Monday, 13 April 2015

Fakta Magis Darah Tali Pusat Bayi

Assalamualaikum semua . .
Harini Alyaa nak update entry tentang 'Fakta Magis Darah Tali Pusat Bayi' . Apa yg ada pada darah tali pusat bayi ? Baca sampai habis ye . Nanti anda tahu apa yg boleh kita lakukan dan kebaikan darah tali pusat bayi . . 

Secara tradisi , tali pusat bayi yg baru dilahirkan akan diserahkan kpd ibu bapa utk dicuci sebelum ditanam . Bagaimanapun , tahukah anda yg darah dalam tali pusat itu mengandungi sel stem yg sangat berharga dan dapat menyelamatkan nyawa mereka yg memerlukan terutamanya di kalangan adik beradik dan saudara mara . Bagi para ibu yg bakal melahirkan bayi , anda harus mengambil kira hal ini dan membuat keputusan sama ada ingin menyimpannya dalam Bank Darah Tali Pusat Swasta atau mendermakannya kepada Pusat Darah Negara agar boleh digunakan oleh sesiapa yg memerlukan/.

Tali pusat secara literalnya adalah ikatan yg menyambung dan menghubungkan ibu kepada bayi yg dikandungi . Tali pusat bukan sahaja berperanan sebagai tali hayat , tetapi turut berpotensi untuk merawat pelbagai jenis penyakit darah kerana ia mempunyai sel stem yg amat bernilai dalam membantu pesakit yg memerlukan . Pertemuan dgn Dr. Nor Nazahah Mahmud , Ketua Tabung Darah Tali Pusat & Pakar Perubatan Transfusi di Pusat Darah Negara telah merungkaikan banyak persoalan mengenai kelebihan darah tali pusat bayi yg baru dilahirkan ini .

