Sunday 15 January 2012

Aku Juga Mampu..


Sedar tidak sedar dunia semakin tua , masa semakin pantas berlalu . Rambut yang dahulunya hitam sudah kelihatan sedikit keputihan . Kudrat yang dahulunya gagah sudah semakin lemah .
Wajah yang dahulunya jambu sudah menjadi layu .
Ini semua bukti kepesatan masa yang tidak mampu sesiapa pun mengawalnya .

Dalam keadaan sebegini kita sebenarnya memerlukan satu dahan untuk berpaut .
Berpaut dari terus dihanyutkan arus dunia yang entah membawa kita ke arah mana .
Kita perlukan dahan sebegitu teguh dan kuat kerana bukan hanya kita sahaja yang mahu memautnya tetapi juga ayah , ibu , rakan , teman dan semua mereka yang tidak mahu terus tenggelam oleh tsunami masa gila .

Usah terus dipermainkan oleh dunia tetapi kitalah yang harus mempermainkanya .
Kata ustaz di masjid kelmarin , hanya jika benar kita faham apa makna dunia , maka tiada langsung niat mengejar kemewahan yang menggila ini akan terlintas .

Tidak terfikir nanti mahu memiliki kereta mewah skyline atau lancer .
Tidak terfikir mahu memiliki i-phone dan tidak berminat mengejar chikaro cantik berdahi lincin dan berdagu runcing .
Ini semua permainan dunia .

Siapa kata tidak mahu bercinta ?

Siapa kata tidak cemburu dan jeles melihat kalian berpegang tangan dan berpesta .
Itu belum masuk bercumbu cendana di bawah pohon mangga . Cemburu dan jeles .
Aku juga punya nafsu, aku juga punya cinta .
Adakah kamu percaya ?

Aku ada handphone yang cukup kreditnya untuk sms setiap masa . Aku punya cukup wang mahu keluar berdating dan menonton wayang juga .
Walaupun henset aku murah dan bukan i-phone tetapi aku mampu untuk bergayut berjam-jam bersama yang tercinta .
Ya , aku mampu melakukanya seperti apa yang kau lakukan bersama si dia !

Cuma aku tidak mampu untuk menghina agama .
Agamaku cantik , bersih , lengkap dan indah .
Tuhan aku dan Rasul aku tidak pernah sesekali mengizinkan perhubungan antara bukan mahram sebelum akad terlaksana .
Cuma itu sahaja beza upaya kita .

Ini sahaja yang aku tidak mampu melawannya tetapi kau yang terlalu berani membuat langkahan sedemikian rupa .
Cuma , aku berjanji dan bersumpah andai sudah terlaksana akad yang penuh makna suatu hari nanti , lelaki itu akan menjadi putera paling berharga dalam hidupku kerana cintaku tidak pernah ternoda .

Pada Allah S.W.T tempat aku berpaut dan berdoa , semoga terus melindungiku dari tsunami dunia yang menggila .
Semoga aku, kau dan mereka terus berpaut pada dahan yang sama .

No comments:

Post a Comment