Monday 10 September 2012

Be Yourself Kerana Cantik Itu Dari Hati . . ♥

Assalamualaikum you all . Apa khabar ? Harap korang sihat dan bahagia selalu . Tak mahulah sedih - sedih okayy , nanti tak comel pula . Hee . . he . . he . . Tapi , perlu ke kita 'comel' sentiasa semata - mata mahu mencuri perhatian atau pun memuaskan hati orang lain ? Kalau tanya aku , jawapannya tentulah tidak , kan ?

Korang pasti sedar , sekarang nie ramai sangat orang yang sudah tidak menjadi dirinya sendiri . Mereka tidak menjadi apa adanya mereka . Bahkan mereka selalu berfikir bahawa mereka mampu menyenangkan serta menarik perhatian ramai orang dengan MEMALSUKAN diri mereka sendiri .

Itulah hati manusia , kan ? Padahal menjadi diri sendiri itu sebenarnya lebih elok dan seronok . Tak kisahlah . . . Sekalipun korang nie kurang cantik , tidak pandai bergaya , gemuk atau pun pendek . Tak percaya , cubalah korang belajar mengekspresikan diri sendiri dan menerima apa adanya dengan hati terbuka .

Korang tidak akan dapat menjadi diri sendiri jika korang tidak tahu , tidak memahami dan tidak mahu menerima kekurangan dan kelebihan diri korang sendiri . Pedulikan apa orang nak kata . Untuk jadi diri sendiri , korang perlu kuat untuk melepaskan fikiran - fikiran negatif . Jadikan pendapat , kritikan atau apa sahaja tanggapan orang lain terhadap korang itu sebagai 'penapis' sahaja . Tak perlulah sampai nak terbawa - bawa dengan emosi okayy ! kaorang perlu ingat bahawa korang juga mempunyai karakter yang positif dan mampu membuatkan orang lain bahagia . Maybe kengkawan rapat , family dan juga BF / GF korang .

Mahu tak mahu , kita wajar belajar menerima semua apa adanya dan belajar mencintai kekurangan diri sendiri . Biarpun kita tak sehebat , secantik dan sesempurna kengkawan atau orang lain , tapi kita tetap perlu menjaga kecantikan hati kita selalu . Biarkan cantik itu kekal abadi bersama hati dan jiwa kita yang tulus dan ikhlas kerana wajah comel yang memikat itu boleh kerepot dimamah usia , tetapi hati kita yang 'satu' itu akan tetap begitu sampai ke tua . Insyaallah .

No comments:

Post a Comment