INFO MENARIK TENTANG MAGIS TALI PUSAT
  1. Sel stem boleh diperoleh daripada tiga sumber iaitu salur darah , sum-sum tulang atau darah dari tali pusat bayi yg baru lahir .
  2. Pengambilan sel stem daripada darah tali pusat adalah satu pilihan yg ada dan dapat diberi utk merawat pesakit yg memerlukan transplantasi sel stem .
  3. Darah tali pusata adalah darah yg berada di dalam salur tali pusat dan merupakan organ penyambung di antara bayi dan plasenta (uri) yg keluar bersama kelahiran bayi .
  4. Semasa hamil , tali pusat memainkan peranan penting utk memindahkan nurien dan oksigen daripada ibu kepada bayi dalam kandungan bagi menjamin kesihatan dan pertumbuhannya .
  5. Tahap kesedaran berkenaan kepentingan darah tali pusat di negara kita masih rendah berbanding negara luar . Jika dibandingkan dgn negara luar seperti Singapura , negara kita agak ketinggalan dari segi bilangan pengumpulannya .
  6. Darah tali pusat mengandungi komponen darah utama seperti sel darah merah , plasma dan platelet yg bertanggungjawab memastikan penghasilan darah yg normal sepanjang hidup seseorang .
  7. Darah tali pusat juga kaya dengan sel stem hematipoietik , iaitu sel induk dlm sistem darah yg istimewa berdasarkan potensinya yg boleh berkembang membentuk komponen utama darah seperti sel darah merah , sel darah putih serta platelet .
  8. Ketiga-tiga komponen ini penting kerana ia berfungsi sebagai agen membawa oksigen dalam darah , manakala sel darah putih pula utk melawan jangkitan kuman dan platelet adalah agen pembekuan darah .
  9. Mungkin ada juga yg bertanya mengapa perlu menyimpan sel stem daripada darah tali pusat kerana mereka tidak melihat kegunaanya pada masa depan ? Pemikiran seperti ini perlu dihakis kerana sel stem yg diperoleh daripada tali pusat bayi adalah aset biologi yg berpotensi utk menyelamatkan nyawa seseorang pesakit jika ditimpa penyakit tertentu yg berkaitan darah .
  10. Sel stem darah tali pusat telah terbukti sebagai penawar yg telah terbukti keberkesanannya dari segi sanitifik di seluruh pelosok dunia .
  11. Kementerian Kesihatan Malaysia telah menubuhkan Tabung Darah Tali Pusat di Pusat Darah Negara sejak tahun 2002 lagi untuk kegunaan awam .
KEBAIKAN DARAH TALI PUSAT
  1. Penyimpanan darah tali pusat mempunyai kelebihan dan kebaikan kepada penderma darah tali pusat serta pesakit yg perlu menjalani tranplantasi .
  2. Prosesnya mudah dan tidak mengambil masa yg lama . Tiada risiko perubatan kpd bayi dan si ibu . Prosedur pengumpulan darah tali pusat juga adalah selamat dan tidak membahayakan bayi dan ibu yg bersalin .
  3. Darah tali pusat yg telah dikumpulkan akan diproses dan melalui ujian-ujian khas bagi memastikan kualiti yg baik akan disimpan dalam keadaan sejuk beku (frozen state) dan sedia digunakan bagi pesakit yg mempunyai padanan sesuai .
  4. Padanan sesuai bermaksud keserasian keputusan penjenisan Human Leucocyte Antigen (HLA) antara penderma dan pesakit . HLA adalah sejenis protein penting di permukaan sel stem yg menentukan kejayaan sesuatu proses transplantasi .
  5. Selain itu , telah terbukti bahawa frekuensi HLA adalah berbeza mengikut sesuatu kaum dan etnik masyarakat . Pesakit ini mempunyai peluang yg lebih cerah utk mendapatkan darah tali pusat yg sesuai daripada penderma dari latar belakang etnik dan kaum yg sama .
  6. Pendermaan darah tali pusat secara awam sangat digalakkan .
  7. Berdasarkan kajian yg sedia ada , turut dinyatakan darah tali pusat mempunyai kebarangkalian yg rendah dalam transmisi sesetengah virus seperti Epstein-Barr (EBV) dan cytomegalovirus (CMV) yg amat bahaya kpd pesakit yg akan menjalani proses tranplantasi .
  8. Selain daripada sel stem pada darah tali pusat bayi , orang dewasa juga mempunyai sel stem yg tersendiri . Bezanya , sel stem orang dewasa terdapat pada sum-sum tulang yg lebih berisiko berbanding mendapatkan sel stem daripada darah tali pusat bayi .
  9. Pendermaan sel stem daripada sum-sum tulang bermula lebih awal daripada pendermaan darah tali pusat . Namun , ia berisiko kepada penderma .
  10. Berbanding sel stem orang dewasa , sel darah tali pusat lebih mudah diterima serta risiko penolakan oleh badan juga lebih rendah berbanding sel stem sum-sum tulang .
  11. Pendermaan sel stem darah tali pusat adalah jauh lebih mudah , selamat , tiada kesakitan kepada ibu dan bayi .
  12. Darah tali pusat akan diambil serta merta selepas bersalin . Selepas tali pusat dipisahkan daripada bayi , anggota kesihatan terlatih akan memasukkan jarum ke dalam salur darah tali pusat dan darah akan dialirkan keluar ke dalam beg darah . Proses ini tidak akan mengganggu proses kelahiran dalam apa jua cara sekalipun .
  13. Bagi anda yg ingin menyimpan di bank darah tali pusat swasta , anda akan dibekalkan dengan kit khas yg perlu dibawa semasa bersalin . Proses mengambil darah tali pusat akan dikendalikan oleh doktor yg menyambut kelahiran anak anda . Kemudian kit tersebut akan terus dibawa oleh wakil syarikat bank darah tali pusat tersebut .
  14. Tiada had jangka hayat bagi sesuatu unit yg disimpan . Namun , stem stel itu hanya boleh digunakan sekali sahaja dan terhad untuk seorang pesakit dengan padanan yg sesuai .
  15. Limitasi bagi pengumpulan sel stem mengikut kaedah pengumpulan darah tali pusat ini adalah kandungan kutipan (cell dose) yg agak kecil , jika dibandingkan dgn kaedah pengumpulan lain .
  16. Ini bermakna , penggunaan utama sel stem dari darah tali pusat adalah sangat sesuai bagi pesakit bersaiz kecil , contohnya pesakit di kalangan kanak-kanak .
  17. Namun , ini tidak bermakna ia tidak boleh digunakan untuk pesakit dewasa yg memerlukan tranplantasi . Koordinasi di Tabung Darah Tali Pusat dan pihak-pihak yg terlibat sedaya upaya berusaha mendapatkan unit sel stem yg secukupnya bagi pesakit-pesakit ini .
  18. Darah tali pusat yg disimpan di tabung darah tali pusat (TDTP) di Kementerian Kesihatan Malaysia boleh digunakan utk mana-mana pesakit yg memerlukannya bagi tujuan transplantasi .
  19. Kajian di seluruh dunia telah menunjukkan bahawa kegunaan darah tali pusat yg disimpan di kalangan adik beradik adalah sangat rendah .
  20. Sesetengah negara menggalakkan penubuhan public banking yg berlandaskan konsep setiap pendermaan boleh disumbangkan kepada mana-mana pesakit yg sesuai di kalangan masyarakat , tanpa mengira latar belakang kaum atau agama .
