Wednesday 23 January 2013

Buka Buku Baru & Teruskan Hidup . . .

Siapa kata putus itu perkara yang mudah ? Ia sukar dan mungkin kesan emosinya akan berlarutan jika tidak diubati . Namun , walau apa pun , jangan biarkan putus cinta membuatkan hidup korang galau dan seolah - olah telah menemui jalan buntu . . .

Sabar Menghadapi Dugaan .
Dugaan paling biasa sewaktu putus cinta adalah bila tiba2 datang kerinduan untuk menghubunginya semula . Apatah lagi kalau korang teringat kembali perkara manis yang dilalui bersamanya dulu . Sebaiknya , gunakan segala kekuatan yang ada untuk menahan diri daripada cuba menghubunginya semula . Fikirkan saja segala perkara yang negatif yang ada padanya seperti annoying , tidak sensitif dan membosankan sebagai dinding pemisah . . .

Jangan Biar Digantung Tak Bertali .
Apa yang korang perlu faham tentang putus cinta adalah ia sebuah hubungan yang sudah berakhir atau selesai . Tak perlu lagi korang nak merelakan diri bermesra - mesra dengannya walau tanpa status apa2 . Kelak korang juga yang sukar mendapatkan teman baru dan diburu bayang2nya . Padahal korang sebenarnya single . Istilah " Teman Tapi Mesra " tak relevan dalam situasi nie . . .

Cari Aktiviti Dan Hobi Baru . 
 Ketiadaan boyfriend akan memberi kebebasan kepada korang untuk melakukan apa sahaja . Awal2 tahun nie pasti banyak kelab dan persatuan yang dibuka untuk penyertaan . Apa kata korang join dan cari kengkawan baru . Untung2 dpt boyfriend baru . . . :)

Jangan Bicara Tentangnya .
 Minta tolong kengkawan rapat korang agar tidak membicarakan tentangnya bila korang ada bersama . Lebih2 lagi gosip2 yang melibatkannya dengan gurlz2 lain . Sebagai kengkawan , diaorg tentu faham dgn konflik yang dihadapi korang kan . Diaorg juga pasti tahu bahawa semakin jarang mendengar khabar tentang ex , maka semakin senangla korang melupakannya . . .

Jadi Lebih Baik .
 Bila single , korang punya banyak masa untuk diri sendiri . Mungkin sebelum nie korang seperti belangkas dan tiada masa mengulangkaji pelajaran , sekaranglah masanya untuk korang fokus pada pelajaran . Korang juga boleh fokus kepada perkara2 yang melibatkan kesihatan dan penampilan agar jadi lebih baik sebelum nie . Buktikan pada ex , bahawa korang boleh hidup tanpanya , malah lebih baik ! ! !

Jangan Jadi Stalker .
 Adalah normal selepas putus , pasti korang akan stalker ex di Facebook atau Twitter demi mengetahui perkembangannya . Ya , memang tak salah kalau sekali dua . Tapi kalau dah sampai menjadi rutin setiap hari , itu obsesi . Jadi , sempena tahun baru nie , apa kata korang unfollow Twitternya dan unfriend Facebooknya . Korang kena tegas dengan diri sendiri ! ! !

No comments:

Post a Comment