Tuesday 5 March 2013

SMS terakhir seorang anggota Komando VAT69


 
"Wahai isteriku, maafkan abang seandainya abang tersalah cakap mahupun terkasar perbuatan... Jagalah dan didiklah anak-anak kita menjadi orang yang berguna."

"Wahai anak-anakku, maafkan ayah kerana acap kali ayah tiada di saat anak-anak ayah memerlukan kasih sayang seorang ayah."

"Wahai mak dan abah, ampunkan anakmu dari hujung rambut hingga hujung kaki. Sesungguhnya, mak dan abah telah mendidik aku menjadi insan yang berguna pada Negara."

"Wahai ibu dan ayah mertuaku, maafkan anakanda kerana memilih kerjaya yang memungkinkan anak ibu dan ayah menjadi balu sebelum usia."

"Oh Malaysiaku, maafkan aku andai aku gugur di medan perang. Demi Allah aku telah berusaha sedaya upaya."

# Jujur aku katakan , lepas aku baca SMS nie dkt Internet , air mata aku mengalir laju . Al-Fatihah buat mereka yg terkorban . Semoga Allah merahmati roh mereka dan menempatkan di kalangan orang2 yg beriman . Al-Fatihah . . .

    


No comments:

Post a Comment