  21. Jika terdapat ahli keluarga yg memerlukan darah tali pusat yg telah disimpan tersebut , dan telah dipersetujui oleh pakar perubatan tentang pilihan rawatan tersebut (transplantasi) , ahli keluarga tersebut boleh mendapatkannya untuk tujuan transplantasi dgn syarat penjenisan HLA adalah sepadan dan unit tersebut masih lagi dalam simpanan TDTP .
PENYAKIT YANG BOLEH DIRAWAT DENGAN TALI PUSAT.
  1. Darah tali pusat telah digunakan secara meluas untuk merawat lebih kurang 80 jenis penyakit yg kebanyakannya adalah penyakit darah seperti leukemia .
  2. Selain itu , kumpulan penyakit lain yang turut boleh dirawat dengan darah tali pusat adalah penyakit keturunan seperti talasemia .
PENYAKIT-PENYAKIT LAIN YANG BOLEH DIRAWAT MENGGUNAKAN SEL STEM DARAH TALI PUSAT (RUJUKAN DAN MAKLUMAT: DR. NOR NAZAHAH MAHMUD, KETUA TABUNG DARAH TALI PUSAT & PAKAR PERUBATAN TRANSFUSI DI PUSAT DARAH NEGARA)
  1. Leukemia - Acute Myeloid Leukaemia , Chronic Myeloid Leukaemia , Acute Lymphocytic Leukaemia , Chronic Lympothic Leukaemia , Juvenile Chromic Myeloid Leukaemia .
  2. Lymphomas (Kanser darah) - Non Hodgkin Lymphoma , Hodgkin Lymphoma .
  3. Myelodysplasia - Myelofibrosis , Myelodyspastic Syndrome .
  4. Bone Marrow Failure Syndromes - Amegakaryotic Thombocytopenia , Diamond-Blackfan Anemia , Dyskeratosis Congenita , Fanconi's Anemia , Parxysmal Noctural Hemoglobinuria , Reticular Dysgenesis , Severe Aplastic Anemia Unspecified , Shwachman-Diamond Syndrome , Sideroblastic Anemia .
  5. Hemoglobinopathies - Sickle Cell Disease , Thalassemia .
  6. Immune Deficiencies - Common Variable Immune Deficiency , Congenital Immune Deficiency , DiGeorge Syndrome , Griscelli Syndrome , Lymphocyte Adhesion Disease , Nezelof Syndrome , Omenn Syndrome , Severe Combined Immune Deficiency , Wiskott-Aldrich Syndrome , X-linked Hyper-igM Syndrome , X-linked Immune Dysregulation Polyendocrine , Enteropathy .
ANDA BOLEH DERMAKANNYA !
  1. Tali pusat adalah organ penyambung di antara bayi dan plasenta (uri) . Darah dalam tali pusat memainkan peranan penting untuk memindahkan nutrien dan oksigen daripada ibu kepada bayi . Oleh itu , tali pusat amat penting untuk menjamin kesihatan janin dalam kandungan .
  2. Semua ibu hamil boleh ambil peluang ini untuk mendaftar di lima Pusat Pendermaan Darah Tali Pusat yang ada di Malaysia .
  3. Pihak kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia secara amnya , dengan kerjasama Pusat Darah Negara dan Tabung Darah Tali Pusat sentiasa berusaha untuk memantapkan perkhidmatan sedia ada .
  4. Ini termasuklah perancangan untuk menambahkan kutipan sel stem dari darah tali pusat dari masa ke masa dengan mengambil kira keperluan kutipan di kawasan-kawasan lain pada masa hadapan serta mengukuhkan hubungan baik sekali gus kerjasama dengan pelbagai pihak yang terlibat seperti perkhidmatan transplantasi , iaitu Pakar Perubatan dan Transplantasi di hospital , pihak Obstetrik dan Ginekologi (Sakit Puan) , bahagian koordinasi dan carian sel stem serta unit sokongan yg lain (boleh layari www.pdn.gov.my untuk maklumat lanjut) .
  5. Anda juga boleh memaklumkan kepada doktor atau jururawat yang bertugas semasa pemeriksaan kesihatan ketika hamil tentang pendermaan tersebut di lima buah hospital yang dinyatakan untuk maklumat yg lebih terperinci tentang pendermaan darah tali pusat .
5 HOSPITAL SEBAGAI PUSAT PENDERMAAN DARAH TALI PUSAT
  1. Hospital Kuala Lumpur
  2. Hospital Serdang
  3. Hospital Selayang
  4. Hospital Ampang
  5. Hospital Sultanah Bahiyah , Alor Setar , Kedah .
BANK DARAH TALI PUSAT SWASTA
  1. Pihak kerajaan amat menggalakkan para ibu utk menderma darah tali pusat bayi kepada Pusat Pendermaan Darah Tali Pusat Awam , namun kerajaan juga tidak menghalang untuk anda menggunakan khidmat bank darah tali pusat swasta utk menyimpan secara persendirian darah tali pusat bayi anda .
  2. Di Malaysia , terdapat beberapa syarikat swasta yg menawarkan perkhidmatan menyimpan darah tali pusat dan jika anda mampu dan ingin menggunakan khidmat daripada bank darah tali pusat swasta anda perlulah membuat keputusan yg tepat .
  3. Anda perlu fahami lebih jelas apa itu sel stem yg akan anda simpan , siapa yg akan menggunakannya , kebaikan darah tali pusat yg disimpan dan sebagainya .
  4. Dapatkan sebanyak mungkin maklumat tentang syarikat-syarikat yg menawarkan perkhidmatan tersebut untuk maklumat yg lebih jelas . Anda juga boleh terus menghubungi mereka utk mendapatkan maklumat lanjut tentang perkhidmatan yg mereka sediakan .
  5. Buat perbandingan antara kesemua syarikat tersebut dari segi perkhidmatan , perlindungan , kos dan sebagainya .
  6. Anda juga disarankan utk memilih syarikat yg mempunyai akreditasi dan standard yg diperlukan utk menyimpan darah tali pusat . Dalam kes ini , anda perlu melihat kpd syarikat yg mempunyai American Association of Blood Banks (AABB) sbg langkah utk memastikan bank darah tali pusat swasta yg anda pilih diselenggarakan mengikut standard yg ditetapkan .
  7. Pastikan proses yg akan berjalan semasa pengambilan darah tali pusat selamat , cepat dan tidak menyakitkan .
  8. Ketahui bagaimana proses pegumpulan darah tali pusat yg akan mereka lakukan , bekas penyimpanan utk darah tali pusat yg diambil , bagaimana mereka menghantar dadah yg diambil ke makmal , suhu yg diperlukan semasa proses tersebut dan sebagainya .
  9. Pilihlah syarikat yg mempunyai kewangan yg stabil utk mengelakkan masalah pada masa hadapan .
  10. Paling penting anda tahu apakah hak dan perlindungan yg ditawarkan jika anda menggunakan khidmat syarikat mereka .
7 SEBAB KENAPA ANDA DIGALAKKAN MENDERMA DARAH TALI PUSAT
  1. Darah tali pusat adalah sumber yg kaya dgn sel stem darah yg berpotensi utk menyelamatkan hidup manusia . Sel stem mempunyai keupayaan utk mengembangkan sel-sel jenis lain , yg boleh membantu memperbaiki rangkaian , organ , dan saluran darah yg boleh digunakan utk merawat penyakit-penyakit yg berbahaya .
  2. Selain daripada darah tali pusat , sel-sel stem juga boleh dijumpai dlm embrio manusia , folikel rambut , lemak dan otot . Setiap bahagian dari tubuh mengandungi beberapa sel-sel stem , walaupun kandungan sel-sel stem tersebut tidak terlalu banyak berbanding dgn kandungan yg ada dlm darah tali pusat .
  3. Sel stem bukan hanya dapat diperoleh daripada sumber lain seperti tulang sum-sum dan darah periferi . Namun yg paling mudah utk mendapatkan sel stem adalah daripada darah tali pusat .
