Monday 24 September 2012

Kenapa mesti aku ? ? ?

:: Bayangkan kamu mencintai seseorang , tetapi si dia tidak mencintai kamu . Tentu menyakitkan bukan ? Pun begitu , kamu akan lebih kecewa apabila kamu mencintai seseorang , tetapi tidak mempunyai keberanian untuk memberitahu apa yg kamu rasa . Percaya atau tidak , kamu memerlukan seminit untuk tertarik pada seseorang , sejam untuk menyukai seseorang , sehari untuk mencintai seseorang dan mengambil masa seumur hidup untuk melupakan seseorang yang kamu cintai . Begitu juga dengan aku . . 

:: Aku suka pada seseorang , namanya S . Tetapi aku memanggilnya GREENMEN kerana pada pandangan mataku , apa sahaja yang dipakainya mesti terselit sedikit warna hijau . Bak kata orang , cinta tidak boleh dipaksa . Ianya akan hadir tanpa kita sedari seperti yang aku rasakan sekarang . . 

:: " Untuk si dia , aku minta maaf jika kamu mengetahui aku menyukaimu dalam diam - diam . Aku tidak menegur kau kerana aku tahu aku tidak setaraf dengan kau . Aku hanya perempuan biasa . Sedangkan diri kau dan keluarga disenangi oleh semua orang . Aku tahu semua itu , walaupun kau tidak pernah berkata dan menunjuk pada semua akan perkara itu . Aku pernah mengalami kekecewaan dan kau tidak mahu mengulanginya lagi . Cukup ianya hanya sekali . . "

:: Aku sudah serik dan hati aku pedih apabila memikirkan perkara itu . Disebabkan itu juga , aku single sampai sekarang . Aku tahu aku tidak sesuai dengan dia , aku tahu itu . Tapi , takkan tidak ada satu peluang untuk aku memberitahu dan meluahkan perasaan aku ini pada dia ? Walaupun aku sudah menyukai kau buat pertama kali sejak aku memandang kau bermain futsal bersama sahabat - sahabatmu . Okayy . . ! Kenapa mesti aku ada perasaan ini pada kau ? ? ? ? ?

  

No comments:

Post a Comment