar gurlz selalu rasa sepi kerana diabaikan oleh boyfriend kerana they all sering menjadi terlalu leka apabila bersama kengkawan . Disebabkan itulah korang pun kena cari aktiviti juga . Hang out dengan kengkawan korang atau membaca novel .

TIDAK PATUT :-

Menjadi posesif dan menghalang boyfriend daripada selalu berjumpa kengkawannya .
Menyuruhnya memiih antara korang atau kengkawannya .
Tertekan dan menangis kerana diabaikan boyfriend .

5 - Boyfriend menumpangkan kawan gurlz-nya naik motor atau kereta .

PATUT :-

Selidik dahulu kebenaran khabar angin tersebut . Jangan terus percaya setiap kata - kata orang .
Jika benar , minta penjelasan daripada boyfriend terlebih dahulu . Mungkin ada sebab dia buat begitu .
Minta boyfriend kenalkan gurlz tersebut kepada korang . Kalau dia tidak keberatan , bermakna mereka benar - benar kawan biasa .

TIDAK PATUT :-

Menyerang gurlz tersebut dan menuduhnya sebagai perampas .
Berfikir yang buruk - buruk tentang apa yang mereka lakukan .
Minta putus tanpa menyelidik apa sebenarnya yang berlaku terlebih dahulu .

1 comment:

  1. hehehe hurmm itu lah selalu kalau lelaki curang aweks dia msti serang org ketiga..spatotnya selidik dulu..

    jemput singgah n follow
    http://myaleo.blogspot.com/2012/12/haiii-tgk-ragam-my-arjunaarjuni-ni.html

    ReplyDelete