  4. Sel stem daripada darah tali pusat juga lebih mudah utk sepadan dgn pesakit yg menjalani pemindahan darah berbanding sumber lain . Ini membuatkan darah tali pusat menjadi lebih bernilai terutamanya untuk golongan etnik minoriti seperti kaum-kaum di Malaysia Timur khususnya utk mendapatkan sel-sel stem yg sesuai .
  5. Kemungkinan utk seorang anak menghidap suatu penyakit yg memerluakn tranplantasi darah tali pusat masih belum dikenal pasti . Tiada anggaran tepat utk kebarangkalian seorang anak memerlukan sel-sel sendiri yg disimpan . Tekaan yg paling hampir utk keperluan ini adalah 1 dalam setiap 1000 . Anggaran ini menunjukkan bahawa keperluannya amatkecil utk seseorang menggunakan sel-selnya yg disimpan .
  6. Tiada siapa yg tahu akan penyakit yg bakal dihadapi pada masa hadapan . Siapa tahu dgn pendermaan darah tali pusat yg anda buat dapat memberikan harapan baru kepada individu yg mempunyai penyakit kronik hasil daripada darah tali pusat yg didermakan oleh anda .
  7. Tidak meninggalkan sebarang kesan atau mendatangkan risiko kepada bayi dan ibu .
PROSES PENYIMPANAN DARAH TALI PUSAT
  1. Bayi dilahirkan dgn tali pusat yg masih bercantum dgn tali pusat dan uri . Tali pusat yg telah terpisah daripada bayi akan diklip dgn klip khas utk proses pengambilan darah tali pusat .
  2. Darah tali pusat akan diekstrak daripada tali pusat yg diklip tadi ke dlm beg khas oleh doktor atau jururawat .
  3. Darah tali pusat yg diambil akan dihantar ke makmal utk menjalani beberapa ujian bagi memastikan darah tali pusat tersebut boleh digunakan .
  4. Darah tali pusat disimpan di dalam tangki khas .
  5. Setelah keputusan ujian menyatakan darah tali pusat tersebut boleh digunakan , ia dipindahkan ke tangki storan kekal dgn suhu yg telah ditetapkan sebelum digunakan utk tujuan perubatan .
HUKUMNYA HARUS
Sejak penemuan sel stem di dalam darah tali pusat yg dikatakan boleh digunakan dlm rawatan perubatan , timbul persoalan sama ada ia boleh digunakan pesakit beragama Islam walaupun terdapat bukti saintifik yg menunjukkan ia berupaya mengubati pelbagai penyakit kronik seperti talasemia , anemia , leukemia dan lain-lain .
  1. Menyentuh tentang soal hukum penggunaan sel stem dlm bidang perubatan di Malaysia , Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) , telah mengeluarkan fatwa bahawa ia boleh digunakan utk tujuan perubatan dan kaji selidik dgn syarat-syarat tertentu .
  2. Syaratnya ialah , pengambilan darah tali pusat bayi itu perlu mendapat keizinan daripada ibu bapanya terlebih dahulu dan paling penting prosedurnya tidak mendatangkan sebarang kemudaratan .
  3. Penggunaan sel stem dari darah tali pusat bagi tujuan perubatan adalah DIHARUSKAN atau DIBOLEHKAN kerana ia sememangnya terbukti mampu membawa manfaat yg besar kpd kesihatan lebih-lebih lagi dlm merawat pelbagai jenis penyakit berbahaya .
  4. Berdasarkan kaedah pemindahan sel stem daripada darah tali pusat , pengambilan stem adalah masih 'hidup' dan ia disuntik ke bahagian tertentu badan pesakit .
  5. Sehubungan itu , tidak timbul isu sama ada darah sel stem yg diambil daripada tali pusat org bukan Islam atau tidak . Hal ini kerana pendekatan yg diambil adalah sama seperti kaedah pendermaan dan penggunaan darah .
  6. Umah Islam sepatutnya tidak berasa was-was untuk menyimpan darah tali pusat anak-anak di tempat yg diyakini kebersihannya kerana ia mampu mengubati penyakit di kemudian hari . Apatah lagi , sel stem daripada darah tali pusat yg disimpan banyak kelebihan dan bakal membawa faedah apabila digunakan kelak .
FAKTA RINGKAS TALASEMIA
Talasemia adalah salah satu penyakit genetik darah yg boleh diwarisi di dlm keluarga yg berlaku apabila tubuh seseorang itu tidak berupaya menghasilkan sejenis protein penting di dlm darah iaitu hemoglobin . Dr. Nor Nazahah Mahmud , mengulas lebih lanjut isu ini .
  1. Penyakit ini adalah disebabkan oleh keabnormalan gen yg mengawal penghasilan hemoglobin menjadikan penghasilan sel darah merah tidak normal dan menjejaskan fungsi darah secara langsung .
  2. Talasemia bukan penyakit berjangkit , tidak boleh dipindahkan melalui darah , udara dan air mahupun sentuhan fizikal dan seksual oleh pesakit talasemia .
  3. Penyakit talasemia terdapat dlm pelbagai jenis dan keadaan klinikalnya . Dlm keadaan di mana seseorang mendapat penyakit talasemia yg teruk , keabnormalan gen yg menjejaskan penghasilan hemoglobin ini akan menyebabkan kesan di mana hemoglobin dlm sel darah merah rendah (anemia) menjadikan sistem darah terjejas dan jangka hayat sel darah merah menjadi lebih pendek daripada biasa .
  4. Kekurangan sel darah merah yg normal akan menjejaskan penyaluran oksigen ke sel-sel tubuh lalu menyebabkan gejala anemia seperti mudah letih , lemah tubuh badan dan sering sukar bernafas .
  5. Talasemia hanya boleh dikesan drpd umur enam bulan ke atas . Ia adalah berdasarkan perkembangan dan kematangan hemoglobin . Diagnosis talasemia biasanya bergantung kpd keadaan klinikal pesakit .
  6. Dlm situasi penyakit yg teruk (moderate to severe) ,diagnosis di kalangan pesakit terutama kanak-kanak boleh dibuat seawal usia satu hingga dua tahun .
  7. Keadaan anemia akan menyebabkan beberapa implikasi kesihatan kpd kanak-kanak seperti masalah tumbesaran yg terjejas dan keabnormalan sistem-sistem lain tubuh . Tanpa pengesanan awal dan rawatan komprehensif dari pelbagai aspek perubatan penyakit ini boleh membawa fungsi utama organ bahkan kematian .
  8. Talasemia boleh dikesan (sama ada seseorang itu adalah pembawa atau pun pesakit) melalui ujian saringan . Secara amnya , penyakit ini boleh dielakkan jika status seseorang individu itu diketahui bagi mengelakkan perkahwinan sesama pembawa gen talasemia .
  9. Kaunseling genetik adalah diperlukan bagi mereka yg disahkan sebagai pesakit atau pembawa agar mendapat informasi yg tepat tentang penyakit ini supaya dapat merancang kehidupan berumah tangga yg lebih baik .
  10. Bergantung pada tahap keseriusan talasemia yg dihadapi , rawatan yg lazim dilakukan ialah pemindahan darah , penyingkiran zat besi dan rawatan sokongan . Pemindahan sum-sum tulan merupakan salah satu rawatan yg disediakan jika rawatan lain gagal .
Info : Penggunaan darah tali pusat bagi tujuan perubatan dan kajian yg diambil bukan daripada proses pengklonan adalah diharuskan selagi ia tidak bercanggah dengan hukum syarak . Keputusan ini telah dipersetujui oleh kebanyakan para sarjana Islam . Malahan , keputusan yg sama telah diambil oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-51 pada 11 Mac 2002 yg lalu .

Sumber : Majalah Pa&Ma Edisi Mei 2015

Wednesday, 25 March 2015

Selamat Hari Polis : Luahan Hatiku . . .

Assalamualaikum wbt .

Hari ni merupakan sambutan Hari Polis yang ke-208 . Seluruh anggota polis pasti meraikan saat ini , kerana pada hari inilah segala bakti dan pengorbanan mereka dikenang .

Tapi aku ?
Aku bukanlah seorang anggota polis yang bertugas untuk mempertahankan negara , tapi aku merupakan seorang manusia biasa dan juga anak kepada seorang anggota polis . 

Ya , bukan anggota yg berpangkat tinggi .
Cuma anggota bawahan .
Seorang anak anggota keselamatan .
Sering ditinggal ayah .
Sebulan , dua bulan , dan pernah hampir enam bulan tidak bertemu mata .
Hanya mendengar suara di telefon . . .

Begitu ramai yg mengkritik tugas seorang anggota polis .
Selepas itu mengajar cara-cara utk menjaga keamanan negara .
Mungkin , teori tersebut diambil dari filem2 perang dan jenayah sahaja .
Ya .
Selepas melihat filem2 tersebut , mereka mahir tentang nama senjata , teknik itu dan teknik ini .

Baju kalis peluru .
Bom itu dan bom ini .
Wah ! ! !
Sungguh layak kalian mengajar anggota keselamatan bukan ?
Tapi sayang . . .
Kalian hanya hebat setakat di dalam Facebook , Twitter , Blog atau kedai kopi .

Tapi .
Kenapa kalian tidak melawan pengkhianat bangsa ?
Kenapa kalian tidak menghimpun semua orang sama seperti demostrasi atau mana-mana majlis politik untuk membantu anggota keselamatan kita ?
Ataupun kalian hanya mampu bercerita di mulut sahaja ?

Sekadar bercakap , siapa pun mampu .
Buka mulut seluas-luasnya dan hembus saja perkataan yg hendak dikeluarkan .
Cuba kami jemput anda berada di barisan hadapan utk menjaga keamanan .
Berada di tempat kami sebagai anak-anak anggota keselamatan yg sering berjauhan dgn ayah .
Yg belum pasti pulang antara hidup dan mati apabila keluar bekerja .
Berada dlm diri anak2 kecil yg masih tidak mengerti soal kehidupan .
Yg menanti ayahnya di pintu rumah , sambil berlari-lari memeluk melepaskan kerinduan .
Tapi akhirnya . .
Yg dipeluk hanyalah sekujur tubuh yg membisu tanpa kata-kata .

Gaji tak seberapa .
Kerja tidak mengira waktu .
Cuti bukanlah hak mereka .
Anak isteri cuma suku dari kehidupan .
Tapi seluruh hidunya yg berhempas-pulas berkorban utk negara hanya disumpah-seranah setiap hari .
Tak ada seorang pun yg sudi berbaik sangka kepada mereka .
Tak ada .

Buat road-block dikatakan mencari duit kopi .
Tahan kereta yg melakukan kesalahan di tepi jalan dikatakan tahan nak minta habuan .
Bila ada demostrasi , mereka mengawal dikatakan sengaja menimbulkan huru-hara .
Kalau kes dalam penyiasatan , dikatakan tidur tak buat kerja , makan gaji buta dan macam-macam lagi .

Bukankah itu sebahagian daripada kerja mereka utk menjaga keselamatan kalian ?
Diri anak isteri kalian ?
Paling menyedihkan .
Kisah hidup anggota polis dijadikan sebahagian daripada modal politik .
Apa kau ingat , nyawa manusia ini sama seperti kisah2 politk kau ?
Dan ada pihak yg memanggil anggota polis ini sebagai 'anjing' .
Jika mereka , anggota keselamatan kalian beri gelaran sebegitu rupa .
Kami ini siapa ?
Anak anjingkah kami ?
Isteri anjingkah ibu2 kami ?
Keluarga kami di kampung , adakah mereka keluarga anjing ?
Allahurabbi ! ! !

Siapa suka berdiri di tengah hujan dan terik mentari semata-mata untuk memastikan keselamatan negara terjamin .
Tinggal anak isteri berbulan-bulan lamanya .
Sakit anak isteri sendiri tidak mampu diuruskan berbanding sakit anak isteri org awam .

Kau suka ? ? ?
Kalau suka mohonlah kerja polis .
Cubalah rasa bagaiman peritnya ditinggalkan dan hilang tempat bergantung .
Bagilah pula isterimu , ibumu , berada di tempat kami .
Yg mana setiap kali ayah , suami , anak lelaki , adik2 kami bekerja .
Dan kami akan berasa tidak tenteram dan tidak tenang .
Cubalah rasa . . .

Jika nampak kereta peronda polis masuk ke halaman rumah .
Perasaan berdebar-debar bagai mahu gugur jantung bimbang jika dibawa berita tentang kematian atau kecederaan ahli keluarga yg sedang bertugas .

Aku punya ayah seorang anggota polis .
Ayah sentiasa mengingatkan kami adik-beradik serta anak2 saudaranya .
Jika besar , carilah pekerjaan yg lebih baik .
Kerana , ayah tidak mahu rasa perit dan cacian yg diterima diwarisi oleh saudara mara kami .

Pernah juga satu ketika .
Ayah pulang dari pejabat seperti biasa .
Baru buka uniform yg dipakainya .
Tiba2 ayah dapat satu panggilan kecemasan , yg memerlukan ayah serta rakan2nya yg bertugas di bahagian unit pemusnah bom berada di tempat kecemasan tersebut .
Tanpa sempat menikmati kopi yg disediakan ibu , ayah bergegas menyarungkan semula uniform dan bergegas keluar bekerja semula .
Dan pada hari tersebut , ayah pulan pada lewat malam .
Saat kami adik-beradik sudah masuk tidur , baru ayah pulang ke rumah .

Jujur aku katakan .
Khidmat ayah di cawangan persenjataan dan unit pemusnah bom lebih mencabar .

Pernah sekali aku terfikir .
Kalau anggota polis yg maut dalam perjuangan .
Berapa kerat sangat yg peduli .
Sudahlah tiada masa utk isteri dan anak2 .
Gaji pula tidak setimpal dgn tugas yg dilakukan .
Tetapi .
Jika sudah darah PERWIRA mengalir di dalam badan , tiada siapa yg mampu melawan takdir-Nya .
Dan aku juga pernah terfikir .
Mungkin satu hari nanti .
Anak2 anggota keselamatan hanya mengenali ayahnya hanya melalui gambar dan suara sahaja .

"Wahai kalian , keturunan perajurit kita ! ! ! 
Kuatlah ! ! !
Tidak apa jika dunia tidak berhenti mencemuh dan menghina kita .
Kita lebih kenal siapa ayah kita .
Lebih mengenali siapa suami kita .
Siapa anak kita .
Siapa adik2 lelaki kita .
Ingatlah wahai perajurit negara .
Kalian berkorban utk negara .
Utk keselamatan ahli keluarga kita .
Keselamatan masyarakat negara .
Bahkan masyarakat dunia .
Berjuanglah hingga ke titisan darah yg terakhir .
Doa kami anak2 . isteri serta ahli keluarga yg sentiasa menanti kepulangan kalian di perbatasan mengiringi setiap langkah kalian .
Semoga Allah SWT sentiasa melindungi kalian .
Insya-Allah . "

Selamat Hari Polis Yang Ke-208 .
Semoga kalian terus sukses dalam kerjaya dan amanah dalam setiap tugas yg telah dipertanggungjawabkan .
Moga Allah merahmati setiap langkah kalian yg bertugas utk mempertahankan kedaulatan negara .
Insya-Allah . .

p/s : Harini Sambutan Hari Polis utk ayah , dan harini juga sambutan Ulangtahun Perkahwinan utk ayah dan ibu . Selamat Hari Polis & Happy Anniversary utk ayah dan ibu . . .

Thursday, 19 March 2015

I ❤ KPOP: "Maksiat Dengan Izin Allah" .

Insiden tiga remaja perempuan Muslim yang merelakan diri dipeluk dan dicium artis Korea cukup mengejutkan. Siapa sangka, gadis-gadis Melayu bertudung litup ini hanya membiarkan sahaja diri diperlakukan sedemikian rupa, dek kerana taasub dengan boyband pujaan mereka.

Fenomena Hallyu (Korean Wave) yang menyerang industri hiburan hari ini menyebabkan ramai remaja menjadikan artis dan selebriti Korea sebagai pujaan. Sebenarnya, tidak salah berhibur asalkan tidak melanggar syariat agama. Namun hiburan itu akan menjadi suatu yang haram apabila membelakangkan tuntutan syariat Islam. Seperti semut mengelilingi gula, begitu jugalah yang terjadi kepada mereka.

Gelombang Korea itu bukan satu benda yang boleh ditahan dengan tangan atau pun benteng penahan ombak. Fenomena Hallyu telah mendominasi sebahagian besar industri hiburan sehingga ramai kalangan remaja yang terpesona dengan budaya K-Pop. Jika dilihat dari sudut yang positif ia memberi kesan yang baik terutama dalam aspek hormat-menghormati sesama manusia.



Akan tetapi, dalam masa yang sama, terdapat juga impak negatif. Ini dapat dilihat melalui kontroversi yang berlaku terhadap tiga remaja perempuan terbabit. Isu kemudiannya menjadi semakin panas apabila remaja lain memberi maklum balas mempertahankan tindakan remaja terbabit dengan kenyataan 'Allah memberi izin mereka dipeluk'.

Kenyataan seperti ini memberi konotasi bahawa perbuatan maksiat jika ia berlaku bermakna Allah telah memberi izin ianya terjadi. Lantaran itu, Dr. Rosmawati Mohamad Rasit, Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) diminta mengulas bagi mencerahkan kesalah fahaman yang berlaku ini.

Memulakan bicaranya, ketika ini bahan komoditi daripada Korea telah menjadi kegilaan remaja seperti drama, muzik K-Pop, fesyen, makanan, bahasa dan juga budaya masyarakatnya. Hakikatnya, Korea kini merupakan antara 10 pengeksport budaya teratas dunia.

Jelasnya, keterujaan dan ketaasuban peminat Korean Wave yang tidak terkawal, menyebabkan mereka menjadi rapuh jiwa sehingga merelakan diri untuk dipeluk dan dicium oleh boyband di atas pentas.

Isu ini kemudia dipanjangkan pula dengan maklum balas daripada seorang remaja lain yang telah menjadi viral di laman sosial Youtube yang mempertahankan tindakan tiga remaja terbabit. Mungkin nawaitu asalnya baik, agar masayarakat tidak menghentam tindakan remaja terbabit secara membuta tuli dan terus menghukum tanpa memberi peluang kepada mereka.

Namun yang menyedihkan apabila ketidakfahaman remaja perempuan tersebut tentang konsep akidah dan ketuhanan menyebabkannya tidak memahami konsep 'dengan izin Allah' secara jelas. Antara pernyataannya ialah, "Bukan mereka diuji tetapi juga, mereka berada di atas pentas kerana izin Allah".

Hakikatnya, qadak dan qadar dengan keizinan Allah tidak boleh dimanipulasikan dengan fakta dan pernyataannya yang sewenang-wenangnya. Sebagai contoh jika kita berdoa kepada Allah dan apa yang didoakan tidak dapat. Adakah ketika itu kita menyangka Allah tidak akan mengabulkan doa kita?

Sedangkan sebagai seorang Muslim, bertakwa dan yakin kepada Allah seharusnya berfikir yang sudah tentu ada hikmah di sebalik semua itu berlaku. Sudah pastinya juga Allah S.W.T. akan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita kehendaki.

Dan, sekiranya tindakan dan amalan salah serta buruk yang telah dilakukan oleh hamba-Nya, jika diizinkan Allah berlaku, sebenarnya bukan bermakna ia sesuatu yang baik. Malah jika diizinkan berlaku adalah untuk menyesatkan pelakunya kerana kepercayaan yang dipegang selama ini.

Oleh itu, tegas Dr. Rosmawati, sebagai umat Islam, kepercayaan kepada enam rukun iman sangat penting sebagai interpretasi kehambaan kita kepada Yang Maha Agung. Orang beriman itu hidup, kerana itulah perintah untuk bertakwa perlu dihadam sebagai ketaatan kepada Allah dan Rasul dalam semua perkara yang diperintah juga dilarang.

Ketakwaan itu mampu menyucikan jiwa dengan melaksanakan perintah dan meninggalkan segala larangan. Apabila jiwa seseorang hamba itu suci, maka ia jelas jujur dan berada dalam kebenaran serta Allah akan melindunginya daripada perkara-perkara yang dibenci.

Firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 119 bermaksud, "Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang yang benar."

Justeru itu, tidak timbul kenyataan 'dengan izin Allah' pergi ke tempat maksiat seperti ke pentas konsert K-Pop kerana tindakan dan perbuatan itu sebenarnya perkara larangan serta maksiat yang menghilangkan kesucian dan ketakwaan kepada Allah.

Tuntasnya lagi, sebagai hamba Allah, perlu meyakini bahawa azab kemurkaan dan seksaan Allah tidak boleh disekat, kecuali dengan ketaatan kepada-Nya, seperti mana yang tercatat dalam ibrah para rasul sebelum ini.

Surah al-Insan ayat 3 ada menyatakan "Kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka sesungguhnya kami telah menunujukkan kepadanya (melalui akal dan rasul) akan jalan-jalan (yang benanr dan salah: Maka terserahlah kepadanya) sama ada ia bersyukur (dengan beriman dan taat) ataupun ia kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka)."



PILIHAN DI TANGAN KITA

Akui Dr. Rosmawati, setiap manusia mempunyai pilihan untuk membuat keputusan dalam hidup. Namun kadangkala terlepas pandang dengan membuat keputusan yang tidak tepat disebabkan pengaruh akal fikir dan nafsu.

Al-Ghazali membahaskan bahawa hati sebagai raja manakala akal sebagai menteri. Oleh itu dalam membuat sebarang tindakan keputusan, akal perlu rasional dalam mengemudi hati seiring dengan ketakwaan kepada Allah.

Maka itu terangnya, peranan agama sangat perlu dalam mendepani budaya popular demi mengekang serta membendung fahaman isme yang semakin merebak dalam kalangan masyarakat seperti liberalisme dan sekularisme.

Nilai budaya yang dipegang dan diamalkan seharusnya tidak bertentangan dengan nilai agama masyarakat Islam. Akidah kepercayaan sebagai Muslim yang kukuh imanlah sebenarnya yang menjadi asas keyakinan dengan segala ketentuan Allah.

Dalam pada itu, Dr. Rosmawati juga mengingatkan, setiap tindakan dan perbuatan sudah tentu dinilai secara praktikal oleh Allah. Apa sahaja perbuatan yang baik akan diberi ganjaran pahala, begitu juga sebaliknya jika kita melakukan maksiat dan dosa akan diberi hukuman setimpal. Jadi tidak timbul isunya di sini tentang pilihan yang dibuat dalam hidup ini kerana alasannya 'dengan izin Allah'. Ini kerana, manusia mempunyai pilihan sama ada untuk melakukannya atau tidak.

Setelah dihuraikan dengan jelas, Dr. Rosmawati menegaskan sekali lagi, sepatutnya tidak timbul pergi ke pentas konsert tersebut dengan izin Allah setelah keputusan dibuat untuk menghadirinya. Di situlah letaknya hikmah, mengapa Allah jadikan syurga dan neraka supaya menusia memilih jalan yang manakan harus diikuti?

Sumber: Majalah Al-Islam (April 2015)

Saturday, 14 March 2015

Perginya Seorang Sahabat . . .


Bismillahirrahmanirrahim .
Assalamualaikum wbt .
Baru-baru nie , negara kita dikejutkan dgn satu kejadian kemalangan yg berlaku di Acheh , Indonesia yg melibatkan sekumpulan pelajar drpd Universiti Sains Malaysia (USM) . Berikutan kemalangan tersebut , seorang mahasiswa , Muhammad Izzamir Nabihan bin A. Majid maut manakala tujuh yg lain cedera .





Pada mulanya , aku agak keberatan nak update entry pasal kemalangan nie . Tapi , terkenangkan aku dan abang aku membesar bersama dgn arwah Abg Izzamir , aku gagahkan jari jemariku untuk menulis sesuatu yg boleh dikenang tentang diri arwah Abg Izzamir . Akhirnya , pagi nie aku jumpa kekuatan tersebut dan jari jemari aku laju menari pada papan kekunci .

Abg Izzamir yg aku kenal satu ketika dahulu , lemah lembut orangnya . Tak suka bergaduh dan mudah tersenyum . Jujur aku katakan , zaman kami main baling selipar , main kejar-kejar , main sorok-sorok adalah kenangan manis yg tak mungkin aku lupakan . Sebab , masa tak mampu diundurkan untuk aku kembali ke zaman tersebut . Jika mampu , ingin aku kembali pada masa kecil dan kumpulkan sebanyak yg mungkin kenangan manis dgn arwah Abg Izzamir dan kawan-kawan yg lain . Bagi aku , dia bukan je seorang sahabat , tapi dia juga abangku . Kerana kami membesar dan bermain bersama .



Kami sayangkan Abg Izzamir . Tapi Allah lebih menyayangimu . Air mata mengalir deras tatkala ibu sampaikan yg Abg Izzamir pergi menghadap Ilahi . Pada masa yg sama , ingatan terus melayang ke zaman masa kami bermain bersama satu ketika dahulu . Aku redha . Ini janji arwah Abg Izzamir dgn Allah . Tiba saat dan satu ketika , aku juga akan pergi menghadap Ilahi . Saat aku sampaikan khabar yg dukacita nie pada abgku , suaranya lain . Aku tahu dia menangis . Walaupun dia menafikan , aku lebih mengenali abgku . Along ada cakap , dalam perancangan dia , dia nak cari semula kawan-kawan yg pernah membesar bersama-sama dengan kami . Nak cari semula kawan-kawan yg pernah duduk di Blok39 bersama-sama kami satu ketika dahulu . Insya-Allah , moga Allah permudahkan apa yg dihajati . Walaupun kurang seorang rakan , perkara murni yg dihajati tetap akan diteruskan , agar jalinan silaturahim yg terjalin terus kukuh hingga ke Jannah Allah .



Pemergian Abg Izzamir memberikan satu tamparan yg hebat pada keluarga Pak Cik Majid dan Mak Cik Suria . Saat mereka sekeluarga diuji atas keadaan Pak Cik Majid yg sedang kritikal di Institut Jantung Negara (IJN) , keluarga mereka sekali lagi diuji apabila Abg Izzamir pergi menghadap Sang Pencipta . Sungguh , jika aku berada di tempat Mak Cik Suria , belum tentu aku mampu menghadapinya . Saat along sebak mengenangkan apa yg berlaku , ayah pesan padanya , "Yang pergi tetap pergi . Kita yg masih ada di muka bumi , perlu kuat dan bangkit untuk teruskan hidup di dunia Allah yg sementara . Itu janji arwah dgn Allah . Kita yg masih hidup , masih ada janji pada Allah yg belum kita tunaikan . Allah tak akan menguji hamba-Nya jika seseorang hamba-Nya tak mampu menghadapi ujian daripada-Nya . " Allahurabbi . Sehingga kini , Pak Cik Majid belum diberitahu tentang pemergian Abg Izzamir menemui Tuhan Yang Esa . Aku difahamkan , Pak Cik Majid masih belum dimaklumkan berita ini atas nasihat doktor yg merawatnya di IJN . Jujur , aku tak mampu bayangkan reaksi Pak Cik Majid bila dia mengetahui yg anak lelaki sulungnya telah pergi menghadap Ilahi . Moga Allah memberi beliau ketabahan apabila mendapat berita ini nanti . Insya-Allah .

Luahan hati Kak Intan (kakak arwah Abg Izzamir)

"Abg Izzamir , kami redha dgn pemergianmu menghadap Sang Pencipta . Moga tenang di sisi Tuhan Yang Esa . Moga roh Abg Izzamir ditempatkan di kalangan orang yg beriman dan berada bersama para syuhada' , Insya-Allah . Sampai saat dan satu ketika , kami semua akan menyusul . Semoga kita dapat berkumpul bersama-sama seperti satu ketika dahulu di Jannah Allah yg kekal abadi . Insya-Allah . Semua kenangan manis dan pahit yg telah tercipta takkan terpadam dalam memori ingatanku . "

Sahabatku . Moga dikau tenang di alam sana . Pemergianmu bukan sahaja mengejutkan diriku , tapi semua sahabat kita . Insya-Allah , satu hari nanti kita berjumpa di Jannah Allah yg kekal abadi . Al-Fatihah buatmu sahabat .

Buat Calon Suami .

Pernikahan atau perkahwinan .
Membuka tabir rahsia .
Isteri yang menikahi kamu .
Tidaklah sesempurna Khadijah .
Malah tidak sekuat Hajar ataupun Mariam .
Yang begitu setia dalam sengsara .
Justeru .
Isterimu hanyalah wanita akhir zaman .
Yang mempunyai cita - cita .
Untuk menjadi wanita akhir zaman yang solehah .

Pernikahan atau perkahwinan .
Mengajar kita kewajiban bersama .
Jika suami menjadi pelindung , isteri sebagai penghuninya .
Jika suami adalah nakhoda kapal , isteri sebagai navigatornya .
Jika suami bagaikan balita yang nakal , isterilah penuntun kenakalannya .
Jika suami menjadi raja , isterilah yang menikmati anggur singgahsananya .
Jika suami lemah tak berdaya , isterilah sebagai penawarnya .
Dan jika suami resah , isterilah yang memperingatkannya tentang kekuasaan Tuhan .

Pernikahan atau perkahwinan .
Mengajar kita perlunya iman dan taqwa .
Untuk belajar meniti sabar dan redha .
Kerana memiliki isteri tidak setabah mana .

Justeru .
Kamu akan tersentak dari alpa .
Kamu tidaklah semulia Muhammad .
Kamu tidaklah setaqwa Ibrahim .
Kamu tidaklah setabah Isa atau Ayub .
Ataupun segagah Musa .
Apalagi setampan Yusuf .
Kamu hanyalah pria akhir zaman .
Yang punya cita - cita .
Membangun keturunan yang soleh solehah .

Jika hati seputih awan , jangan biarkan ia mendung .
Jika hati sejernih air , jangan biarkan ia keruh .
Jika hati seindah bulan , hiasi ia dengan iman .

Monday, 22 December 2014

Terima Kasih Seri !

Seri
7 tahun kita bersama
Berkongsi suka dan duka
7 tahun aku disini
Demi mencari sesuatu yang dipanggil ‘ilmu’.

Seri
Disini aku belajar alif ba ta
Disini aku belajar A B C
Disini aku belajar 1 2 3
Disini aku belajar erti persahabatan
Disini aku belajar erti kasih sayang
Disini aku belajar erti kehidupan
Dan disini aku belajar mengenal Tuhan Yang Esa.

Seri
26 November 2014 tarikh keramat
Tarikh dimana aku harus melangkah pergi
Tarikh aku terpaksa meninggalkan segalanya disini
Demi mencari secebis ilmu
Demi meneruskan perjuangan
Demi menggapai impian
Yang masih jauh dihadapan
Yang masih jauh untuk ku capai.

Seri
Aku berharap tarikh tersebut bukan yang terakhir
Untuk aku berdiri disini
Untuk aku ada bersamamu
Kerna bagiku
Kau telah mengajar aku erti kehidupan
Mengajar aku lebih menghargai persahabatan
Mengajar aku lebih menghargai ilmu
Mengajar aku menghormati mereka yang lebih berusia.

Seri
Hanya satu pintaku
Agar kau terus berdiri megah
Untuk memberi anak bangsa peluang
Mencari secebis ilmu
Mengetahui betapa pentingnya ilmu
Dalam sesebuah perjalanan yang dipanggil kehidupan.

Seri
Aku juga berharap
Kau sentiasa teguh dan memberi peluang
Kepada para pendidik mencurahkan ilmu
Kepada anak bangsa mendalami ilmu
Untuk menjadi anak bangsa yang berjaya
Demi mengharumkan nama negara
Di persada antarabangsa
Kerana itu bukanlah mustahil
Kerana kau akan sentiasa teguh berdiri.

Seri
Aku berjanji
Satu hari nanti aku pasti kembali
Walau aku bukan seorang pendidik yang berjaya
Walau aku bukan raja yang dihormati
Walau aku bukan menteri yang disegani
Walau aku bukan hakim yang ternama
Walau aku bukan peguam yang menang bicara
Walau aku bukan mufti yang mengeluarkan fatwa
Tapi aku akan kembali
Sebagai insan yang berjaya
Bagi membuktikan bahawa
Aku pernah berada disini
Sebagai insan yang pernah menumpang disini
Insan yang belajar mengenali ilmu
Demi mencapai kejayaan.

Terima kasih Seri
Takkan ku lupa setiap kenangan yang telah tercoret
Antara aku, kau dan mereka
Kerana bagiku
Kau adalah saksi
Kepada perjuanganku
Demi mencapai impianku
Menjadi insan dan anak yang berbakti
Kepada ayah dan ibu
Juga kepada agama dan negara.

Terima Kasih Seri…

p/s : khas kepada guru-guru dan para pelajar SMK Seri Balik Pulau, Pulau Pinang. J

Sunday, 21 December 2014

Qoutes Untuk Korang ! ! !

Assalamualaikum . . .
Banyak betul kan sawang kat blog nie . Firstly , aku nak minta maaf sebab dah lama tak update blog . Bukan saja2 , tapi disebabkan kekangan masa dan aku perlu tumpukan perhatian pada exam STPM . Sebab tu jarang update entry . Sorry sangat2 okayy . Sebagai balasan , aku belanja korang dengan qoutes yang best . Nanti korang boleh copy okayy . . 

(1)

(2)

(3)

(4)

(5)

(6)

(7)

(8)

(9)

(10)

(11)

(12)

(13)

(14)

(15)

(16)

(17)

(18)

(19)

(20)

p/s : Isi masa lapang cuti sekolah dengan aktiviti yang berfaedah , okayy . . .